Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Dia.. Yang Ku Nanti..
BAB 5
Haniey
668
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 12 Januari 2015

Senarai Bab :
 “ Good morning mama, makcik kina and my sweet heart, Cik Farhana Nurailiz”

Haikal menjerit kecil, sambil bersiul. Dia menghampiri meja makan dengan senang hati. Lena benar tidurnya malam tadi. Semuanya gara-gara gadis pujaan hatinya ini. 

Farhana menundukkan mukanya. Merah padam menahan malu. Datin Halimatun pelik melihat perubahan wajah anak orang gajinya ini. Dia menjeling Haikal yang ralit merenung Farhana. Sedari tadi satu hidangan pun tak terusik oleh gadis itu. Dipiatnya telinga Haikal.

“Aduh ma, sakit laa….” 

Haikal menjerit kecil!Puan Marina yang datang kembali ke meja makan itu, tergelak kecil melihat kerenah Haikal yang semacam ke anak-anakkan itu. Di pandangnya Farhana yang menunduk.

“Ana” lembut suara Puan Marina menyapa.Farhana tersentak! Dia merenung wajah emaknya . Pandangannya kosong. Dia tidak pasti tentang perasaan dia pada lelaki di hadapan matanya kini. Dia masih diam memerhati. 

“ Ini hah Kina, awak tengok anak bujang kita ni, sibuk curi pandang pada anak dara comel awak tu. Rasanya kena cepatkan juga majlis ni, bahaya.”

Datin Halimatun galak mengusik. Puan Marina ketawa mendengarnya. Senang hatinya dapat berbesan dengan majikannya. Setidaknya dia tahu Haikal tak mungkin mengecewakan anaknya, dia tahu Haikal mampu menjaga anaknya dengan baik. Haikal tersenyum bahagia.Tiba tiba loceng pintu pagarnya berbunyi.

“Kina, siapa pulak yang datang pagi buta ni, cuba tengok.”

Datin Halimatun mengarahkan orang gajinya itu membuka pintu, dia kemudian mengekori orang gajinya itu. Meninggalkan Farhana dan Haikal.

“ Awak makan dulu, Ana nak ke depan”

Farhana bangun dan ingin segera berlalu tapi Haikal menarik perlahan lengan bajunya, 

“Sayang, Karl nak Ana taken breakfast sekali, nanti perut tu masuk angin pula”

Pandai juga Haikal memujuk. Jantungnya berdebar debar. Mereka bersarapan bersama. Puan Marina masuk ke dapur sambil tersenyum simpul memandang.

“Karl dengan Ana makan dulu ye, mak makan di luar saja, sebab paklong dengan maklong kamu datang, Datin minta mak sediakan sarapan di luar”

Sebaik sahaja mendengar perkataan paklong dan maklong, Haikal mula rasa meluat, dia tahu hajat paklong dan maklongnya itu. Tak lain tak bukan mesti mengenai tanah 240 ekar itu. Mana mungkin dengan senang dia melepaskan ke tangan paklong nya. Walau berkali mamanya memujuk, dia tidak akan sekali kali patuh. Dia bukan terlalu bodoh dengan sandiwara pak saudaranya itu. Tanah sebesar 240 ekar itu nak dibuat pusat karaoke, mahu tak terkejut dia. dia tidak mahu tanah yang di wasiatkan oleh arwah papanya itu di buat pusat hiburan semata mata. Lagi pula dia tidak punya hak. Hampir 80% harta arwah papanya atas nama abang tiri kesayangannya itu. 20 % sahaja miliknya. Haikal menanti gadis dihadapannya ini menghabiskan suapan terakhir, kemudian dia bangun dan berkata,

“Err..nanti dah sudah kemas meja, Karl ada hal nak bincang dengan paklong dan maklong” 

Perlahan suara Haikal mengarahnya naik ke atas.Farhana mencebik bibir. ‘ingat aku ni budak kecik ke main arah-arah je ni?’ hatinya memberontak. Dia melihat lelaki itu berlalu ke ruang tamu luar. Farhana mulai akur. Mungkin kerana kedatangan Dato Hamdan dan Datin Habibah menyebabkan lelaki itu berubah sikap.

Farhana terus naik ke atas tingakat 3, ruangan dia selalu melepak. Dia mengeluarkan handphonenya dan mendail nombor Lily, sahabat baiknya itu. Itu sajalah satu-satunya sahabat yang sudi berkawan dengannya sejak sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah lagi. Dia jarang bertemu Lily, kerana Lily sudah pun berumah tangga semasa tamat spm dua tahun lepas. Dia pula baru tamat persijilan bidang pengurusan kewangan tahun lepas. Ada juga hasrat hendak sambung belajar, tetapi bila difikirkan ibunya tidak mampu, dia kuburkan saja hasratnya itu. Matanya memandang bilik yang paling hujung. Sejak dari kecil emaknya melarang dia memasuki bilik itu. Entah siapa yang menghuni bilik itu, sampai dia di larang mendekati zon itu. Sejak dia keluar dari hospital lagi, dia sudah tidak di benarkan menjejak kaki ke tingkat 3 ini. tapi setelah meningkat dewasa, perlahan-lahan emaknya melepaskan dia naik ke atas dengan syarat, hanya melepak di ruangtamu ini sahaja. Dia akur. Walaupun di fikirannya penuh tanda tanya.

Di bawah, Haikal menyalami paklong dan maklongnya. Dia melihat paklongnya tidak senang duduk melihat kehadirannya di situ. 

“Ehem, sihat paklong, maklong?” tegur Haikal.Sekadar mengambil hati sahaja. 

Datin Habibah senyum meleret sambil menganggukkan kepala. Hanya paklongnya, Dato Hamdan saja yang tidak senang duduk. Dia ingat anak saudaranya itu bekerja hari ini. Sengaja dia memilih waktu Haikal tiada di rumah. Namun jangkaannya meleset sama sekali.

“Kau tak kerja ke, Karl?” soal Dato Hamdan.

Haikal tersenyum sinis. Sambil duduk berhadapan dengan paklongnya itu.

 “Hari ni Karl cuti. Kerja dari rumah je ni. Apa hajat paklong dan maklong ke mari? Selalu datang hari minggu je” soal Haikal. Pelik.Dia memandang Datin Halimatun yang sedang menghidangkan minuman. Tiada kelibat Puan Marina. Kedengaran paklongnya mengeluh. Resah. Dipandangnya Haikal.

“Paklong malas nak berkias dengan kamu, Karl. Paklong nak kamu berikan geran tanah milik abang tiri kamu yang di Cameron Higland tu pada paklong. Lagi pula dah 10 tahun lebih dia tak balik ke mari, entah hidup, entah mati budak tu. Abang tiri kamu tu kan banyak tanah yang lain. Apa salahnya serahkan pada paklong” pujuk Dato Hamdan.

Haikal membuang pandang. Di jeling balkoni tingkat 3, kelihatan Farhana sedang bersantai membaca novel. Haikal mengeluh. Dia perlu menyusun ayat supaya Dato Hamdan tidak berkecil hati.

“Memang abang Danny banyak tanah, paklong. Tapi itu semua tanah pesaka peninggalan papa buatnya. Selagi saya tak nampak mayatnya, saya yakin dia masih hidup dan saya tak boleh memberikan sewenang-wenangnya pada paklong. Saya perlu menjaga amanah dan wasiat papa, walaupun paklong menawarkan dengan harga yang tinggi untuk membeli. Saya tidak berminat. Dan saya tak mahu mulut paklong terlalu lancang berbicara mengenai abang Danny.” lancar percakapan Haikal.

Dato Hamdan mengeluh hampa. Dia mencuba lagi. Dia tidak boleh berputus asa. Dia ingin mendapatkan jua tanah itu . keuntungan yang dia dapat hasil jual tanah kepada Mr. Chuan lebih menarik minat.

“Kau jangan berlagak, Karl. Dah berapa banyak tanah abang tiri dan kau ada. Tanah di Terengganu, Melaka, Sabah, Pahang dan Kuantan.. bukan sikit, paklong dah semak semua tu.. berapa ekar tanah yang ada setiap negeri, paklong cuma mahu tanah yang di Cameron Higland itu saja” bentak Dato Hamdan.

Haikal tersentak. Dato Hamdan buntu sebenarnya. Dia dah berjanji dengan Dato Chua ingin membuka Pusat Karaoke terbesar di Pahang. Mustahil Haikal membenarkannya. Itu sebabnya dia ingin memujuk kakaknya, Datin Halimatun. Namun rancangannya tidak menjadi.

“Paklong tak faham ke apa yang Karl cakapkan ni? tanah tu tanah pesaka yang dah di wasiatkan pada abang Danny, bukan Karl. Karl tak akan senang-senang je serah bulat-bulat pada Paklong untuk usahakannya. Karl tahu apa muslihat Paklong, Karl hormatkan paklong, Karl harap paklong boleh lupakan saja rancangan kotor paklong tu, sebab Karl tak akan benarkan!”

Dato Hamdan terdiam. Susahnya hendak pengaruh Haikal memberi tanah itu pada dia. Dia mengeluh. 

“Muslihat apa pulak ni, Karl? Paklong Cuma mahukan tanah tu, tak akan itu pun Karl tak boleh nak consider”

Haikal tersenyum sinis melihat Dato Hamdan yang tiba-tiba gelisah itu.

“Karl hairan, punya banyak tanah yang paklong mampu beli dan miliki, kenapa tanah 240 ekar yang milik abang Danny tu juga yang paklong nak? Tak nampak lagi ke yang paklong punya agenda tersendiri?”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Dato Hamdan menumbuk meja. Kecut perut Datin Habibah dan Datin Halimatun dibuatnya.

“Eh Haikal, aku tak pernah kebulur dengan tanah tu, kalau aku tak dapat pun aku tak kisah! Aku tak sangka kau ni, makin besar makin kurang ajar. Apa yang kau nak jaga sangat wasiat abang kau tu! Dah bertahun dia tak balik ke sini, khabar berita pun dia tak kirim, kau masih lagi nak tunggu dia balik, nak menjaga harta yang arwah papa kau beri tu pada dia? bodohnya kau ni”

Perbincangan diantara dia dan paklongnya mulai tegang. Sabar Haikal semakin tipis, dia bangun dan bertentang mata dengan paklongnya itu. 

“Oh yake paklong? Kalau macam itu, di persilakan lah keluar dari rumah saya ni. kalau betul paklong tak ada agenda lain, kenapa mesti gelisah dan cepat melatah macam ni? saya tahu usaha paklong tak akan berhenti setakat ini. Saya minta jasa paklong, kalau niat hendak ke mari hanya semata-mata kerana tanah tu, paklong lupakan saja niat paklong. Paklong tak punya hak untuk utarakan apa apa pendapat tentang abang tiri saya! dia ada sebab kenapa dia tak mahu pulang ke Malaysia, saya yakin dia akan balik ke sini suatu hari nanti, dan selagi saya masih hidup, saya akan mempertahankan hak dia. Saya tahu paklong nak buat apa pada tanah tu, paklong jangan ingat saya ni bodoh macam papa”

Haikal terus masuk ke rumah. Kedengaran suara Dato Hamdan memaki hamun di halaman rumah, Datin Halimatun cuba menenangkan adik iparnya itu, Haikal tidak kuasa hendak melayan. Dia terus naik ke atas untuk merehatkan badannya yang letih itu. Tiba-tiba langkahnya mati. Dia memanjat ke bilik tingkat 3 itu, kelihatan gadis kesayangannya sedang enak tidur di buai mimpi di sofa ruang tamu itu. Haikal mencapai remote penghawa dingin, dan menurunkan suhu supaya tidak terlalu sejuk. Dia menghampiri Farhana yang nyenyak tidur sambil memeluk teddy bear. Haikal tersenyum. Dia tahu gadis itu perlu masa untuk menerimanya. Dia juga agak risau memikirkan perasaannya yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada buat gadis itu. dia mengeluh. Adakah sayangnya kini sudah beralih arah? Atau perasaan yang singgah hanya seketika cuma?

p/s: rasanya dah lama tak update ^_^


Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan