SI MAMAT SEWEL
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 02 April 2013
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
2068

Bacaan






Inas termenung di balkoni sambil menikmati muzik yang berkumandang di corong radio, sedang dia ralit mengelamun, dia terganggu dengan satu suara yang agak sumbang sekali. Dia tercari-cari gerangan empunya diri yang menyanyi lagu jiwang dengan begitu kuat sampai membingitkan cuping kedua telinganya.

“Sewel ke apa mamat ni? Menyanyi pagi-pagi buta, kuat pulak tu!” bebel Inas, geram bila melihat seorang lelaki sebelah rumahnya sedang memetik sebuah gitar.

“Inas!”

Kedengaran suara Mak Jah dari dapur memanggil anak dara bongsunya itu.

“Ada apa mak? Pagi-pagi dah memekik, orang tak pekak lagi, tahu!” usik Inas sebaik kakinya melangkah masuk ke dapur.

“Ini haa…. tolong mak pergi hantar tepung bungkus kat rumah mak cik Nab kamu,” perintah Mak Jah dengan suara yang masih memekakkan telinga.

“Baiknya mak, nak hantar kuih segala, ke ada udang di sebalik mee ni?” usik Inas lagi dengan keningnya diangkat-angkat. Ketika dia mahu mengambil kuih di dalam bekas yang sedia di atas meja, tangannya ditampar lembut oleh ibunya.

“Ish, budak ni, nak makan pergi amik dalam periuk sana! ini yang mak cik Nab punya,” marah Mak Jah

“Aduh sakit mak!” Inas mengaduh sambil mengosok lembut tangannya.

“Pergilah, mereka dah banyak tolong kita Inas, sejak kita berpindah ke sini keluarga dia tak putus-putus hulurkan bantuan. Kat siapa lagi kita nak mintak tolong kalau bukan dengan jiran sendiri, tambah-tambah ayah kau dah tak de, jadi kita kena balas bak kata orang-orang dahulu orang..

orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa,” celah Inas sambil tersengih.

“Budak nii…” marah Mak Jah lalu memcubit bahu anaknya.

“Sakit mak!” jerit Inas tak sempat mengelak. Mak Jah menambah satu lagi cubit dipehanya pula.

“Okeylah- okeylah, Inas pergi ni.” Akhirnya Inas mengalah.

“Assalamualaikum orang rumah. Assalamualaikum tak de orang ke? Eh, pintu pagar tak berkunci ni, apa lagi Inas masuk jelah.”

Tatkala Inas membuka pintu pagar dia terkejut bila melihat ada seorang lelaki di kerusi batu sedang membelai sebuah gitar.

“Awak pekak ke? Orang bagi salam bukan nak jawab. Berdosa tahu, tak jawab salam orang.”

“Eh! Jap bukan ke lelaki yang aku tengok tadi? Tapi siapa dia ni, hah? Setahu aku mak cik Nab cuba ada anak lelaki sorang je, abang Uzir. Habis siapa dia ni hah?”

Sedang Inas membebel seorang diri, tiba-tiba lelaki itu menghampiri dirinya. Inas tersentap dengan kemunculan lelaki itu tiba-tiba. Dia cuba mengukir senyuman manis untuk lelaki itu lalu menghulurkan bekas yang berisi tepung bungkus kepada lelaki itu.

“Mak bagi, nanti kasi dekat mak cik Nab, ya.”

Bekas itu tidak bersambut, Inas geram kerana lelaki hanya menatap wajahnya

tidak berkelip.

“Dia ni tak betul ke, apa? Lantaklah baik aku blah sebelum jadi apa-apa? Tengok muka mamat ni pun dah menyeramkan aku,” gerutu Inas.

Setelah meletakkan bekas itu di meja batu ,Inas mengatur langkah untuk pulang ke rumahnya tanda di duga olehnya kakinya tersepak batu dan mahu tumbang namun tubuhnya sempat disambar lelaki itu dari tersungkur.

“Terima kasih,” ujar Inas sambil membetulkan posisinya.

Dengan serta merta lelaki itu bertindak agresif, dia memeluk Inas seerat mungkin. Inas tersentak lalu bergelut untuk membebaskan dirinya, lelaki tadi tidak melepaskan pelukan itu. Inas semakin panik, yang paling mengejutkan Inas lelaki itu telah mengucup bibirnya dengan rakus. Inas menutup rapat bibirnya dia tak sanggup melepaskan ciuman pertamanya kepada orang ajnabi. Dengan segala kekuatan yang ada padanya, Inas menolak kasar tubuh sasa itu lantas menampar kuat wajah yang penuh dengan jambang itu.

“Kurang ajar! Kau ni gila ke apa, hah?” marah Inas dengan mata merah menyala. Lelaki itu hanya ketawa lalu berlalu memasuki rumahnya. Air mata Inas berlinangan dengan perasaan marah dia berlari menuju ke rumahnya di sebelah.

“Bodoh!bodoh!sengal!sewel!gila! Aku benci mamat tu sampai kapan pun,” bentak Inas sendiri lalu meyembam mukanya ke bantal dengan tangisan yang masih berbaki.

“Ya Allah Inas kau ni, kenapa? Dah bagi kuih pada mak Nab ke?” soal Mak Jah bila memasuki kamar anaknya.

“Dah! Mak ni, bukan nak tanya keadaan Inas, tentang kuih mak je, yang mak tahu. Perasaan hati anak mak mak tak peduli!”

“Yang kau menangis ini kenapa?”

“Baru nak tanya? Mamat gila kat rumah mak Nab yang buat,” adu Inas geram.

“Uwais ada apa-apa kan kau, ke?” tanya Mak Jah cemas

“Uwais? Siapa tu mak?” soal Inas kembali.

“Uwais anak sulung mak Nab yang baru balik dari Amerika, mak Nab cakap dia mental sikit sebab kematian isteri dan anak, dia sangat sayangkan isteri dan anaknya sebab tu jadi macam tu? Dulu budak tu baik orang, bijak pulak tu. Kerja pun elok, tapi sayang otaknya ada mental sikit sebab terlalu sayangkan isterinya, tulah lain kali kalau nak sayang seseorang tu jangan melebih,” cerita mak Jah diselit dengan nasihat kepada anak gadisnya itu.

“Patutlah aku bagi salam dia tak jawab, sewel rupanya,” suara Inas sendiri.

“Dia ada buat apa-apa kat kau, ke Inas? jangan dimain budak tu!”

Inas tersentap, fikirannya diwayangkan pada kejadian yang menimpa diri. Dia berkira-kira samada mahu memberitahu hal sebenarnya atau tidak pada maknya itu.

“Er.. tak, dia tak ganggu Inas pun,” bohong Inas.

“Yang kau maki hamun tadi, siapa?” duga mak Jah.

Inas tersengih sumbing, Mak Jah mencebik lalu keluar dari bilik tidur anak bongsunya itu.

“MAMA MANA PISAU? UWAIS NAK MAKAN COLEK MANGGA PUTIK.”

Suara anak lelaki sulung mak Nab mengejut mereka bertiga di dapur.

“Tak payah nak ngada, biar mama yang kupaskan nanti. Uwais bukan boleh percaya sangat, nak kupas buah konon! tengok-tengok kelar tangan sendiri nanti,” bebel mak cik Nab pada anaknya.

Inas memandang lelaki sewel yang bernama Uwais itu berlalu dari situ setelah dimarahi oleh ibunya sendiri. Terselit rasa kasihan terbit dari pangkal jantungnya.

“Tak pe mak Nab, biar Inas tolong kupaskan untuk abang Uwais, mak dan mak Nab masaklah, nanti tak sempat nak hantar gulai dekat masjid nanti,” pelawa Inas lalu berlalu dari situ.

Inas menghampiri lelaki yang pernah meninggalkan sejarah hitam buat dirinya seminggu yang lepas, dia mengeluh sebelum duduk menghadap lelaki yang bernama Uwais itu.

“Abang Uwais nak Inas kupaskan mangga, tu?” soal Inas dengan suara sedikit gemuruh.

Uwais memandang sekilas pada Inas, kemudian dia mengambil sebiji mangga putik dan dihulurkan pada Inas. Inas menyambut buah itu dengan sedikit gemuruh di dada, lalu mengupasnya.

“Nah!” Inas menghulurkan pinggan yang berisi kepingan mangga pada Uwais.

“Aku tak nak makan macam tu! Aku nak makan dengan coleknya sekali!” suara Uwais dibuat-buat tegas.

“Uh! Ngada betul mamat sewel ni?” gerutu Inas lalu bangkit.

Uwais tersengih-sengih bila melihat Inas datang kembali sambil membawa sepiring kicap yang bercampur gula pasir, sedikit garam dengan memek muka yang menyampah. Sebaik sahaja piring itu diletak dihadapannya Uwais sudah bertepuk tangan seperti kanak-kanak dapat coklat.

“Memang sewel dan sengal mamat ni,” kutuk Inas lagi dalam hati.

“Cepat buka mulut?”

Suara Uwais membuatkan Inas pantas mendongak ke memandang Uwais, Uwais menyuakan sepotong mangga yang sudah dicicah dengan colek ke arah mulut Inas. Sebaik sahaja Inas mahu membuka mulut Uwais cepat-cepat memasukkan mangga itu ke dalam mulutnya sendiri lalu ketawa terbahak-bahak.

“Sewel punya mamat! Berani dia mempermainkan aku? Tak guna betul!” marah Inas, perlahan.

“Maaf-maaf..kali ni betul, cepatlah buka mulut tu?” ujar Uwais sekali lagi sebaik tawa reda.

Sekali lagi dia menyuakan potongan mangga pada Inas. Dan sekali lagilah Inas tertipu, gelak tawa Uwais semakin kuat menimbulkan kegeraman dalam diri Inas.

“Sewel!” marah Inas lalu meninggal Uwais yang masih dengan tawanya.

Petang esoknya Uwais membawa setangkai buah mangga ke rumah Inas, bila salamnya tidak bersahut dia terus menerpa masuk memandangkan pintu itu tidak berkunci. Uwais tertinjau-tinjau mencari kelibat Mak Jah dan Inas namun tidak ketemui, bila bola matanya dilarikan ke arah kerusi panjang bibirnya mengukir senyuman yang melirik. Uwais menatap lama wajah ayu yang sedang lena dibuai mimpi, lalu dia menundukkan tubuhnya sebuah ciuman dihadiahkan kepada gadis itu kemudian dia keluar dari rumah itu bila Inas memberi reaksi seakan-akan mahu sedarkan diri.

“ AIR PASANG PAGI SURUT PUKUL LIMA, INAS BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA, POKOK BUNGA ROS TANAM TEPI RUMAH, MAK JAH MENGAMUK INAS BUAT BODOH.”

Inas menyanyi riang ketika menyiram pokok-pokok bunga kepunyaan ibunya, sedang dia menyanyi tiba-tiba dia disergah oleh Uwais dari arah belakang. Inas terkejut lantas menoleh dan menyiram Uwais.

“Ya, Allah abang Uwais, jangan nak buat gila dengan Inas boleh tak?!” marah Inas sambil melurut dadanya.

Uwais ketawa terbahak-bahak. Lalu merampas wayar paip dari tangan Inas terus menyiram Inas, Inas sudah terpekik marah. Kekecohan yang berlaku di antara mereka mengundang kedatangan Mak Jah dari dalam.

“Ya Allah Inas, mak suruh kamu siram bukannya…. Eh! Uwais kamu pun ada sekali?”

“Mak tengok abang Uwais ni.. dia ganggu Inas,” adu Inas sambil merengek manja.

“Tak delah mak cik, Uwais cuma nak sapa Inas, tapi dia balas dengan jirus air pada Uwais.”

Uwais berbohong namun dihatinya senang bila melihat riak muka Inas sudah berubah merah menahan marah padanya. Dia suka bila melihat muka Inas berubah macam itu.

“Korang berdua ni, macam budak-budak,” bebel Mak Jah berlalu masuk ke dalam semula.

“Abang ni, dah lah sewel lepas tu sengal pulak!” bidas Inas lalu mahu mengatur langkah untuk memasuki rumah, belum sempat dia melangkah dengan pantas Uwais mencengkam lengan Inas. Inas tersentap, perasaan takut mula menjalar dalam dirinya memandangkan Uwais seorang yang sakit jiwa sekarang.

Wajah Uwais semakin menghampiri wajah Inas dengan renungan yang cukup mencurigakan dengan serta merta Inas memejamkan matanya serapat yang mungkin. Saat itulah Uwais ketawa dengan begitu kuat sekali lalu meninggalkan Inas yang sudah naik geram.

“Memang dasar sewel, gila dan bengap punya laki!” sumpah Inas geram.

“Tapikan setiap kali aku tengok gelak tawanya, hatiku turut tergelak sama.. ah! Inas jangan kau turut tergila bayang kat lelaki sewel tu sudah.”

Semakin hari persahabatan antara Inas dan Uwais yang sewel itu semakin erat dan Inas semakin senang dengan kesewelan Uwais itu, setiap kali mereka bersama pasti tidak kering gusi Inas.

~~~~~~~~~~~~~

UWAIS TAK BOLEH TERIMA MAMA! BIAR UWAIS MATI SAMA!

“Uwais tak sanggup nak terima! kenapa dia buat Uwais macam tu? Uwais sayang dia lebih dari nyawa Uwais sendiri mama…”

Uwais mengamuk, penyakit jiwa kembali lagi, mak cik Nab turut menangis sama dia memeluk erat tubuh sasa anaknya itu agar bertenang namun tenaga seorang perempuan tidak mampu menghalang amukan anaknya itu.

“Mak Nab kenapa tu, mak ?” soal Inas sebaik meluru turun dari biliknya untuk mendapatkan Mak Jah di dapur.

“Entahlah, Mak rasa Uwais mengamuk lagi.”

“Mengamuk..” suara Inas perlahan selepas itu dia menarik tangan Mak Jah dan berlari untuk ke rumah sebelah.

Uwais yang sudah duduk terus bangkit dia mengambil pasu bunga lalu dilempar. Pasu yang dilempar Uwais nyaris-nyaris mengena Inas. Inas yang terkejut terus melaung memanggil nama Uwais.

“Abang Uwais!!”

Uwais tersentap, anak matanya tepat menikam wajah Inas yang sudah mengigil itu serta merta dia berlari keluar meninggalkan rumah itu, semasa Uwais melewati Mak Jah dan Inas dia terlanggar badan kecil Inas menyebabkan imbangan badannya Inas bergerak kebelakang.

“Inas kamu tak de apa-apa ke ?” soal mak cik Nab sampai menyapu air.

Inas mengeleng menandakan dia baik-baik sahaja.

“Kenapa Nab? Apa yang tak kena dengan Uwais tu?” soal Mak Jah cuba menenangkan jirannya itu.

“Saya pun tak tahu kenapa kak Jah, balik dari kubur isteri dan anaknya dia terus mengamuk, abang Hab pun masih di Kelantan dengan Uzir, saya risaulah kak Jah,” adu mak cik Nab dengan tangisannya yang masih berbaki itu.

Inas kaku dan terkejut, hatinya juga cukup sedih bila pertama kali melihat Uwais mengamuk sakan sepanjang perkenalan mereka.

Dalam perjalanan pulang dari kedai, Inas melewati danau untuk pulang ke rumahnya, pertengahan jalan dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali sedang termenung jauh.

“Abang Uwais…..” panggil Inas

Uwais hanya mengerling sekilas kemudian kembali menghadap air yang tenang dihadapannya itu.

“Abang jomlah kita pulang, mak Nab duk risau tentang abang?” Inas memujuk Uwais bila panggilannya tidak diendahkan.

“Kau masih nak berkawan dengan aku?”

Inas terkejut bila Uwais mula ber ‘kau aku’.

“Aku kan gila! Pergi kau dari sini! Sebelum aku apa-apakan?!”

“Tak! abang tak gila!” Bentak Inas

“Habis kalau tak gila ,apa dia?” soal Uwais kasar.

“Abang tak gila, abang cuma sewel… dan satu lagi sengal,” ujar Inas masih dalam keadaan geram.

Uwais pantas memalingkan mukanya menghadap Inas, lama dia menatap sebelum bersuara.

“Bukan ke, sewel dan gila maksud yang sama?”

“Tak!” jawab Inas laju.

“Gila tu memang dah terlalu teruk tapi sewel masih dalam peringkat waras lagi lah,” sambung Inas.

“Apa yang Inas mengarut ni?” marah Uwais bila terasa dirinya dipermainkan.

“Yeay! Akhirnya abang sudi bercakap dan pandang Inas.” Inas bersorak seperti kanak-kanak ribena.

“Budak-budak,” marah Uwais bengang.

“Tengok-tengok abang Uwais dah kembali. Seronoknya…”

“Inas abang serius ni? Ni masih nak kawan dengan abang ke tak?” tanya Uwais tegas.

“Sejak bila abang pandai serius ni?” usik Inas lagi, sambil tersengih sumbing.

“Mestilah nak! Asalkan abang tak buat perkara mula-mula yang abang buat pada Inas, masa kali pertama kita berkenalan, ya? Sebab kita belum mahram lagi tahu,” suara menekankan sedikit pada ayat akhirnya.

Hati Uwais berdebar kencang bila perkataan kita belum mahram lagi meniti dibibir nipis Inas, dia mengagak Inas menyukai dirinya yang gila ini.

“Abang!”

Sergahan Inas mengejutkan Uwais. Dia menjungkit keningkan sebelah

“Wah! abang nampak kacak tanpa sehelai jambang di muka, mesti abang lakukan semua ini disebabkan Inas kan? Tak sangka ya, abang ikut cakap Inas, ‘kalau abang cukur jambang mesti abang bertambah kacak’, haa sekarang memang terbukti, abang memang kacak.”

Inas berjeda seketika, dia tidak menyedari kata-katanya menyebabkan Uwais salah sangka perasaan Inas padanya.

INAS PERGILAH JUMPA UZIR KAT DEPAN SANA?” Suara mak cik Nab yang sedang sibuk memasak hidang untuk majlis kesyukuran malam nanti, sempena Uzir dapat bertukar ke negeri asalnya, Perak.

“Seganlah mak Nab,” ujar Inas tersengih malu.

“Amboi, dah pandai nak malu-malu dengan abang, ya? 3 tahun lepas tak malu pula,” usik Uzir bila tiba di dapur.

Dia yang baru sampai pagi tadi dari Kelantan, kelihatan agak keletihan. 5 tahun bekerja di Pantai Timur akhirnya dia berjaya menukar balik ke Perak. Salah satu kenapa dia mahu kembali ke negeri asalnya adalah kerana Inas, dia mengenali Inas sejak 3 tahun yang lepas sejak Inas berpindah di sebelah rumahnya. Dan sejak itu perasaan cintanya terpendam di sudut hatinya.

“Mak Jah, Uzir nak curi Inas sejak boleh tak?”

“Aih! Nak curi kena masuk meminanglah dulu, ya?”

Usikan dari Mak Jah menimbulkan gelak tawa mereka yang berada di dapur, Inas membuat muka kerana bengang dengan usikkan ibunya.

“Amboi orang tu, sombong sekarang.. sms pun tak apatah lagi nak call. Maklumlah dah dapat segulung ijazahkan?” perli Uzir bila mereka jauh dari orang ramai.

“Eleh.. kata kita, yang orang tu busy memanjang tak sedar? Raya tahun lepas pun tak balik rumah, asyik raya kat hospital je kerja orang tu, tak gitu Dr. Uzir,” bidas Inas balik. Mereka saling sindir menyindir sambil ketawa.

“Inas… sudi tak Inas jadi isteri abang, hujung tahun nanti,” pinta Uzir bila tawanya reda.

Mata Inas membulat, tawanya serta merta terhenti, dia meneguk airnya berkali-kali terkejut dengan luahan hati Uzir yang tiba-tiba itu. Belum sempat Inas mahu membalas kata-katanya, tangan kanannya disentap kuat oleh Uwais. Uwais menarik Inas kasar lalu membawa gadis itu memasuki kamarnya lantas dia mengunci diri mereka dari dalam. Dia menarik dan menghempas Inas ke katilnya. Tercegang Inas buat seketika.

“Kenapa kau buat aku macam ni, Inas? Perempuan memang sama. Tak reti nak harga sebuah cinta!” herdik Uwais dengan mata merah menyala.

“Kau memang tak guna! Aku menyintai kau setulus hati aku, kekayaan aku tabur ke atas kau sorang dan zuriat dalam perut kau, aku bagi. Apa yang tak cukup untuk kau? Cakap!” sambung Uwais lagi, suaranya bergema seluruh bilik.

“Abang Uwais kenapa ni? Inas tak faham ?” soal Inas dalam nada gugup.

“Uwais! Buka pintu ini sayang! Jangan apa-apakan si Inas tu.”

“Abang Uwais buka pintu nii!”

Laungan mama dan papa serta Uzir adiknya dari luar tidak diendahkan. Dia betul-betul terpukul bila melihat Uzir dan Inas mesra bergurau senda tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengheret Inas memasuki kamarnya, dia tak sanggup melihat gadis itu bermesra dengan orang lain selain dia.

“Aku sayang kau! Aku benci kau! Kau sanggup menduakan aku ketika kau hamilkan zuriat aku! Kenapa?”

“Abangg!” Pekik Inas lalu menghadiahkan satu tampar pada Uwais.

Uwais bagaikan tersedar. Dia merengus kasar lalu menuju ke laci mejanya. Dia mencari sesuatu dari situ, kemudian dia kembali menghadap Inas sambil melemparkan beberapa keping gambar di atas katil, Inas mengutip gamabr-gambar tersebut dan menatap seketika, dahinya berkerut-kerut matanya dipanggung mencari anak mata Uwais yang sudah merah berair.

“Itu isteri abang, abang balik ke Malaysia untuk melupakan segala bayangan dia di sana, tapi bila abang terpandang Inas buat kali pertama, abang dapat lihat bayangan dia dalam diri Inas, bila abang semakin rapat Inas semakin banyak ciri-ciri dia yang ada pada Inas. Macamana abang nak pulih, setiap kali terpandang Inas hati abang berdegup kencang, sampaikan abang tak boleh nak kawal nafsu abang. Abang sanggup pikul dosa abang sebab telah menyentuh dan mencium Inas sebanyak dua kali yang tidak halal dari abang.”

Uwais berjeda seketika dengan suara yang sudah berubah nada. Manakala Inas sudah menekup mulutnya. Tidak percaya yang bibirnya sudah dua kali dinodai.

“Dua kali abang? Bila?”

“Masa Inas tidur di kerusi panjang rumah Inas. Dah lah Inas abang sedar yang abang ni gila dan tak mungkin Inas akan terima cinta dari abang yang gila inikan? Inas keluarlah. Maafkan abang sebab buat Inas macam ni, Inas tak bersalah yang bersalah isteri abang, dia dijumpai mati kemalangan bersama dengan bekas kekasihnya. Abang tak dapat terima semuanya itu, tapi berkenalan dengan Inas membuatkan hati abang berbunga lagi. Dan abang tak boleh terus heret Inas dalam hal ini,” sambung Uwais lagi.

“Kenapa abang cakap macam tu? Inas tak tahu diri Inas buat abang terbayang-bayangkan isteri abang. Inas.. Inas nak bantu abang. Lagipun Inas dah mula sayangkan abang, dan abang boleh bezakan diri Inas dan arwah isteri abangkan? Berilah peluang untuk Inas rawat abang.”

“Dah lah! Aku tak perlukan kau untuk aku pulih! Kau keluar sekarang! Uzir sedang tunggu kau, baik kau pergi!”

“Inas tak nak!” bentak Inas. Dia masih berdegil dia memakukan duduknya di katil Uwais.

Uwais bengang lantas dia menghampiri gadis itu dan menarik tangan Inas lalu membuka pintu kamarnya, dia menolak Inas keluar dari biliknya. Ketika badan Inas dilambung Uwais namun Inas sempat mendarat dalam pelukan Uzir.

“Inas, awak tak de apa-apa?” tanya Uzir nyata terkejut.

Mak Jah serta yang lain menggosok belakang Inas yang sudah teresak-esak itu. Uzir naik angin bila gadis yang disayanginya itu telah diapa-apakan oleh abang kandungnya yang gila itu dengan amarah di dada dia meluru masuk kamar Uwais lantas menghadiahkan satu tumbukan pada wajah abangnya itu.

“Abang dah gila! jangan menambah kegilaan abang tu pada Inas! Dah gila buat cara gilalah!” marah Uzir dan satu lagi tumbukan kena pada bibir Uwais.

Uwais terjatuh dan yang paling parah bibirnya sudah berdarah. Dia tidak membalas sedikit pun tumbukan adiknya itu, dia lebih suka memakukan dirinya dari membalas serangan. Inas bertambah sedih bila melihat Uwais ditumbuk berkali-kali, dia tak sanggup untuk melihatnya lalu dia berlari meninggalkan rumah itu.

UWAIS, UZIR, UWAIS, UZIR, UWAIS, UZIR, UWAIS…. Inas membilang sambil memejamkan matanya.

“Hah! abang Uwais lagi…” ujar Inas bila matanya dicelikkan kembali.

Inas yang tiada kerja lain asyik membuat perkara yang sama sejak tiga hari yang lalu, iaitu mencabut kelopak bunga ros yang dipetik di halamannya dan tiga hari bertutur-tutur nama Uwais juga yang akan muncul berbanding Uzir.

“Kenapa ni? Adakah aku dah turut gila kerana tergilakan senyumannya yang sewel itu? Ahh!! Macammana ni?”

Kepala otak Inas sudah berserabut memikirkan perasaannya sedang dia memeningkan kepalanya, cuping telinganya sempat menangkap suara tangisan mak cik Nab dan suara abang Uwais terpekik, di sebelah rumah dengan pantas dia berkejar ke sana.

“Kenapa ni mak Nab? Pak Wahab?” soal Inas sebaik saja tiba di hadapan mak cik Nab yang masih lagi mengesak.

Pak Cik Wahab memandang Inas tanpa sebarang riak, mulutnya terkumat kamit ingin memberitahu sesuatu namun seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Mereka dikejutkan dengan suara Uzir memarahi abangnya yang semakin menghampiri mereka.

“Kalau abang asyik macam ni, menyusahkan mama dan papa! Lebih baik abang masuk hospital sakit!”

Uzir mengheret kasar Uwais. Uwais masih lagi terpekik melolong, penyakit gila semakin parah.

“Abang Uzir! cukuplah tu abang! sanggup abang buat abang kandung abang sendiri macam orang gila?”

Uzir tercengang bila Inas memarahi dirinya malah membela abangnya yang gila itu.

“Inas, pak cik dan mak cik sudah tak tahu cara untuk menyembuhkan Uwais lagi, jadi Uzir cadangkan kami supaya Uwais dibawakan ke hospital jiwa. Kami takut kalau kejadian yang menimpa Inas akan terjadi lagi,” suara Mak cik Nab dalam tangisan.

“Pak cik, mak cik, bukan begitu nak rawat abang Uwais, sepatutnya kita menyokongnya dia bukannya hantar ke tempat macam tu?” suara Inas syahdu.

Uwais sudah berhenti dari amukkannya, serentak itu dia melangkah laju dan terus membolos memasuki kereta adiknya. Mereka berempat terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba dari Uwais itu.

“Uzir, jom!” suara Uwais tegas sebelum menghempas kuat pintu kereta.

Belum sempat Uzir memasuki keretanya, Inas terlebih dahulu membuka pintu kereta di tempat duduk Uwais.

“Abang Uwais memang nak sangat pergi ke sana, ke?” marah Inas tapi masih dalam terkawal.

Uwais hanya membatukan diri, Inas semakin bengang. Dia tarik lengan Uwais agar keluar dari perut kereta, Uwais tetap mengeraskan tubuhnya.

“Kenapa dengan abang ni?!” bentak Inas.

“Kalau abang terus macam ni, macamana abang nak sembuh! Kalau abang masih berdegil nak terus sewel dan sengal seorang diri, Inas tak kesah abang… tapi dengan kesewelan dan kesengalan abang tu, Inas turut tempias sama tahu tak?! Inas perlu abang untuk meceriakan hidup Inas, Inas perlukan abang untuk mewarnai hari-hari Inas…” Inas sudah tersedu-sedu.

“Inas….”

Seru Uzir nyata terkejut mendengar penjelasan dari mulut Inas, dia tidak menyangka gadis itu lebih menyintai abangnya yang sewel itu berbanding dirinya.

“Maafkan Inas, abang Uzir, Inas tak mampu untuk menipu hati Inas sendiri, Abang Uwais sangat penting buat…”

Belum sempat Inas menghabiskan bicarnya, Uwais mencantas laju.

“Abangkan gila, abang tak layak untuk Inas, Uzir lebih sepadan dengan Inas, lepaskan abang, Inas.”

“Inas pernah bagitahu abangkan sebelum ni?! Abang tak gila! Tak gila! abang cuma sewel sikit je… Inas tak kira! Abang tak boleh nak halang Inas dari menyukai abang. Sampai hati abang ya, selepas abang buat Inas tergilakan abang, abang terus tinggalkan Inas. Kalau abang tak suka kan Inas, Inas… Inas tak kesah suara Inas dari nada keras semakin mengendur, dia cukup sedih bila Uwais tidak memandangnya langsung.

“Tak pelah abang, Inas doakan abang bahagia,” ujar Inas seraya melepaskan gengamannya. Dia berundur setapak kebelakang dan sempat menoleh semula ke arah Uwais yang masih membatu.

“Maafkan Inas mak cik.. Inas tak dapat menolong merealisasikan impian mak cik dan mak untuk menyatukan Inas dan abang Uzir. Inas tak nak kahwin dengan sesiapa kecuali abang Uwais, Inas pergi dulu mak cik,” suara Inas sebak lalu dia berlari dari perkarangan rumah itu.

Mak cik Nab sudah menangis dalam pelukan suaminya pak cik Wahab, Uzir masih membisu akibat terkilan cintanya ditolak manakala Uwais sudah menitis air mata jantannya. Tidak terniat dihatinya untuk melukakan hati gadis yang bernama Inas itu.

SETAHUN SUDAH BERLALU, Inas membawa diri ke Kuala Lumpur untuk merawat hatinya yang cukup terluka, memandang dia mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di sana sebagai pereka dalaman (ID). Dia akan pulang ke Perak, bila ada masa terluang, memandang kakaknya sekarang tinggal dengan mak mereka di kampung. Baginya dia lebih baik berjauhan dengan Uwais dari terus menatap lelaki itu membuat hatinya terluka.

“Inas, sekejap lagi arkitek dari Syarikat Bayu Indah akan datang berjumpa dengan kamu, bincang tentang projek kita dekat Kedah sana.”

“Baiklah bos.” mendatar sahaja suara Inas.

“Ingat Inas! jam 1 nanti!” laung majikan Inas sebelum melangkah masuk ke pejabatnya.

Inas hanya mengeluh kecil. Arahan majikan wajib dipatuh, inilah perlu dilakukan bila bekerja dibawah orang.

“Assalamualaikum cik Inas Harliana….”

“Wa’alaikumussalam,” balas Inas, dia yang sedang khusyuk meneliti setiap dekoran di majalah lantas mendongkat bila namanya diseru oleh seseorang.

Bila melihat seorang lelaki yang berdiri di hadapannya Inas serentak bangkit dari duduknya. Dia bagaikan tidak percaya bila melihat lelaki yang pernah menolak cintanya tersenyum manis padanya.

“Abang Uwais?”

Inas masih tidak percaya, kerana Uwais yang pernah dia kenali dulu jauh berbeza dengan Uwais yang berada di hadapanya kini, segak mengenakan pakaian formal pejabat, wajahnya sudah licin dari dinodai sebarang jambang mahupun misai jangut. Penampilan Uwais kali betul-betul menggoda hati wanitanya.

Uwais hanya mengangguk perlahan.

“Sudah lama tidak berjumpakan? Inas nampak semakin berisi dan semakin cantik,” suara Uwais seraya melabuhkan duduknya.

Inas hanya tersipu malu, lama tidak bergurau dengan lelaki itu membuatkan dirinya sedikit kekok. Jantungnya yang dahulu pernah berdegup kerana lelaki ini, sekali berdegup kencang pada orang yang sama.

“Inas tak sangka, abang rupanya arkitek dari Syarikat Bayu Indah tu,” suara Inas bila masing-masing siap berbincang.

“Aah, tapi baru je kerja dekat situ. Abang sangat gembira bila dapat tahu yang abang akan berganding dengan Inas untuk menguruskan projek ini,” balas Uwais teruja.

“Abang jahat….”

“Siapa suruh lari? Kan dah dapat dikejar,” perli Uwais

“Abang yang mulakan dulu! Kalau abang tak tolak Inas dulu, Inas takkan datang ke sini tahu?!” bentak Inas namun suara masih lagi terkawal.

Uwais hanya tersenyum lembut sebelum bersuara.

“Cik Inas Harliana sudi ke menjadi isteri Uwais Irfan yang pernah gila dulu…”

Mulut Inas terlopong bila Uwais sudah mengeluarkan kata-kata keramat itu namun dia tidak mempercayai kerana dia tidak mahu terluka lagi.

“Lepas Inas pergi, hidup abang betul-betul kosong. Ketika itu baru abang sedar, abang perlukan Inas untuk melengkapi hidup abang. Abang tekad tidak mahu terus hidup dengan dunia abang sendiri, abang cuba untuk membangunkan diri abang dengan apply kerja berdasarkan ijazah yang abang dapat dan pengalaman kerja yang abang perolehi di Amerika dulu, alhamduillah ianya berhasil sekaligus dapat menemukan jodoh abang di sini.”

Uwais berjeda seketika cuba memujuk hati Inas.

“Macamana Inas, sudi tak?” ujarnya tegas, dia betul-betul berharap agar lamarannya tidak di tolak.

“Abang jangan nak buat gila dekat sini, boleh tak?!” marah Inas lalu mahu bangkit dari situ, namun tidak menjadi Uwais pantas menyentap tangannya

“Abang pernah gila Inas, dan kali ni, abang akan terus gila bila Inas tolak lamaran abang,” ujar Uwais sayu.

“Abang! Inaskan pernah cakapkan? abang tak gila! cuma sewel dan sengal je!” bulat mata Inas memarahi Uwais, kerana selalu menyebut dirinya gila.

“Jadi kiranya Inas setujulah, ye?” Uwais memberi jawapannya sendiri.

Inas terkedu sendiri, mulutnya terkumat-kamit mahu berkata sesuatu, saat itu juga Uwais mengeluarkan sebentuk cincin emas dari koceknya dan menyarungkan ke jari manis Inas, Inas nyata terkejut.

“Abang si mamat sewel dan sengal!” hanya itu yang terpancul keluar dari mulut Inas.

“Mamat sewel dan sengal ini jugalah yang membuat Inas larikan diri dan turut tersewel sama kan?” usik Uwais tersenyum menggoda.

Meletus tawa Inas bila Uwais mengusiknya begitu, dia rasa kebahagian menunggunya, hati kecilnya berdoa agar perhubungan mereka kekal bersama walaupun dengan bekas pesakit jiwa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku