Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Cinta Yang Kehilangan
Bab 6
Ezwan C Hassan
869
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Januari 2013

Senarai Bab :

Bola yang dilontar dari luar kotak D atau lebih dikenali sebagai kotak 3 mata sedang terapung-apung di udara. Tumpuan para penonton sedia ada dari pihak lawan mahupun dari pihak tuan rumah, masing-masing dengan harapan yang berbeza.

Lontaran bola yang dilakukan Lukman walaupun hampir digagalkan oleh pemain lawan Liew Yong, menjunam masuk ke dalam gelung bola jaring. Sorakan rakan-rakan kedengarangembira apabila jaringan gol tersebut telah menyamakan kedudukan mereka kini, 53 berbalas 53 dengan baki perlawanan 5 minit sahaja lagi.

Lukma bergerak semula ke posisi pertahanan tanpa berlengah-lengah. Sejak dari tadi, dia mula berasa kurang selesa dengan pergerakan tubuh badannya. Seolah-oleh keletihan yang amat sangat. Ini berdasarkan dari peratusan jaringan yang dilakukan hari ini adalah amat rendah berbanding kebiasaan.

Malah lontaran yang dilakukan tadi sedikit sebanyak menimbulkan kesakitan di bahu kanannya tanpa sebarang sebab.

"Lukman! Rebound!!"

Lukman tergamam seketika. Lontaran bola 3 mata dari sudut tepi yang dilontar oleh pemain lawan gagal masuk je jaring. Bola itu mengena besi jaring lantas terpantul ke arah Lukman.

Lukman melompat dengan sebaik mungkin untuk merampas bola itu. Tangan kanannya berjaya menyentuh bola itu, dan cuba menarik ke bawah. Namun di saat itu juga, bola itu ditolak dari arah yang berlawanan oleh pemain tengahlawan yang berbadan agak besar.

Lukman terasa sakit yang amat sangat dengan tidak semena-mena. Dia terjatuh sambil tangan kirinya memegang bahu kanannya.

Sakit...sakit yang amat sangat.

"Lukman!" rakan-rakan yang lain bergegas ke arahnya.

Permainan terpaksa dihentikan sementara, malah dapat dilihat dari wajah penyokong yang tampak risau. Malah mereka pasti andai Lukman tiada, kemenangan yang hampir di genggaman mereka akan terlepas..

"Bahu dia tercedera, " kata Siti.

Wajah Lukman jelas menampakkan riak muka yang sakit, dengan peluh mula membasahi tubuh badannya tanpa henti. Dirasakan seperti lengan kanannya tidak lagi selari dengan tubuh badannya, malah seperti tercabut rasanya.

"Guys, tolong papah dia ke bilik perubatan. Cikgu Azim ada kat sana, " kata Siti tanpa berlengah-lengah.

Suhaizam dengan Richard dan Wong memapah Lukman dengan sebaik mungkin, berjalan menuju ke bilik perubatan yang terletak di blok A sekolah berkenaan.

Perlawanan terpaksa dihentikan sementara waktu selama 5 minit. Jelas wajah rakan-rakan Lukman yang kurang selesa dengan apa yang berlaku.

Setibanya mereka di bilik perubatan, Lukman ditempatkan di sebuah kerusi sofa yang terletak di tepi sebuah meja tulis.

"Cikgu Azim!" teriak Suhaizam, sambil mencari-cari kelibat cikgu yang dikenali mereka sebagai seorang yang agak pendiam.

"Lukman, kita orang pergi dulu. Nanti lepas game, kita datang semula," kata Richard pada Lukman yang jelas keletihan. Sakit masih lagi terasa.

Apabila Richard dan Wong melangkah keluar dari bilik itu, mereka ditegur oleh Was yang sedang menunggu di luar. Kehadirannya bagaimanapun kurang disenangi oleh mereka berdua.

"Camna dia?"

"Dia tengah sakit tu, lagi tambah sakit kalau kau kat sini," perli Siti yang muncul secara tiba-tiba dengan Cikgu Azim.

Muka Was tampak masam dengan serta-merta, lalu terus berlalu dari situ. Hatinya cukup terkilan dengan kata-kata Siti namun dalam sudut hatinya, dia akur dengan kenyataannya.

Apa yang berlaku tadi dapat didengarinya walaupun tidak begitu jelas. Luqman hanya mampu memandang ke arah lantai bilik perubatan itu dengan persoalan yang kurang difahaminya.

Apa yang dia nak sebenarnya?? Entahle, susah sangat nak diduga hati perempuan baginya.

Namun di dalam sudut hatinya masih lagi berharap agar suatu hari nanti, apa yang diharapkan selama ini akan tercapai suatu hari nanti.

“Was…, “ bisik kecilnya sambil mengeluh kecil.

“Luqman.”

Ditolehnya Luqman ke arah Cikgu Azim yang sedang berdiri di hadapannya. Jelas senyuman kecil terbayang di wajah Cikgu Azim yang sememangnya amat peramah dengan kesemua pelajar sedia ada.

“Biasa le kan cinta monyet, “ bisik kecil Cikgu Azim sebelum menghampiri bahu kanan Luqman.

Tanpa banyak berbicara, tangan kirinya memegang erat bahu kanan Luqman dengan tangan kanannya menarik lengan kanan Luqman dengan kuat.

Luqman terkejut. Badannya umpama diserang satu kejutan elektrik secara tiba-tiba, malah dirasakan seperti hendak tercabut tangan kanannya itu.

“Arghh!!!”



Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan