Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Kemenangan Bermakna
Muqri Bin
839
Bacaan





Genre: Islamik
Kategori: Novelet
Paparan sejak 10 April 2014

Biodata Penakluk Konstantinopel

Nama:Muhammad Al-Fatih

Umur semasa Menakluk:21 tahun

Cita-Cita:Menakluk Konstantinopel

Nama Bapa:Murad

Lahir:Turki

Naungan/Tentera:Kesultanan Usmaniah

Beliau Menguasai 7 Bahasa Utama


                                                   Takbir Bergema

Tentera konstantinopel mengawal kawasan perjalanan ke Konstantinopel.Strategi Muhammad Al-fatih ialah menggunakan Jalan yang belum digunakan.Rasulullah pernah menggunakan cara ini semasa menakluk Makkah.Tentera Muhammad Al-Fateh terbahagi kepada 4 Pasukan iaitu Pasukan Laut diketuai oleh Panglima Zaqhanus,Panglima Amir Pasha iaitu memutuskan Rantai gergasi konstantinopel,Panglima Khalil Pasya,Menyerang dari belakang dan Panglima Hassan Ulubate penyerang masuk kedalam Konstantinopel,panglima Sulaiman Oglo,mengawasi pintu masuk laut Konstantinopel.Konstantinopel juga mempunyai kubu yang kuat dan dilapisi dengan minyak supaya tidak dapat dipanjat oleh Tentera Islam.Kota Konstantinopel juga menghadap dua tempat iaitu Selat Bosphurus dan Tanduk emas(Golden Horn).Kota Konstantinopel juga terletak diantara Asia dan Barat.Ia juga kota Yang strategic.Satu demi persatu kuasa cuba menakluk Konstantinopel.tetapi tidak Berjaya.Sultan Muhammad dan tenteranya melalui jalan yang tidak dapat dikesan oleh Konstantinopel.Dan mereka tiba di hadapan Konstantinopel,Mereka bertakbir sekuat-kuatnya hingga kedengaran Istana Maharaja Constantine.Keesokannya,Meriam bertali arus pun dilancarkan.Meriam Turki memuntahkan peluru sehingga memecahkan tembok Konstantinopel.Berbagai usaha bagi menembusi Konstantinopel.Pada suatu Pagi,sampailah berita kepada sultan Muhammad yang tentera Bantuan Konstantinopel sudah tiba.Sultan Muhammad mengarahkan tenteranya bersiap-sedia.Tetapi,Armada itu dipimpin Giustiniani,Seorang pakar pelaut eropah.Giustiniani segera mempercepatkan kapal.Tentera Islam pula mengejar tetapi tidak Berjaya.Tentera Muslimin terlepas dan musuh Berjaya memasuki rantai di teluk Golden Horn.Muhammad Al-fatih ttidak berdiam diri,Beliau menggunakan taktik atau cara yang belum pernah digunakan didalam sejarah iaitu menarik kapal dari atas daratan ke Teluk Golden Horn.Misi beliau Berjaya memindahkan 70 buah kapal masuk kedalam teluk golden horn.Pada pagi itu bergemalah teluk golden horn kerana kapal mereka dibakar oleh tentera Muslimin.Pasukan Muslimin telah bersiap sedia.


                                     Serangan Demi Serangan

Serangan Tentera Muslimin berlaku.Tentera Islam menggunakan tangga untuk memanjat tetapi disimbah air yang panas mendidih keatas tentera Islam.Sultan Muhammad bertanya kepada gurunya iaitu seorang Ulama yang dihormati dan juga zuhud.Beliau menjawab pada hari yang ke 56 pada waktu tengah hari.Sebelum tarikh itu beliau meneruskan peperangan.Peperangan terus berlaku dengan sengit.Sultan Muhammad menjadi semangat hendak berperang.Muhammad Al-fateh telah cuba menembusi Kota Konstantinopel tetapi tidak Berjaya.


                                               Konstantinopel diambang kejatuhan

Pada hari yang ke 56.Serangan nekad dilakukan.Muhammad Al-Fateh melakukan solat subuh bersama diikuti pula dengan dentuman meriam Turki.Hassan Ulubate segera mencerobohi pintu masuk dan segera ke Pintu Gerbang.Manakala,Sultan Muhammad sedang berlawan dengan Raja Constantine.Akhirnya,Raja Constantine mati ditangan Panglima Tharthan.Panglima Tharthan segera mengarahkan tentera Islam menyerbu.Kini,Panglima Tharhan sedang berhdapan dengan ketua Panglima Rom yang bernama Panglima Ardogon.Tetapi,akibat kepenatan Panglima Tharhan menjadi serangan Panglima ardongon.Akhirnya,Panglima Tharhan Syahid.Sekarang,Panglima Ardogon mencari Sultan Muhammad.Sultan Muhammad menyahut cabaran Panglima ardogon.Dengan mudah Muhammad Al-Fateh Berjaya menumbangkan Panglima Ardogon.Panglima Hassan Ulubate pula sedang menaiki tangga konstantinopel dan mengibar bendera Usmaniah.Semua Tentera Rom segera memanah Hassan Ulubate dan Hassan Ulubate menemui Syahid dan Akhirnya Konstantinopel Ditakluk dan dibebaskan.Itulah Si Anak Muda yang mampu menggegar dunia dan membenarkan hadis Rasulullah yang diimpikan selama 800 tahun penantian.



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan