Cerpen Psiko-thriller : No! Papa, no!
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 03 April 2013
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)
12070

Bacaan






Pukul 7.00 malam- hari mulai suram. Ruang tamu remang-remang.

“No! No! No! Papa, No!”

Seorang gadis kecil dalam lingkungan lima tahun menjerit dan menangis di atas katil. Jeritannya nyaring dan panjang namun gagal memanggil sesiapa menyelamatkannya. Dan seorang lelaki, bertubuh besar sedang menghimpitnya tanpa belas kasihan. Pintu bilik perlahan-lahan tertutup walaupun jeritan gadis kecil itu masih kedengaran. Babak berubah.

Noni terkebil-kebil. Sejak sejam yang lalu, dia duduk di hadapan televisyen menyaksikan filem yang ditayangkan. Cerita tentang seorang budak perempuan. Bagi Noni budak itu comel, rambutnya perang, berketak-ketak, matanya biru. Dia tidak faham kenapa budak itu menjerit tetapi jeritan budak itu sangat menyentuh hatinya. Dia rasa kasihan. Tidak sedar, dia sedang diperhatikan dari belakang.

“Mama mana?” Papanya masuk bertanya. Matanya melingas mencari-cari wajah lain selain wajah Noni.

Noni tersentak lalu menoleh. Dengan senyuman lebar dia menjawab, “Mama pergi kelas buat kek.”

“Noni tak ikut? Kak long mana? Ikut mama?”

Langkah kaki papa berhenti di pintu dapur. Kain langsir diselak sedikit. Matanya liar menyeluruhi seluruh ruang dapur yang tidak sebesar mana.

“Along ikut mama.”

Noni kembali menonton sambungan filem tadi. Sekarang budak itu sudah besar, rambutnya pendek. Wajahnya tidak lagi comel. Matanya menyimpan banyak kesengsaraan. Noni mula bosan. Dia belum puas melihat budak perempuan tadi tetapi dia tahu, dia tidak boleh buat apa-apa kerana itu cerita dalam TV. Akhirnya dia tunduk memandang buku latihan yang terbuka lebar di hadapannya.

Kerja rumah yang disuruh oleh guru tadika, masih tidak berusik banyak. Noni malas hendak buat. Bosan. Banyak sangat huruf ABC kena tulis. Jari Noni sakit.

Sedar-sedar kepalanya digosok lembut. Tapak tangan papa mendarat di situ, kemudian beralih ke atas bahu. Noni menoleh ke arah papa yang sudah duduk di sebelah Noni. Noni tahu papa baru balik kerja. Papa penat. Badan papa bau busuk.

“Noni tengok cerita apa ni?” Mata papa beralih ke kaca televisyen.

Noni angkat bahu. Noni sendiri tidak tahu cerita apa yang ditontonnya. Cuma Noni tidak suka sebab budak perempuan comel tadi sudah tidak ada. Bagaimanapun Noni simpan semuanya dalam hati.

Tangan papa merayap ke arah buku latihan Noni. Buku latihan yang bersaiz besar dan masih banyak kosong itu papa pandang.

“Kenapa Noni tak buat? Nanti cikgu marah,” kata papa.

Papa cium kepala Noni sambil tangannya mengusap lembut rambut Noni. Kepala Noni ditarik rapat ke dada papa yang hangat.

Noni tidak selesa. Noni tarik semula kepalanya. Buku latihan pun, Noni tarik semula.

Tangan papa merayap lagi ke arah buku. Terkena peha Noni yang terdedah sedikit apabila skirt Noni terselak.

“Mari papa ajar bagaimana nak tulis,” kata papa. Papa semakin mendekati Noni.

Noni tarik nafas panjang. Bau rokok dari mulut papa buat Noni rasa hendak muntah. Noni tidak suka bau rokok. Sayangnya, Noni tidak dapat bergerak jauh. Tangan kiri papa sudah berada di belakang Noni, tangan kanan pula di hadapan. Melintang di atas riba Noni, kemudian merayap ke peha. Noni rasa dadanya sakit. Tangan papa, Noni tolak sampai jatuh ke lantai.

Papa menoleh ke belakang. Setelah pasti pintu rumah tertutup dan berkunci, papa pandang semula ke arah Noni yang mula tekun menulis. Perlahan-lahan tangan kanannya hinggap di kepala Noni lagi. Tangannya menguis rambut perang Noni ke belakang. Menyerlahkan leher Noni yang jinjang.

“Noni,” panggil papa.

Noni menoleh dengan rasa tidak suka. Dia tidak suka papa sentuh dia begitu. Dia rimas dan bau mulut papa busuk. Dia mahu masuk ke dalam bilik tetapi belum sempat dia angkat punggung, papa pegang tangan Noni kuat-kuat.

“Papa nak ajar Noni. Noni tentu suka,” kata papa seraya menarik bahu Noni hingga jatuh ke atas karpet.

Noni terpinga-pinga. Noni cuba bangkit apabila papa menyelak kain yang Noni pakai. Noni panik. Noni teringat apa yang dilihatnya dalam televisyen tadi.

“No, papa! No!” kata Noni walaupun dia tahu kata-kata itu tidak ada maknanya lagi apabila papa sudah jadi seperti lelaki dalam televisyen tadi. Noni juga menjerit seperti budak comel tadi buat. Cuma lama-lama... suara Noni habis. Sangkaannya memang benar. Sekarang... baru dia faham kenapa budak itu menjerit. Dia menangis, untuk dirinya dan untuk budak comel tadi.

Setengah jam selepas itu, Noni terbaring lesu di atas karpet. Segala kesakitan tubuh yang dirasa, segala keperitan jiwa yang ditanggung, segala kekecewaan yang menimpa... menjadikan dia bingung. Pandangan matanya kosong.

“Jangan beritahu mama. Kalau mama tahu... papa hantar Noni balik ke rumah anak yatim. Biar Noni tak dapat sekolah, tak dapat baju cantik, tak dapat tinggal dengan mama.”

Papa nyalakan sebatang rokok. Papa sedut dengan penuh rasa lega. Kemudian papa bangun, masuk ke bilik tidur dan tidak lama selepas itu terdengar pintu bilik air dihempas. Papa mandi.

Balik ke rumah anak yatim? Tak dapat tinggal dengan mama? Tak dapat sekolah tadika? Tak dapat jumpa kawan-kawan? Macam-macam perkara hadir dalam fikiran Noni. Berpusing-pusing bagaikan roda kereta yang laju. Akhirnya Noni tarik badannya supaya meninggalkan lantai. Noni heret segala beban jiwanya ke dalam bilik tidur. Di situ Noni berbaring sambil memejamkan mata.

Noni cuba lupakan apa yang dilihat di kaca televisyen. Noni cuba lupakan apa yang telah papa buat. Noni cuba lupakan segala-galanya tetapi, bukan papa.

Kejadian itu berulang dan terus berulang lagi. Noni menangis dan terus menangis. Untuk dirinya dan budak comel itu...

*****

Pukul 7.00 pm –di belakang dapur. Langit gelap seakan-akan mahu hujan.

“Ah!!!” Kak long menjerit sekuat hati sambil berlari mencari mama dan papa di ruang tamu.

Mama dan papa meluru ke arah kak long. Kemudian melajukan langkah mengikut kak long yang sudah meluru ke dapur semula. Setibanya di dapur, mulut mama terlopong. Mata mama terbeliak.

“Ya, Allah! Noni! Kenapa Noni buat macam ni?” tengking mama. Pisau di tangan Noni, mama rampas.


***********************

Baca kesudahan cerita ini dalam ANTOLOGI JIWA KACAU yang akan diterbitkan tidak lama nanti. Nantikan ya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku