Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
-Sedutan Bab 59 - Tears
Dea Zoraya
36261
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015

Senarai Bab :

Hi semua! Dapatkan novel Hai Handsome! di pasaran akan datang Julai 2017 ini. Sekarang ini juga sudah boleh pre-order di https://mall.karangkraf.com/ ya. Alhamdulillah....akhirnya novel ini dapat dibukukan. Satu lagi jangan lupa ikuti novel ke-2 saya berjudul My Love, Encik Sombong di portal ilham ini, dah ada 33 Bab skrg. 

Ikuti saya di fb : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor. Boleh kita borak2 lebih kat sana ya.  Love from Cik Dea. 

Aku memandang wajahku di dalam cermin di bilik air itu. Aku kembali mengingati bagaimana Izzaz menengking dan memarahiku di hadapan orang ramai tadi. 

“Maya I expects much from you. I believe I can trust you because I love you. But now, how could you flirting with Taufiq in front of your husband?Tak rasa malu ke bila gelak dan berborak mesra dengan lelaki lain sedangkan kau tahu kau tu dah bergelar isteri orang!”

Aku memejam kedua-dua belah mataku rapat, menahan rasa pedih akibat dari kata-kata Izzaz yang lebih tajam dari mata pedang itu. Kata-kata pedas Izzaz tadi masih terus terngiang-ngiang di telingaku. Hatiku rasa benar-benar terguris dengan tuduhannya itu. Aku malu untuk berhadapan dengan tetamu- tetamu di luar sana yang mendengar bagaimana Izzaz memarahiku, terutamanya Taufiq.

“Maya...”Sarah memanggil namaku perlahan sambil bahuku dipeluknya.

Aku memeluk Sarah erat berharap agar aku dapat memperoleh kekuatan dari temanku itu.“Sarah....I malu. I rasa malu sangat dengan you, pada Taufiq dan semua orang kat luar tu.Sampai hati Iz marah I macam tu.” Aku semakin teresak-esak menangis.

“Maya sabar ya. Husband you mesti ada sebab kenapa dia marah macam tu. You jangan buruk sangka pada dia, entah-entah dia ada masalah ke kan.” Sarah memujukku.

Aku menanggung rasa sebak yang tidak mahu surut bila setiap kali aku membayangkan wajah Izzaz. Aku tidak sangka yang Izzaz akan bertindak melampaui batas dengan memalukan aku seperti tadi tanpa mendengar penjelasan dariku terlebih dahulu. Bagiku Izzaz tidak perlu memarahiku dan melenting tidak tentu pasal di hadapan orang ramai sedangkan kami berdua boleh berbincang secara baik tentang apa sahaja kesalahan yang telah aku lakukan yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa kesalahan yang aku telah lakukan kali ini.

“Kenapa Iz melulu tuduh I yang bukan-bukan tanpa dengar penjelasan I terlebih dahulu? I datang sini kerana kerja. I tolongTaufiq beri penerangan pada klien tentang rekaan I tapi Izzaz tiba-tiba datang sini dan terus salah anggap pada I. I rasa sedih sangat bila Iz layan I macam tadi tu, Sarah.” Aku meluahkan apa yang sedang aku rasa pada Sarah yang turut berada di majlis sebentar tadi.

“Maya I mintak you balik nanti bincang dengan suami you elok-elok. You jelaskan pada dia tentang apa yang berlaku. You dengan Taufiq sama-sama datang sini kerana kerja.I rasa ini kes cemburu lah Maya, suami you mestilah rasa tak selamat bila nampak you dengan Taufiq berbual-bual. Jangan ambil terlalu serius hal ni Maya, mungkin Encik Iz buat macam tu sebab dia sayang pada you.” Sarah terus membela Izzaz dengan menasihatiku agar tidak terburu-buru buruk sangka pada suamiku.

Aku mengetap bibirku. “I rasa terkilan, I rasa sangat berjauh hati bila Iz sampai hati tuduh I menggoda lelaki lain. You pun nampak kan I tak buat pun apa yang dikatakannya tu. I malu Sarah...malu sangat sampai I rasa tak boleh nak berhadapan dengan semua orang kat luar tu.” Aku kembali meraih Sarah dan memeluknya erat.

Dua jam kemudian,

Aku memandang ke arah titisan air hujan di atas jalan raya di hadapanku.  Sejak dua jam yang lalu lagi aku duduk di perhentian bas yang terletak tidak jauh dari bangunan Golden Summit Group ini. Aku duduk di sini sambil mindaku tidak mahu berhenti dari terus berfikirtentang Izzaz dan kejadian tadi. Aku beralih pula memandang ke arah langit. Gelap, tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Aku menoleh pula ke arah jam dipergelangan tanganku yang menunjukkan pukul 7.45 malam.

Aku kehilangan beg tanganku ketika aku berlari ke arah bilik air tadi. Aku terlupayang aku meninggalkan beg tanganku di atas kerusi yang mengandungi beg duit,telefon bimbit dan kunci kereta di dalamnya. Aku mahu meminta tolong dari Sarah untuk menghantarku pulang tapi rakanku itu telah pulang lebih awal. Mahu minta tolong dari Taufiq pula aku masih segan atas apa yang telah berlaku sebentar tadi. Akhirnya aku berjalan keluar dan duduk di perhentian bas berdekatan.

Aku bersin beberapa kali. Mungkin kesejukkan agaknya. Walaupun aku berlindung di bawah perhentian bas yang beratap namun pakaianku tetap basah kerana terkena tempias air hujan yang turun dengan lebat yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Aku menoleh ke arah kiri apabila aku merasakan ada seseorang sedang memayungiku dari terkena tempias air hujan. Aku tergamam dan terus berdiri. Aku tertanya-tanya bagaimana Firqin boleh tahu yang aku berada di hadapan bangunan Golden Summit Group ketika itu. Aku memandang wajah Firqin bersama reaksi dan rasa tidak percaya.

“Dah dua jam awak duduk kat sini dan kena hujan macam ni Maya. Jom saya hantar awak balik.” Firqin mengeluarkan kata-kata yang membuatkan aku kembali berasa sebak.

“Macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini?” Soalku.

“Saya duduk dalam kereta dah hampir dua jam sambil pandang awak duduk sorang-sorang kat sini. Saya tunggu sampai Izzaz ambil awak. Tapi saya rasa sangkaan saya tutak akan terjadi pun. Saya ada kat dalam majlis tu tadi dan saya nampak apa yang berlaku pada awak. ” Firqin nampak kesal. Dia melepaskan sebuah keluhan.

“Awak ada kat dalam tadi?” Soalku tidak percaya.

“Itulah sebenarnya ada benda yang awak tak tahu. Saya dan Taufiq dah jadi macam kawan baik sekarang ni. Kami berdua berbaik dan rapat sejak Taufiq naik flight saya. Actually he is a very nice guy. Dia yang ajak saya untuk datang ke majlis petang tadi.” Firqin tersenyum.

“Baguslah kalau macam tu. Awak dan Taufiq dah jadi kawan baik.” Balasku yang turut tumpang gembira mendengar berita baik itu.

Kali ini Firqin memandangku dengan ekspresi wajah yang berbeza.

“Awak jangan rasa kasihan pada saya. Saya tak suka orang pandang saya dengan reaksi wajah macam awak sedang  pandang saya sekarang ni.” Kataku menahan sebak apabila Firqin mempamerkan wajah kasihan terhadapku.

Firqin melepaskan sebuah lagi keluhan. “Awak maafkanlah Izzaz. Saya tahu mesti ada sebab kenapa dia marah sampai macam tu sekali. Dia tak sengaja lah tu Maya. Saya kenal sangat Izzaz tu, mesti sekarang ni dia tengah duduk termenung kat mana-mana sambil menyesal perbuatan dia tadi.” Firqin menasihatiku sama seperti yang Sarah.

“Kin kita jangan cerita pasal Iz boleh? Saya nak minta tolong awak hantar saya balik ofis boleh tak, saya nak ambil kunci pendua kereta saya.” Pintaku yang lebih kepada tidak mahu Firqin terus menyebut nama Izzaz. Aku tidak mahu hal diantara aku dan Izzaz terus menjadi topik perbualan.

Firqin mengangguk. “Jom. Kereta saya kat sana.” Firqin memayungiku dan kami berjalan menuju ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari perhentian bas itu.

Sampai saja di keretanya, Firqin membukakan pintu tempat duduk penumpang untukku. Aku segera masuk dan mengelap lenganku yang sudah basah. Aku terpandang pada cermin sisi kereta dan aku ternampak sesuatu di sebalik biasan cermin itu. Aku menoleh ke belakang. Lama aku pandang kereta Cayenne S Hybrid berwarna hitam milik Izzaz di belakang kereta Firqin. Izzaz keluar dari tempat duduk pemandu dan memandang ke arah aku yang berada di dalam kereta Firqin.

Firqin yang tidak perasan akan kehadiran Izzaz terus memandu pergi keretanya. Aku memandang ke arah cermin sisi di mana aku boleh melihat wajah Izzaz melaluibiasannya sehinggalah kereta yang dipanndu Firqin meninggalkan kawasan tersebut.

Aku mengesat airmata yang tiba-tiba menitis tanpa aku pinta. Aku perasan Firqin sedang memandang ke arahku namun aku hanya buat tidak tahu sahaja. Firqin menghulurkan sehelai tisu kepadaku.

“Saya akan berpura-pura tak nampak apa yang berlaku tadi dan juga tak nampak yang awak sedang menangis sekarang ni.” Ujarnya.

“Terima kasih Kin. Saya dah menyusahkan awak minta hantar saya.” Ucapku.

Firqin senyum. “Tak ada susahnya Maya. Saya kan kawan awak, eh saya kan dah kira jadi abang awak. Saya akan tolong selagi saya mampu. Jadi sekarang ni saya nakmintak tolong dari awak pulak boleh?”

“Awak nak saya tolong apa? Insya Allah saya akan tolong.” Kataku.

“Kita pergi ofis awak, awak ambil kunci kereta tu beri pada saya. Saya akan minta kawan saya untuk bawa kereta tu ke pejabat awak dan esok pagi saya akan berikuncinya. Saya sendiri akan hantar awak balik ke rumah Mak Ngah terus malam ni.Saya tak akan biar awak pandu sendiri dalam keadaan macam ni.” Lembut Firqin meminta aku untuk mengikut kata-katanya.

Aku mengangguk. “Terima kasih Kin.”

Kereta yang dipandu Firqin berhenti betul-betul di hadapan pintu besar rumah Umi. Aku keluar dari tempat duduk penumpang. Firqin juga begitu.

“Take care Maya. If you need anything just call me, Insya Allah I will help you.”Kata Firqin sambil sebuah senyuman diberikan kepadaku.

Aku mengangguk tidak mahu mengecewakannya walaupun aku tahu yang aku tidak mungkin akan mencari Firqin lagi. Aku sedar pada status yang aku pegang iaitu sebagai isteri kepada Izzaz Rayqal.

“Awak tak nak masuk jumpa Umi dulu?” Pelawaku.

Firqin menggeleng. “Bukan malam ni. Lain hari saja saya jumpa Mak Ngah.”

Kami berdua berpaling ke arah cahaya lampu kereta yang semakin menghampiri. Aku dan Firqin memandang Izzaz keluar dari Cayenne S Hybrid tu sehinggalah Izzaz berdiri betul-betul di hadapan kami.

Aku menelan liur apabila Izzaz dan Firqin saling berpandangan bagaikan mereka sedang bersabung mata. Izzaz kemudiannya memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar slack nya sebelum matanya beralih ke arahku.

“Kereta kau mana?” Soal Izzaz serius.

Aku tiba-tiba jadi kaku. Tidak terkeluar suaraku untuk menjawab pertanyaan Izzaz itu.

“Maya losing her handbag. Dua jam Maya tunggu di perhentian bas, dalam hujan lebat pulak tu.” Firqin menjawab bagi pihakku.

Aku tidak sempat menghalang Firqin dari masuk campur. Aku tidak mahu hal inimenjadi semakin serius. Biarlah aku dan Izzaz sahaja yang selesaikan apa saja yang terjadi di antara kami petang tadi.

“Oh iya ke?” Tajam mata Izzaz memandang Firqin.

“Sebabtu aku hantar Maya balik. Kereta dia ada di pejabat. Aku mintak kawan aku tolong bawak ke sana sebab aku tak nak Maya memandu malam-malam macam ni dalam keadaan yang tak berapa sihat.” Firqin mengangkat keningnya di depan Izzaz.

“Izzaz...Firqin.Saya nak berehat.” Aku mencelah sebagai isyarat tidak mahu mereka berdua berbalas kata-kata lagi.

Izzaz senyum. Aku tidak tahu sama ada dia ikhlas atau pun hanya berpura-pura. “Kau tak masuk dalam dulu ke jumpa Umi aku? Aku rasa dah bertahun jugak kau tak masuk dan jejak rumah aku ni.”

“Tak apa. Lain kali aje aku jumpa Mak Ngah. Aku balik dulu.” Balas Firqin ringkascsebelum matanya beralih ke arahku.

“Maya, saya balik dulu ya. Kalau awak perlu bantuan apa-apa, telefon saya ya. Take care.” Ujar Firqin sebelum diackembali ke keretanya.

Sebaik saja kereta yang dipandu Firqin pergi, Izzaz mengeluarkan kata-kata yang membuatkanaku semakin berjauh hati. 

Take care. Telefon saya kalau ada apa-apa.” Izzaz mengajuk apa yang Firqinckatakan kepadaku sebentar tadi.

Matanya kembali memandangku tajam. “Kau ada suami, aku suami kau. Jadi tak perlu mintak tolong orang lain kalau perlukan bantuan.” Izzaz menjelingku sebelum dia masukke dalam rumah dan meninggalkan aku di luar.

Tanpa sedar airmataku mengalir lagi. Kali inicaku benar-benar kecewa dengan Izzaz. “Awak jahat. Saya tak suka awak Iz.”Kataku sendiri sambil aku mengesat airmata yang mula menitis jatuh ke pipi.



Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan