Kehadapan Diari
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Januari 2018
kehadapan diari...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
56

Bacaan






Syakir mengeluh kasar.Dirinya sudah selesai membaca diari kepunyaan Ana.Namun,masih juga tiada jawapan dimanakah tuan empunya buku.Apa yang dirinya tahu,Ana mempunyai sahabat baik yang bernama Za.Siapa Ana?Siapa Za?Kenapalah diorang ni suka sangat guna singkatan nama?Menyusahkan betul.Dengusnya kasar.Tekanan kerana jawapan yang dicari masih tidak ketemu.

“Ana…Di manalah kau.”Bisiknya perlahan.Syakir meletakkan diari tersebut di tepi lalu buku Organization Behaviour dicapai.Earphone diletakkan di cuping telinga.Lagu di Spotify dimainkan.Biarlah…KUIN ini bukannya besar pun.Nanti jumpa jugalah tu.Bisiknya di dalam hati sebelum membuka buku untuk diulang kaji.Esok midterm.Tetapi sudah dekat sebulan tetapi masih belum jumpa.Jadi maknanya besar jugalah tu.Ahh!Diamlah kau.Bentaknya di dalam hati.Berambus aku nak study..

 

***

 

Diana memeluk buku yang hendak dibawa masuk ke dalam lab.Minggu ini dirinya dipenuhi dengan kuiz serta midterm.Masalah yang dialami oleh kedua orang tuanya terpaksa diletakkan ke tepi.Sejujurnya,dia lebih gemar sibuk begini.Serasa masalah yang satu itu hilang dibalik kesibukan.

Diana melihat Syakir yang sedang duduk di sebuah meja di situ.Patutkah aku tegur dia?Nampak begitu kusyuk.Risau ganggu pula.Tidak mengapalah.Aku duduk di tempat lain.Bisiknya di dalam hati.Mujur ada tempat duduk.Almaklumlah,pada waktu begini,library memang selalunya padat.

Diana melabuh duduk.Buku diasingkan mengikut subjek yang hendak diulangkaji.Dirinya mengerling diari tersebut seketika lalu mengeluh.Memang jikalau berada di lab,dia akan membawa diari itu bersama.Iyalah.Di sini ianya tertukar.Mungkin di sini jugalah diari ini akan bertukar kembali hak milik.Sehingga kini,tuan punya buku masih belum dijumpai.Diana mengeluh panjang.Hendak dikatakan KUiN ini besar,tidak juga.Tetapi…Dirinya mengeluh lagi.Biarlah.Nanti jumpalah tu.

Tanpa ingin membuang masa.Diana bingkas untuk mencari buku untuk dikaji.

“Sorang sahaja?”

Diana tersentak.”Oh Syakir.Aah sorang.Tadi saya nampak awak duduk situ tapi malas nak ganggu.”

“Ohh.Ok”

Diana hanya mengangguk.Syakir mencapai buku yang dicari lalu beredar.Begitu juga Diana.

Mereka berdua mengulangkaji sehingga tidak sedar lab sudah hendak tutup.Almaklumlah hari ini hari Khamis.Jadi waktu tutupnya di awalkan ke jam tiga.Sejurus pengumuman dari pegawai bertugas,Syakir mula berkemas.Begitu juga Diana.Mereka berselisih di pintu keluar.

“Banyak buku awak.Nak saya tolong angkatkan?”Pelawa Syakir.

Diana tersenyum nipis.”Tak perlu lah.Boleh sahaja ni”

Syakir hanya mengangguk.Mereka berdua menuju ke tempat simpanan barang.Mereka berdua meletakkan barang di atas meja sebelum mengambil beg.Sejurus mereka ingin mencapai buku,mata mereka berdua tertumpu pada sebuah buku yang serupa.Mata mereka bertentang.Terkejut.

“Ana?”Soal Syakir tidak percaya.

“Awak?”Begitu juga Diana.

“Jadi.Selama ini tuan punya buku ini adalah awak?”Soal Syakir lagi sambil menunjukkan diari milik Diana.

Diana tergamam.Terkejutnya masih belum hilang.

“Dan awak…”

Syakir mengangguk.

“Siapa sangka.Selama ini tuan punya diari ada depan mata”Ujar Diana.Terkejut.

“Begitu juga saya…”

Mereka berdua diam untuk seketika.

“Err..Saya rasa saya patut pulangkan ni kepada awak”Syakir menghulur diari tersebut.

“Begitu juga saya.Maaf saya terbaca diari awak.”Huluran disambut.Diganti dengan diari milik Syakir.

“Semuanya?”Soal Syakir dengan keningnya diangkat sebelah.

Diana mengangguk.Malu.Malu kerana telah menyelongkar privasi seseorang.Tetapi jikalau tidak selongkar,masakan dapat mencari jawapan.Eh,kau dapat jawapan pun bukan sebab buku tu.Tetapi buku itu sendiri yang menemui tuannya.

Syakir tersenyum hambar.”Saya pun.Minta maaf sebab saya pun sudah baca diari awak.”
Diana mendongak.”Jadi,awak tahu masalah saya?”

Syakir mengangguk.”Dan saya pasti awak pun tahu masalah saya,kan?”

Diana mengangguk.”Nampaknya takdir menemukan kita berdua.”Ujarnya beserta senyuman nipis.

Syakir turut tersenyum…

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku