Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Manusia Khayalan
Najza Dohan
1622
Bacaan





Genre: Seram/Misteri
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 27 September 2013

Manusia khayalan.Siapa tu? Hati Arisa berasa tidak senang.CD yang diterimanya tadi menimbulkan seribu satu persoalan.Nama pengirimnya pun mampu membuatkan bulu roma Arisa naik ikut berdiri seiring dengan ketakutannya.

“Kak Lina ada nampak tak siapa yang bagi CD ni?” CD itu dilayang-layangkan.Bertanya pengurusnya.

Dahi Kak Lina berkerut sebentar. “Tak pula aku nampak.Kenapa Risa?” air liur ditelan perlahan.

“Tak ada apalah.”

CD di tangan direnung.Memikirkan tindakan seterusnya.Yup,pasti semua ini akan terbongkar setelah CD ini dimainkan di VCD player.

Jantung Arisa berdetak laju.Dia takut untuk melihat kandungan CD tersebut.Dengan lafaz Basmalah,CD itu selamat dimasukkan di dalam pemain VCD.Dia duduk di sofa.Menanti penuh debaran.

Video itu dimulakan dengan lagu yang mendayu-dayu.Ya,lagu Siam mulai menada.Jiwanya terasa seperti berada di dalam dunia lain.Yang hanya didiami olehnya.Tak lama kemudian,suara seorang wanita mulai kedengaran.

“Akulah manusia khayalan.Marilah kau bersama-samaku menakluki dunia ini.Memiliki dunia ini bersamaku.Anakku,aku seru kau untuk bersama-samaku” Arisa terbuai-buai dengan kata-kata wanita itu.Akalnya tidak dapat berfungsi dengan baik tika itu.Dia lupa akan Allah.Lupa akan Rasulullah dan lupa akan agama.

“Matilah kau supaya jiwa kau dapat bersatu denganku.Matilah kau” Arisa mula membayangkan darah-darah yang berkeliaran di seluruh tubuhnya.Lalu,dia ketawa kuat.

Dia menuju ke dapur.Mengambil pisau.Tanpa sedar,pisau itu telah ditodak tepat di jantungnya.Darah membuak-buak keluar tanpa belas kasihan.Darah sudah tidak mengenal erti manusia.Suara tawa kedengaran.Maka,kembalilah Arisa ke sisi Allah tapi ada manusia yang masih tidak berpuas hati.Manusia khayalan masih tidak puas hati.

“Astaghfirullahalazim.” Beristighfar panjang Insp.Halim melihat mayat Arisa yang dalam keadaan begitu menyiatkan hati.

Jantung yang kemerahan itu telah hancur lunyai.Seperti dimamah.Subhanallah.

Siapakah manusia yang begitu kejam ini?

“Lisa,hubungi keluarga mangsa.” Lisa menggangguk.

Titis-titis air menuruni pipi tua wanita itu.Anaknya sudah menemui Ilahi.Dia reda tapi kenapa anaknya perlu pergi dalam keadaan sebegitu? Ya Allah !

Kubur anaknya ditatap.Anakku,bersemadilah kau dengan tenang di sisi Allah.Emak selalu mendoakan kau.

Di sebalik pokok,mata manusia itu tersenyum.Puas.Mangsanya yang pertama telah selamat mampus.Kini,dia sedang menunggu mangsa kedua yang nun jauh di negeri orang.

“Artis popular tanah air Firza Hamid telah selamat pulang ke Malaysia setelah dua minggu berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan Umrah.Walaubagaimanapun,kontroversi yang melandanya masih tidak surut.Menemui wartawan kami untuk berita selanjutnya” manusia khayalan tersenyum sinis.Berita di televisyen benar-benar membuakan dia gembira.

“Saya tak nak komen apa-apa.Pemergian saya ke Mekah ini langsung tiada kaitan dengan kontroversi saya.” Bongkak sekali Firza Hamid memberi komen.Habis wartawan ditolaknya.

Manusia khayalan mendengus geram.Dasar manusia tak sedar diri.Bibirnya mengukir senyuman jahat.

“Isy,saya menyampah betul dengan wartawan-wartawan di Malaysia ni.Tahu nak jaga tepi kain orang je” Firza Hamid merungut kepada pengurusnya.

“Relakslah Fir.Mulut wartawan ni takkan tutup sampai mati pun” mereka ketawa.

Lalala.Bingit rumah itu dengan suara Firza Hamid yang sumbang itu.Suaranya bergema berikutan dia menyanyi di dalam bilik air.Rumah kondo yang baru dibeli oleh sugar daddynya itulah tempatnya berteduh.

Seusai mandi,dia mahu melelapkan mata sebentar sementara menunggu kekasih gelapnya pulang.Tiba-tiba, lampu biliknya terpadam.Dia menjadi panic.Ngantuknya terbantut.Matanya tidak dapat lihat apa-apa.Perlahan-lahan dia mengagau keluar dari bilik.Blackout rupanya.Dia menyumpah seranah.

Dia ingin kembali ke biliknya semula tapi bunyi benda pecah mengejutkannya.Bunyi itu datang dari dapur.Jantungnya sudah berirama laju.Mulai terkenang akan hantu.Isy,mana ada hantu dekat dunia ini.Akalnya menyangkal kata-kata itu.

Dengan penuh debaran,dia melangkah ke dapur.Cuba mengenal pasti apakah benda yang pecah dan tiba-tiba…

“Auch,bodoh punya kaca” dia mencela kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai.

Kakinya berdarah sedikit.Mukanya mengerut sakit.

“Macam mana boleh pecah ni? Takkan kucing pecah masuk rumah aku pecahkan? Isy,tak logic” dia menggerutu sendirian.

Malas ingin mengambil tahu,langkahnya dipanjangkan menuju ke biliknya semula tapi sekali lagi bunyi benda berderai.Kali ini,bunyinya lebih dekat.Seperti di depannya.

“Siapa tu?”

Masih sepi.Firza Hamid bertambah takut.

“Kalau kau manusia,tunjukkan diri kau tapi kalau kau hantu tolonglah pergi dari sini” dia tidak dapat menahan air matanya daripada terus jatuh.

Suara ketawa mulai kendengaran.Halus sekali suara itu.Firza Hamid masih tidak dapat Nampak makhluk yang ketawa itu.

“Siapa kau hah?” kali ini,dia menjerit.Dia berlari menuju ke pintu depan.

Belum sempat tombol dibuka darah tersembur keluar daripada mulutnya.Terputuslah segala amalannya di dunia ini.Manusia khayalan ketawa kuat.Didekatinya tubuh Firza Hamid yang tidak bernyawa itu.Pisau yang terpacak di belakang jantung Firza Hamid ditariknya ganas.

Dia memulakan projeknya.

“Sayang” suara itu memanggil tapi tiada siapa yang menyahut

Sesudah pintu dibuka,jantungnya seakan luruh melihat keadaan Firza Hamid.Dengan keadaan yang mengaibkan itu dan jantung Firza Hamid terlantun keluar membuatkan Datuk Ali terjatuh.Darah yang bertempiaran diperhatikan.Selamat tinggal Firza Hamid.

“Tak boleh jadi ni.Dah dua kali kes yang lebih kurang sama berlaku.Cuba awak tengok,jantung mangsa-mangsa pasti akan terkeluar.Bukan setakat itu je,lihatlah ada kesan mamahan pada jantung mangsa” Insp.Halim berkata sambil menyelak fail-fail kes.

Lisa terdiam. “Insp.Halim rasa macam mana?”

“Saya rasa pembunuh ini adalah pembunuh yang sama.Cuma bezanya dengan kes yang pertama adalah mangsa yang membunuh dirinya sendiri tapi mamahan itu pastilah bukannya perbuatan mangsa sendiri.Pembunuh ini pasti ada motif tersendiri” kumisnya disentuh perlahan.

Lisa menggangguk.

Cebisan mamahan jantung disimpan elok di dalam bekas.Diusapnya bekas-bekas itu perlahan.Cebisan jantung mangsa-mangsanya amat bernilai.Inilah padahnya kalau mencari pasal dengan seorang bekas wartawan.Manusia khayalan tersenyum puas.

“Ada perkembangan terbaru ke?” Insp.Halim diam.

“Laporan forensic menyatakan bahawa jantung mangsa-mangsa ada yang tidak sempurna.Tak boleh dikebumikan macam ni”

“Kejam betul pembunuh tukan Inspektor?” Lisa berkata

“Betul tu,seperti kisah Hendon yang memamah jantung Saidina Hamzah tapi tak berhasil kerana jantung Saidina Hamzah amat suci.Adakah pembunuhnya seorang kanibal?”

“Saya tak rasa pembunuh tu kanibal inspector.Buktinya,daging mangsa masih elok Cuma jantung saja yang diusik”

“Semoga Allah membantu kita mencari pembunuh tu.Siapa dia hendak menghukum manusia seperti tu,hanya Allah saja yang layak menghukum manusia” selepas itu,mereka diam.

Manusia khayalan stress.Stres dengan gangguan pihak polis yang kini sedang giat mencari pembunuh Arisa dan Firza Hamid.Dua artis popular tanah air.Mungkin patut aku bunuh polis yang menguruskan kes ini sebelum aku dihumban ke dalam penjara.

“Inspektor,saya ada sedikit bukti mengenai manusia khayalan.Malam ni kita jumpa dekat rumah saya ye? Sebab maklumat ini sulit.” Insp.Halim berasa tidak sedap hati.Seperti akan ada sesuatu yang berlaku.

“Okey,awak tunggu saya sampai saya datang Lisa” talian dimatikan.Bukti di tangan direnung.

Sunyi sekali rumah Lisa.Insp.Halim memberikan salam.Lama kemudian barulah Lisa membuka pintu.Insp.Halim terkejut dengan penampilan Lisa yang seksi.

“Mana bukti tu?” Insp.Halim tidak mahu berlengah lagi.Syaknya semakin memuncak.

“Inspektor masuklah dulu”

“Apa semua ni Lisa?”

“Apanya inspector.Salah ke saya pakai macam ni?”

Insp.Halim memasuki rumah Lisa.Suasananya sungguh suram.

“Inspektor duduk dulu ye.Saya nak pergi hidangkan makanan” Lisa menjauh ke dapur.Insp.Halim bangun.

Dia mendaki tangga rumah Lisa.Dinding rumah Lisa dipandang.Terdapat banyak gambar-gambar Lisa bersama wartawan-wartawan Sinar Bacaan.Insp.Halim terkejut.Sebelum ini,Lisa wartawan rupanya.

Seusai sampai di tingkat atas,matanya terpaku pada sebuah bilik yang meremangkan bulu romanya.Bagaikan ada daya tarikan,dipulasnya tombol bilik itu.MashaALLAH !

Segala alat-alat pemujaan terdapat di dalam bilik itu.Ada patung dan dua belas yang mencurigakan.Insp.Halim mendekat

‘Jantung Arisa’ salah satu bekas itu ditulis begitu.Sebuah lagi ditulis ‘Jantung Firza’Insp.Halim sudah tidak menentu.Dia ingin segera keluar daripada bilik itu tapi suara Lisa membantutkan niatnya.

“Akhirnya kau dah tahu jugak”

Insp.Halim mendengus

“Tak sangka kau rupanya pembunuh artis –artis tu.” Lisa ketawa

“Kau tahu apa? Diorang tu memang patut mati.” Mata Lisa membulat

“Apa salah mereka dengan kau?”

“Satu je salah diorang tu.Gara-gara aku menyiarkan berita tentang kontroversi diorang.Diorang serang aku,maki aku sampai mak aku dekat kampong mati.”

Teringatnya ketika berita pemecatannya sampai ke telinga emaknya,emaknya diserang angin ahmar lalu meninggal.

“Tapi bukan macam tu caranya untuk menghukum seseorang”

“Ya aku tahu tapi macam mana nak hukum orang yang suka jaga tepi kain orang macam kau ni?” pisau di tangannya dimain-mainkan.

“Lisa,ingat Allah.Mengucap” Insp.Halim mengambil langkah untuk lari tapi pintu bilik itu ditutup.

“Kau akan mati Halim.Mati macam Arisa.Mati macam Firza” Lisa sudah gila

Insp.Halim tidak dapat lari lagi.Kini,dia hanya berserah kepada Allah.Baginya,hanya Allah asaja yang berhak mencabut nyawanya.Tidak sekalipun Lisa yang berhak menarik nyawanya walaupun Lisa di hadapannya.

Dia mengucap dua kalimah syahadah. Terasa Lisa semakin mendekat.Dan perutnya telah ditusuk dengan pisau Lisa.Darah mula mengalir.

Belum sempat Lisa mahu mengexplore tubuhnya,pintu ditendang.

Lisa rebah akibat ditembak anggota polis.

“Inspektor tak apa-apa? Call ambulans” sesudah itu,Insp.Halim tidak sedar.

Insp.Halim menarik nafas lega.Akhirnya semua telah selesai.Lisa sudah selamat dikebumikan di kampong halamannya.Tak sangka Lisa menyimpan dendam sebegitu sekali.Keadilan akhirnya dapat ditegakkan.Keluarga Arisa dan Firza Hamid sudah reda akan kematian anak mereka.Yang paling tak disangka-sangkakan,Lisa mengamalkan ilmu hitam dan pukau.Lisa menggunakan teknik pukau untuk membunuh Arisa.Manakala,jantung mangsa-mangsa tersebut dimamahnya hanya untuk memuaskan dirinya.Astaghfirullahalazim.Ada hikmah Allah jadikan semua ni.Selamat tinggal manusia khayalan.Semoga Allah menerimamu.



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan