Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Kerana aku cinta dia
BAB 13
Hana Iman
1634
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Ogos 2014

Senarai Bab :

“Sayang jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal” Rian berpesan padaku.

“Abang janganlah risau. Tahulah Ara jaga diri. Abang tu...jangan lupa makan. Jangan lupa solat. Abang kalau kerja sampai tak ingat dunia. Komited sangatlah katakan dengan tugas navy dia tu” aku mengambil peluang untuk meleterinya. Asyik dia sahaja yang membebeliku. Kali ini giliranku pula untuk berbuat hal yang sama. Biar telinga dia pula yang naik bernanah mendengar leteranku ini.

Yes boss!” dia mengangkat tabik.

` “Lagi satu...”

“Apa dia sayang?” tanyanya lembut.

Rembember...I love you” walaupun malu tetapi aku mengucapkannya. Mengikut tips yang aku baca di majalah, jika suami isteri hendak berjauhan, mereka haruslah mengucapkan kata-kata romantis agar kasih sayang pasangan suami isteri itu terus berkekalan.

I know that already...” dia mencuit daguku.

“Kalau dah tahu tu, ingat. Jangan pandai-pandai nak cari pucuk muda pulak. Ara kerat seratus abang nanti” aku menggoyang-goyangkan jari telunjuk, memberi amaran padanya.

“Takutnya abang...” dia berpura-pura kecut perut dengan 'ancamanku' itu.

Hey! Hey! Am I supposed to give a chance to say farewell?

Kami ketawa. Alamak! Lupa pula kami pada kawan kami yang seorang itu.

Charlie menarik muka. Marah kerana kami 'mengabaikan' kewujudannya.

Aku mengenepi, memberi peluang pada Charlie berpamitan dengan Rian.

Rian berpelukan dengan Charlie. “Please take care my wife Charlie

I will bro. Don’t worry” Charlie menepuk-nepuk belakang badan Rian.

Kedengaran pengumuman pesawat yang Rian naiki akan berlepas tidak lama lagi.

Rian meleraikan pelukannya dengan Charlie. “Ara...” dia memanggilku pula.

Aku mendekatinya. Tangannya aku capai dan aku salam dengan penuh hormat.

Any last words?” soalnya sambil tersenyum senget.

I love you...” kali ini aku lebih berkeyakinan menuturkannya.

I love you je. I’m sorry tak ada ke?”

Ops! Lupa pulak aku nak kosong-kosong dengan encik suami! “Ara minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki abang” ucapku dalam sekali nafas.

“Ikhlas tak minta maaf ni?”

“Ikhlas...seikhlas semut hitam di atas batu hitam di waktu malam” aku menyengih.

“Main-main pulak dia ni” Rian menarik hidungku.

“Ouch! Sakitlah abang...” aku menggosok-gosok hidungku.

“Itulah...siapa suruh main-main tadi...” sekali lagi hidungku ditariknya.

“Charlie...” aku menoleh pada Charlie, meminta 'campur tangannya'.

I’m outa here” dia tidak mahu masuk campur.

Aku membuat muka mangga putik. Rian dan Charlie ketawa berdekah-dekah. Sah mereka sengaja berpakat mengenakanku.

“Okaylah abang pergi dulu. Kita jumpa lagi bulan depan” Rian melambai dan berlalu pergi.

“Abang!”

Rian berpusing kembali menghadap aku. “Kenapa sayang?”

“Ara sayang abang....”

Rian tersenyum. “Abang pun sayang Ara jugak” dia membuat isyarat I love you dengan tangannya.

I love you more..” aku membuat bentuk hati dengan jemariku.

Rian mengambil 'hatiku' itu. Dibawanya ke dadanya. 

Aku tersenyum bahagia.


Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan