Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Lari
07
Adi Isma. L
1120
Bacaan





Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 Mac 2014

Senarai Bab :

Kurang daripada 30 jam lagi. Itulah baki masa yang tinggal. Nasib aku akan ditentukan selepas tamat tempoh waktu itu. Sama ada kembali ke pangkuan keluaga atau menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau hayatku akan berakhir pada usia 17 tahun.

Kedengaran bunyi mangga dibukakan. Kemudian daun pintu ditolak ke dalam. Mentol yang malap itu dihidupkan semula walaupun pada waktu itu aku rasakan masih siang. Kepanasan dapat kurasakan daripada haba yang dihasilkan oleh bintang terbesar di alam semester itu.

“Nah, ini makanan kau. Maaf terlewat sedikit,” Pee Mak menuju ke arahku membawa sebungkus makanan beserta sebotol air minuman.

Pee Mak membuka bungkusan itu dan terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulutku. Aku mengunyah makanan tersebut dengan perlahan-lahan. Rasa sakit akibat dibelasah oleh Pee Cai pagi tadi masih belum hilang. Pee Mak memahami keadaan aku sekarang. Dia sabar menunggu aku mengunyah makanan yang disuapnya. Suapan seterusnya diberikan selepas aku selesai menelan semua makanan yang disuapkan sebelumnya.

Selesai menghabiskan semua makanan tersebut, Pee Mak menghulurkan botol air minuman itu kepadaku. Penyedut minuman didekatkan ke mulutku.

“Minum perlahan-lahan sikitlah,” tegur Pee Mak.

Aku langsung tidak menghiraukan tegurannya itu. Aku menyedut air minuman itu dengan pantas. Aku seperti orang yang kehausan sesat di padang pasir. Gelagatku hanya diperhatikan oleh Pee Mak. Dia cuma membisu dan mendiamkan diri sahaja.

Tidak berapa lama masa berlalu, Pee Cai muncul dari arah pintu. Sepertinya ada sesuatu yang hendak dikhabarkan.

“Hoi budak. Kan aku dah cakap, ayah mana yang tak sayangkan anak dia. Malam ni ayah kau datang ke sini bawa wang yang aku minta tu. Baguslah ayah kau ni. Cepat bertindak.” Pee Cai bersuara. Raut kegembiraan terpancar di wajahnya.

Pee Mak masih berdiam diri dari tadi. Selepas aku menghabiskan air dalam botol minuman itu, dia terus beredar dari bilik kurungan itu. Kini hanya tinggal aku dan Pee Cai sahaja.

“Pergi jahanamlah kau!!!” aku menengkingnya.

Pee Cai hanya tergelak besar melihat responsku. Dia beranggapan bahawa dia sudah menang. Ekspresi yang terpancar pada wajahnya membuatkan aku berasa sakit hati memandangnya. Aku segera menoleh ke arah lain.

Tidak lama kemudian, Pee Cai mengatur langkah untuk keluar daripada bilik kurungan itu. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Dia berlalu dan menutup daun pintu itu.

                                                                           *****

Firman Allah yang bermaksud, “Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.”

Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata yang pernah disebut oleh ustaz di sekolahku.

“Aku harus mencari jalan untuk lari dari sini. Aku tak sepatutnya mengalah dengan mudah. Aku bukan pengecut,” aku berazam.

Dengan akal yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa, aku berusaha dengan gigih untuk mencari akal untuk lari dari sini dan aku akan pastikan dua beradik itu tertangkap.

Aku berlutut. Punggungku kucuba labuhkan di atas belakang kakiku. Tiba-tiba aku dapat rasakan ada suatu benda yang keras dipoket belakang seluarku.

“Apa benda pula ni?” aku cuba mengingat.

Fikir dan terus berfikir, akhirnya aku ingat semula.

“Oh, itu pemetik api yang kubeli masa keluar dengan Amira dulu,” bicaraku sendiri.

Dengan kudrat yang ada, aku berusaha untuk mencapai pemetik api yang ada dalam poket belakang seluarku. Aku cuba mengambil pemetik api tersebut dengan menggunakan tanganku. Pergerakkan tanganku agak terhad kerana pergelangan tanganku diikat rapi.

Come on, sikit lagi, sikit lagi Zairil.” Aku berusaha untuk mendapatkan pemetik api tersebut.

Oh yeah, finally! I got you my savior,” tuturku dalam bahasa Inggeris.

Kini pemetik api tersebut sudah berada dalam genggaman tanganku. Seterusnya aku memikirkan langkah berikutnya. Aku perlu berhati-hati supaya tidak kedapatan dengan dua beradik itu.

Aku baru perasan sesuatu. Sepanjang aku berada di sini, aku tidak mendengar sedikit pun bunyi bising dari luar. Aku beranggapan bahawa bilik kurungan ini adalah sebuah studio lama. Bunyi yang ku dengar ialah bunyi apabila Pee Mak atau Pee Cai membuka mangga. Itupun disebabkan pergeselan antara mangga dengan daun pintu tersebut.

Jadinya, kerjaku mungkin menjadi lebih mudah kerana bilik kurungan tersebut kedap bunyi. Seterusnya, aku cuba menghidupkan api dengan pemetik api tersebut. Aku bercadang untuk membakar tali ikatanku.

Cubaan pertamaku gagal. Cubaan kedua pun gagal. Api masih belum dapat dihidupkan. Cubaan ketiga, masih juga gagal. Aku belum berputus asa, cubaan keempat membuahkan hasil. Api berjaya dihidupkan. Cahaya kecil api tersebut menerangi sedikit bilik itu.

“Alhamdulillah, hidup juga api ni,” aku berasa lega. Api tersebut perlahan-lahan aku dekatkan dengan ikatan tali di pergelangan tanganku. Dapat kurasakan haba daripada api tersebut. Panas. Ku cuba menahan kepanasan. Bau tali terbakar mula menusuk ke rongga hidungku.

“Yes!” sebahagian daripada tali tersebut telah terbakar. Aku dapat merasakan ikatan tersebut semakin longgar. Dengan tergesa-gesa aku mencuba melepaskan tanganku. Belum berjaya. Aku mengumpul kekuatan untuk menyentap tali tersebut sekuat hati. Akhirnya ikatan tersebut terlerai.

Selepas ikatan di tanganku terlerai, aku berusaha untuk meleraikan ikatan di kakiku. Dengan mudahnya aku membuka ikatan tersebut. Hal ini kerana aku sudah meneliti ikatan itu setiap kali seorang daripada mereka masuk.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi mangga dibuka di luar.

“Itu sudah tentu Pee Cai atau Pee Mak. Aku kena bersembunyi ni,” aku bercakap dengan diri sendiri.

Aku bersembunyi di balik daun pintu tersebut. Sebaik sahaja mentol malap itu dihidupkan, aku terus menyerang individu yang masuk itu. Satu hentakan menggunakan siku lepaskan di belakang lelaki itu. Kemudian aku menendang belakang lututnya. Dia terduduk. Aku terus memberikan tendangan pada sisi badannya. Lelaki itu adalah Pee Mak.

Aku berlari keluar daripada bilik tersebut. Aku terus meluru ke pintu keluar.

“Kurang ajar, macam mana dia boleh terlepas,” aku dapat mendengar suara Pee Mak menjerit.

Kebetulan pada waktu itu Pee Cai tiada di situ. Entah ke mana perginya. Aku bersembunyi di tepi pintu keluar. Bunyi nafasku yang kencang kucuba perlahankan. Aku bersiap untuk menyerang Pee Mak untuk kali kedua.

Sebaik sahaja dia muncul di muka pintu, aku terus memberikan satu tumbukan padu ke mukanya. Satu tumbukan lagi di bahagian perut. Dia tertunduk. Aku terus menendangnya perutnya dengan menggunakan lutut. Daripada tertunduk, Pee Mak terus terrduduk melutut.

Aku terus melarikan diri dari situ. Aku menuruni anak tangga satu persatu dengan laju. Namun aku tetap berhati-hati kerana keadaan tidak begitu jelas. Kalau silap langkah aku boleh terjatuh di tangga tersebut.

“Tinggi juga bangunan ni, “ rungutku sendirian.

Tangga yang bersilang itu kuturuni aras demi aras.

“Woi, jangan lari,” Pee Mak menjerit. Namun aku langsung tidak memperdulikannya. Malah aku terus mempercepatkan langkahku untuk ke anak tangga yang terakhir.

Satu tembakan telah dilepaskan. Tembakan yang menggunakan Revolver yang telah dipasangkan silencer, alat pengedap bunyi, bunyinya seperti desiran angin datang dari arah atas. Itu sudah semestinya tembakan daripada Pee Mak. 5 das tembakan daripadanya langsung tidak mengena.

Aku meneruskan larianku menuruni anak tangga itu. Kedengaran seperti langkah Pee Mak turut menuruni anak tangga tersebut.

“Fuhh, sampai pun,” akhirnya aku menjejaki kaki pada anak tangga yang terakhir. Bangunan setinggi 5 tingkat itu anak tangganya telah habis kuturuni. Pee Mak masih berada di tingkat 2.

Setibanya di luar bangunan tersebut, aku berada di sebuah lorong yang gelap. Tak ubah seperti lorong yang pernah aku mimpikan beberapa kali sebelum ini. Aku memilih untuk ke arah kanan. aku membuka langkah seribu. Sedaya upaya untuk hilang di mata Pee Mak.

Tidak lama kemudian kelibat Pee Mak muncul jauh di belakang ku. Pee Mak masih bertenaga walaupun telah diserang olehku sebanyak 2 kali. Sambil berlari, dia sempat mengacukan pistol ke arahku. Disebabkan keadaan lorong yang terlalu gelap, satu pun tembakan tidak dilepaskan. Hal ini demikian kerana sasaran susah untuk ditentukan.

Aku mulai rasa penat. Kasut aku dah basah akibat terpijak beberapa lopak air semasa melarikan diri tadi.

“Aku kena cari tempat bersembunyi ni, aku kena berehat,” kataku sendiri.

Tidak jauh dari kedudukanku sekarang kulihat ada sebuah lorong. Aku mempercepatkan langkahku dan masuk ke lorong tersebut. Dan akhirnya aku berjaya melenyapkan diri dari pandangan mata Pee Mak.



Senarai Bab :
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan