APABILA JODOH ITU ADA
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 01 April 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1208

Bacaan






Pagi ini aku dapat satu mesej pesanan ringkas dari dia, mesej yang menyebabkan aku menangis bak bayi bru lahir. Wah, memang kena dengan cuaca yang mendung hari ini!

‘Arissa, abang minta maaf sayang. Ibu tetap nak kahwinkan abang dengan wanita pilihan dia. Bukan abang rela, Risa. Ibu dah terlalu bersungguh-sungguh nak kahwinkan abang dengan pilihan dia itu sejak kita putus. Sungguh, kerana Allah S.W.T., abang tetap mencintai Rissa sampai akhir hayat abang. Abang hendakkan Rissa untuk jadi isteri abang, tapi apakan daya....Restu dari ibu abang tiada.’

Tengku Raziff Azam dah sah takkan jadi milik aku! Ahhhh, tension aku! Sekali lagi, cinta aku tak dimiliki sebabnya cinta terhalang oleh ibu bapa kekasihku. Aku tak peduli jika orang sekeliling tidak suka, tapi tidak pada ibu bapanya. Restu mereka penting untuk memiliki sebuah hubungan yang kukuh dan bahagia. Kenapalah mereka tak boleh jadi macam umi & abi yang sporting? Azam pun satu, bukan nak cerita tentang aku pada ibu dia. Nak juga berahsia perihal aku daripada ibunya. Mentang-mentanglah result SPM aku tak sebagus dia, tapi sekurang-kurangnya aku ni dah ada degree & ada syarikat sendiri pula tu! Sekarang ni aku pula yang menanggung derita cinta terhalang ini. Oh Azam! Aku ingin jadi milik kamu.

“Tuk tuk!”

Alahai, siapa pula yang mengetuk pintu waktu aku tengah nak ber”drama” ni.

“Adik, boleh umi & abi masuk ?” umi bersuara disebalik pintu yang masih tertutup.

“Oh! Boleh, boleh. Masuk ajelah.” Balas aku dengan tak semangat.

Ini kalau umi & abi datang sekali masuk bilik aku ni, sah! Mesti mereka nak pujuk aku terima pinangan kawan baik umi itu. Sabar Rissa, sabar!

“Ni mesti umi dengan abi nak tanya jawapan adik tetang pinangan tu kan?” Baru umi buka pintu, aku dah mula ajukan soalan.

“Wah, pandailah anak kesayang abi ni! Belum sempat nak tanya, adik dah tau dulu dah.” Kata abi dengan seyuman manis yang terukir di bibirnya. Parah aku!

So, apa jawapan adik? Nak tak terima pinangan kawan umi tu? Umi tak paksa, sayang. Kalau adik dah berpunya, umi tolak pinangan tu. Tapi kalau belum berpunya, adik terima ajelah. Umi tak nak adik kahwin lambat.”

‘Ala umi, Rissa ni baru aje 25 tahun, bukan 30.’ Omel hatiku. Mentang-mentanglah aku ini anak tunggal, umi & abi dah risau sampai ingat aku nak kahwin lambat. Aku nak sangat kahwin, tapi jodoh aku asyik selalu tak kena aje!

“Betul tu sayang. Abi dah bagi tempoh seminggukan? Haa, hari ini adik kena juga bagi tau jawapannya.”

Yelah! Aku lupa tempoh aku untuk buat keputusan dah tamat. Seminggu ni aku runsing memikirkan Azam, sampai lupa nak fikirkan keputusan ni. Ya Allah, mudah-mudahan keputusan aku adalah keputusan yang benar! Engkau bantulah hambamu yang lemah ini, Ya Allah!

“Hmm... Umi. Abi. Adik harap kputusan adik ni betul. Adik terima pinangan kawan umi tu. Tapi, ada syaratnya.”

Umi & abi dah terukir senyuman bila mendengar jawapanku, tapi sudah tawar kembali apabila aku hendak mengenakan syarat.

“Hai dik, nak terima ni pun kena ada syarat ke?” Tanya umi.

“Mestilah. Tapi tak susah pun syaratnya. Syaratnya, adik tak mahu tahu siapa bakal suami adik itu apatah lagi berjumpa. Adik akan bertemu dengan dia sewaktu adik dinikahkan. Boleh terima syarat adik ni?”

Laju senyuman umi & abi terukir. “Pastilah boleh, sayang umi. Umi & abi terima syarat adik. Alhamdulillah tak lama lagi anak kita ni bakal bina masjid, kan abi?” umi mula buat sikap manja pada abi. Pasangan suami isteri tak pernah nak berenggang. Selalu sahaja bersama. Biasalah bila pasangan yang bercinta selepas berkahwin, semunya indah belaka!

“Ya umi. Adik, abi pasti yang adik akan bahagia. Percayalah. Abi dan umi akan sentiasa doakan kebahgiaan adik dunia & akhirat! Insya-Allah.”

Aku hanya mampu tersenyum, senyuman yang tawar.

‘Azam, tak mengapalah jika awak bukan milik saya. Kita memang tiada jodoh. Semoga awak bahagia disamping wanita pilihan ibu awak itu.’

Aku hantar kembali pesanan ringkas itu pada Tengku Raziff Azam, bekas kekasihku!

“Cik Rissa. Oh Cik Rissa!”

Aku tersedar dari lamunan apabila seseorang mengibas-ngibas tangan dimukaku. Dengan pantas, aku memandang ke arah orang itu.

“Kau Sha. Terkjutkan aku aje tau. Subhanallah.”

“Maafkan saya, Cik Rissa. Saya nak hantar laporan photoshot sesi minggu lepas tu. Saya ganggu Cik Rissa mengelamun kah?” kata Sha sambil ketawa kecil.

“ Letak aje laporan tu dekat atas meja ni. Aku nak tanya, sejak bila pula member aku ni pandai nak panggil cik kat aku?”

“Yelar, ni kan tempat kerja. Kenalah hormat dengan bos. Kalau dekat luar baru berani. Tapi sebab kau dah bertanya, kita tak perlu formal-formal okey?” Senyum kambing Sha dah mula terukir.

Pantas Sha menarik kerusi dihadapanku lalu duduk.

So, kau dengan Azam memang dah konfem break ke? Kesian kau orang. Bercinta dah lebih 3 tahun. Tapi disebabkan mak dia tak restu, kau orang putus juga.”

“Kita orang dah tak ada jodoh, Sha. Azam pun, dia mana pernah story dekat ibu dia pasal aku. Asyik nak berahsia. Lepas tu, kantoi result SPM aku dekat ibu dia. Tak pasal-pasal ibu dia terus rejectaku mentah-mentah. Padahal, aku ni siap ada syarikat sendiri tau. Matlamat aku tinggi.” Aku mengeluh apabila mengingatnya kembali.

“Alah, resultkau bukannya failedpun. Semuanya kreditkan? Kecohlah ibu Azam tu. Bandingkan kau dengan Azam tu. Dia kerja bawah majikan, kau pula kerja sebagai bos! Hello, sepatutnya ibu dia tu bangga tahu kau ni lebih berpengalaman dari anak kesayangan dia tu.” Bebel Sha dah mula. Kalau dia marah, habis semua orang dia rendah-rendahkan.

“Biarlah Sha. Malas aku nak fikirkan lagi semua tu. Lagi pun tak lama lagi....aku nak kahwin dah...”

What?! Kau nak kahwin?! Kau baru putus dengan Azam, kau nak kahwin lain dah?”
“Hmm..Iye, aku nak kahwin. Yang parents aku nak jodohkan itulah. Aku ada cerita dekat kau last week, kan? Did you remember it?”

“Oh, yes! I remember it. So, dah tengok calon kau itu? Dia kaya, hensem?? Macam G Dragon kumpulan Big Bang tak?”

“Banyaklah G Dragon kau! Tak habis-habis dengan K-Pop dia tu. Entahlah Sha, aku tak mahu tahu siapa bakal suami aku itu. Kita sama-sama tengok hari aku nikah nanti ya?”

“Okey, aku tunggu. Kau jangan lupa jemput aku pula nanti! Dahlah, aku nak pergi sambung buat laporan baru. Kau sabar ya, Ris. Insya-Allah, aku doakan kebahagiaan kau.” Ujar Sha sambil mengukir senyuman yang cukup comel itu. Dia beredar pergi dari bilik Rissa.

‘Azam, saya mula rindukan awak. Rindu sangat-sangat.’ Air mata aku yang sekali lagi gugur, pantas aku menyekanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku