Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Cinta Selirat
Bab 4
Aliff Haiqal
883
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Disember 2014

Senarai Bab :

BAB 4

FAYADH

Petang Isnin yang dingin itu, aku berjalan sekitar Taman Senang Hati iaitu sebuah taman rekreasi yang terletak di hadapan Kolej Institusi Durie. Petang itu aku ditemani seorang wanita berkulit putih, berambut panjang perang dan berpakaian menampakkan susuk tubuhnya. Aku azam pada diri aku, usai majlis akad nikah aku dan dia nanti, aku akan

meminta dia untuk menutup auratnya. Kalau dia ingkar, aku akan ingatkan; “Jangan ingkar arahan suami yang baik-baik. Nanti dapat dosa. Ingat, syurga awak itu dibawah telapak kaki saya.”.

Aku dan dia berpegangan tangan. Tangannya lembut bak kain sutera. Halus saja kulitnya ketika pegangan erat aku digenggam kemas dia. Tiba-tiba, dia minta untuk melabuhkan diri di atas sebuah bangku kayu berwarna coklat. Aku turutkan saja. Dia pandang mata aku lalu bertanya;

“Kenapa kau tak pernah cerita dengan aku tentang keluarga kau?” nadanya agak serius.

“Kenapa kau perlu tahu?” aku tanya semula.

“Sebab aku bakal isteri kau.”Dia menjawab.

“Itu sahaja sebabnya kau perlu tahu?” aku terus mengacukan soalan.

“Kau nak aku bagitahu alasan apa baru kau nak cerita?” dia memuncungkan mulutnya. Matanya bulat besar.

“Alasan yang lagi gempak daripada tadi.” Aku masih tenang menjawab.

“Sebab aku bakal hidup dengan kau sampai mati.” Dia menjawab soalan aku tadi. Aku senyum. Dia turut serta. Mata aku mula melilau ke setiap ruang di langit.

“Aku dulu adalah seorang penulis.” Aku memulakan cerita. Aku yakin fikiran Raysha sudah ligat dengan pelbagai soalan yang ingin dia kemukakan. Aku juga yakin Raysha mahu memberikan aku peluang untuk terus bercerita, jadi aku teruskan dengan cerita aku tadi.

"Tapi hajat aku tak kesampaian bila ada suatu peristiwa malang yang berlaku pada aku ketika aku ingin menghantar manuskrip aku kepada penerbit." Raysha memandang aku dengan muka tertanya-tanya. Aku masih merenung langit. Mata aku mula bergelinangan dengan air mata.

"Kenapa? Apa terjadi dekat kau?" Raysha mula bertanya. Suara dia sedikit resah.

"Ada orang nak ragut aku. Bukan ragut beg tangan atau harta benda aku. Tapi, ragut manuskrip aku."

"Jadi, kau tahu siapa peragut manuskrip kau tu?" Raysha mengajukan soalan pada aku lagi.

"Ya, aku tahu! Dia seorang penulis lain. Gelarannya sebagai penulis novel romantik nombor satu di Malaysia dirampas oleh aku. Sejak itu, novel tulisannya tidak lagi dibeli oleh orang lain. Ketua editor pula sering memuji cara penulisan aku. Penulis ni pun memang selalu "bertikam lidah" dengan aku di laman sosial. Setiap kali aku tulis status baru, pasti saja dia akan memperlekehkan." Cerita aku terhenti.

Raysha terus mencelah menanyakan soalan lagi, "Sekejap! Macam mana kau tahu yang itu adalah penulis yang dengki dengan kau tu? Kau kejar dia?"

"A'ah, aku kejar dia. Lagipun, dia bukan ragut aku dengan menaiki motor. Dia berlari dengan memakai topi keledar. Aku pun tak faham. Mungkin terlalu terdesak untuk menjatuhkan aku. Memandangkan dulu aku atlet sekolah dalam acara lari, jadi aku dapat tangkap dia.

Waktu tu, aku bersyukur gila sebab bakat waktu kecil aku masih ada dalam diri aku." Mereka tertawa kecil.

"Cara aku tangkap dia agak epik jugalah. Aku lari laju-laju, dah nak dekat dengan dia, aku sepak belakang badannya. Dia terjatuh. Aku terus melompat ke badan dia dan terus membuka topi keledar dia. Di sebabkan waktu itu aku marah, aku terus menumbuk muka dia. Rambut panjangnya basah waktu itu, mula kusut. Mukanya lebam-lebam. Macam dalam cerita aksi yang kau selalu tengok tu. Tapi, yang ni real. Non-fiction." Berseloroh aku cerita pada si gadis ayu yang bakal menjadi isteri aku nanti.

"Jadi, apa kaitan cerita ni dengan kau jadi pembunuh?" Raysha masih tertanya-tanya.

"Aku khusyuk sangat menumbuk dia. Rasa macam tukang urat muka pun ada. Sedar tak sedar, dia tak bernafas. Aku pun tercegat dekat situ. Orang ramai dah mula berkerumun keliling aku dengan dia. Yang paling seronok, ketua editor pun datang jenguk sekali. Tak fasal-fasal aku kena tuduh membunuh. Masuk mahkamah, nasib baik aku lepas. Kalau tak melingkuplah aku dalam penjara tu." Tiba-tiba sifat sempoi aku datang. Dari cerita aksi dan sedih, menjadi cerita lawak bila didengar dekkan gaya aku bercerita. Raysha turut tergelak dengan penceritaan aku.

"Sejak daripada tu, aku terus jadi pembunuh upahan. Hidup aku tak ada hala tuju. Ini pun sebab nak sara hidup. Kalau tidak, memang aku jadi gelandangan tepi jalan jela." Aku menyambung. Air mata aku mula menitis. Cepat-cepat Raysha mengesat air mata aku sambil berkata, "Janganlah menangis. Kau kan dah ada aku. Aku harap kita bahagialah bersama." Aku cuma menganggukkan kepala. Raysha senyum gembira. Aku turut ukir senyuman bahagia.

"Agak tragik jugalah cerita kau." Raysha memberi pendapat.

"Itulah. Tapi, sayang. Di sebabkan aku sangat marah waktu tu, aku hilang kerjaya aku. Aku hilang arah tuju. Dari kerja halal jadi kerja haram." Perasaan hiba dalam hati aku muncul kembali. Aku seperti ingin menitiskan air mata lagi. Dengan kudrat yang masih berbekal, aku benamkan perasaan hiba itu tadi dan cuba munculkan perasaan gembira.

"Kau boleh jadi penulis semula." Tiba-tiba Raysha berkata.

Dengan segera aku bertanya, "Bagaimana?"

"Kau tulis satu cerita. Mungkin juga boleh jadi cerita kita. Tapi nanti, kau gunalah nama lain." Raysha memberi cadangan.

"Boleh pakai juga idea kau! Nanti kita kahwin, aku mulakan semula. Terima kasih makcik!" Aku teruja. Biarpun aku seorang penulis novel bergenre romantis ketika dulu, perasaan romantis aku kian pudar dan berganti dengan besi. Pintu itu kian ditutup erat agar romantis tidak dapat terjah kembali. Tapi sekarang, pintu itu kian terbuka semula. Mungkin kerana Raysha disamping aku. Mungkin juga kerana aku sudah jumpa hidup yang baru. Aku sendiri pun kurang pasti.

Aku dan Raysha bangun daripada bangku tadi. Kami jalan berjauhan dalam perjalanan menuju ke kereta. Aku memakai baju hitam, berseluar jeans pendek dan bersneakers merah. Dia pula, berbaju merah jambu, berseluar jeans biru gelap panjang dan bersneakers hitam. Kami berdua seperti pasangan hipster.

Terbit satu persoalan dalam diri aku, "Inikah yang dinamakan cinta?"



Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan