Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Menunggu Cinta - Part 1
Nur Athirah
928
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 05 September 2015

“JANGAN mainkan perasaan orang,” terngiang-ngiang ayat itu di telinga dan minda Atiqah. Dia mengerutkan dahinya. Mindanya menerawang entah ke mana. Mainkan perasaan? Perasaan siapa yang dia permainkan? Ada hati yang sedang terluka kerana diakah?

Atiqah tergelak kecil dengan telahannya sendiri. Takkanlah ada yang terluka sebab dia? Siapalah yang nak bagi perasaan pada Atiqah? Bagi perasan adalah! Gadis berperwatakan tomboy, tidak pernah kenal erti jatuh cinta dan selama 23 tahun ini tak pernah sekali pun dia melalui pengalaman bercinta. Jadi, mana mungkin ada yang terluka kerana dia.

Atau, aku ada bagi harapan palsu pada seseorang? Atiqah mengimbas memorinya dan sekali lagi dia tergelak kecil. aku layan semua sama je. Tak ada lebih, tak ada kurang. Tak kira lelaki atau pun perempuan, semua aku kawan. Sampai pernah satu ketika, dia dipulau dan dihina gara-gara berkawan baik dengan anak bekas penagih dadah. Atiqah pelik, kenapa sahabatnya itu perlu menanggung cemuhan dan cacian orang ramai hanya kerana dia anak bekas penagih dadah? Lagipun ayahnya sudah bertaubat. Tapi, Atiqah tak kisah. Malah, dia rajin ke rumah sahabatnya itu dan belajar bersama-sama. Ayahnya juga baik. Walaupun pernah jadi penagih dadah tapi ayahnya tak pernah memukul atau mengherdik isteri dan anak-anaknya.

Berbalik kepada soal harapan tadi. Mustahil sungguh. Mustahil Atiqah Amira nak bagi harapan pada orang bila dia sendiri tak pernah terima apa-apa lamaran atau luahan hati. Secret admire? Hah, lagilah mengarut! Dia bukannya secantik Mia Ahmad untuk dapat secret admire. Atiqah meraup mukanya kasar. Serabut!

“Woi, pagi-pagi dah termenung? Sampai planet mana kau pergi? Marikh? Zuhal? Atau nak adventure lagi sampai ke Pluto?” sergah Hazri. Atiqah mengurut dadanya perlahan. terkejut dengan sergahan teman karibnya itu. Belum sempat Atiqah membuka mulut, seorang lagi kawan baiknya menyampuk.

“Aku tak rasa sampai sejauh tu. Paling tinggi pun dia mampu capai, paras bintang di langit je,” Fiqry tersengih-sengih. Atiqah mencebikkan bibirnya. Dia panggung kepala dan buat muka bosan bila dikutuk teman-teman karibnya itu. sekarang dia menunggu giliran Hafif pula untuk membuka mulut. Lelaki ni, mulutnya berbisa sikit. Jadi tahan sajalah hati. Mujur dah kenal lama, kalau tak memang lebam muka pak cik ni dibalunnya.

“Aku kenal Atiq. Takkan sejauh tu fikirannya. Sekarang ni kalau ikut ramalan aku yang benar belaka ni, Atiq tengah termenung dekat atas pelamin je,” serentak dengan itu, suara gelak tiga lelaki itu bergabung menggelakkan Atiqah. Atiqah menggetap gigi.

“Kau fikir apa, Tiq? Warna pelamin?” Hazri menyambung usikannya.

“Atau kau tengah fikir tema wedding kau? Kalau kau nak cadangan aku boleh bagi. Aku rasa wedding kau nanti sesuai dengan tema ‘Ma Gangster Love’ sebab kau kan agak… gangster sikit,” wah, siap dengan gaya lagi Hafif bersuara mengenakan dia. Atiqah memandang temannya dengan pandangan geram. Terasa? Memang taklah. Kalau orang lain yang bercakap memang patutlah dia mengamuk. Tapi setakat lelaki 3 orang ini dia sudah lali. Telinganya sudah kebas dengan usikan dan sindiran tak berbayar mereka.

“Eleh Tiq, tak payah coverlah. Aku tahu kau tengah fikir apa sebenarnya. Kau tengah fikir siapa yang bakal duduk dekat sebelah kau atas pelamin nanti, kan?” Fiqry angkat-angkat kening. Ewah budak ni, dah macam Ziana Zain aku tengok. Atiqah mengecilkan matanya menunjukkan bahawa dia sudah mula marah tapi balasan yang dia dapat hanyalah bunyi tawa yang menyakitkan telinganya.

“Korang kalau bab mengusik, membahan aku memang nombor satu, kan? Tak boleh nak challenge langsung,” Atiqah bersuara geram. Tiga lelaki itu mencebik sebelum mereka berbisik sesama sendiri dan tergelak kecil.

“Korang dah kenapa berbisik-bisik ni? Mengutuk aku lagilah tu, kan?” marah Atiqah. Tak suka betul bila orang main bisik-bisik depan dia. Buat dia macam tunggul kayu pula nak main bisik-bisik.

“Kau PMS ke? Garang semacam je aku tengok,” bersama itu Atiqah membulatkan matanya. Tangannya mencapai kertas yang sudah dikeronyoknya sebelum melemparkan ke arah Hafif yang masih leka mengelakkannya.

“Kau jangan macam-macam, Fif. Aku campak kau dari tingkat tiga ni nanti,” Atiqah mula geram. Sudahlah fikirannya serabut dengan pelbagai persoalan, teman-temannya menambah pula sakit di hati.

“Dah agak dah. Suara korang berempat sampai hujung balkoni saya boleh dengar,” suara En. Syed pensyarah Hematologi kedengaran. Mereka berempat mengalih pandang ke arah pintu masuk bersama sengihan.

Melihat langkah En Syed yang menghampiri meja pensyarah, Hafif meminta izin untuk keluar ke kelasnya pula. Hafif bukan sama course dengan teman-temannya itu. mereka rapat kerana Hafif sudah mengenali Atiqah dari sekolah menengah lagi, manakala dua teman mereka yang lain pula hanya saling mengenali sewaktu di alam universiti ini.

Tiq, kalau ada masalah kongsi. Bagitahu pada kami. Jangan simpan seorang-seorang.

Mesej yang diterima daripada Hafif buat Atiqah melepaskan keluhan. Perlu ke dia cerita pada kawan baiknya itu? mereka lelaki dan mungkin mereka tahu apa maksud yang tersirat daripada masalahnya itu. Ah Atiq, benda kecil je, tak payah nak kecoh-kecoh. Bisik hati kecilnya membuatkan Atiqah terdiam. Tak payahlah bagitahu, bukan masalah sangat pon. Putus Atiqah akhirnya. Dia kemudian mencapai buku Hematologinya, menunggu pembelajaran dimulakan.

###

ATIQAH meletakkan buku nota yang diambilnya sebentar tadi ke tempat asal. Aduh, malasnya! Kenapalah ketua MPP kegilaan perempuan ni suka sangat buat event? Gemar betul menambah kerja dia untuk merancang dan menguruskan event yang dirancangnya. Atiqah duduk di meja ketua MPP itu bersama buku nota dan pen di tangan. Mencari idea merancang idea untuk majlis terbaharu itu. nanti masa meeting, senang. Dah ada draft.

Tekun Atiqah menulis sehingga tak perasan pintu bilik MPP itu dibuka dari arah luar. Tubuh tegap lelaki melangkah masuk menghampiri meja yang diduduki Atiqah membuatkan Atiqah mengalih pandang ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Tanpa diundang, dia melabuhkan duduk di hadapan Atiqah yang kembali ralit menghadap buku notanya seolah-olah lelaki itu tidak wujud di hadapannya kini.

TOKK!! TOKK!!

Bunyi meja diketuk mengganggu konsentrasi Atiqah. Dia memandang lelaki di hadapannya. Kening diangkat bertanyakan ‘kenapa’ dengan riak muka tidak puas hati. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Atiqah melepaskan nafas geram sebelum menyambung kerjanya. Meja diketuk sekali lagi. Atiqah menutup buku notanya tiba-tiba.

“Jangan kacau boleh tak? Pergilah duduk tempat lain,” marah Atiqah. Lelaki itu tidak menjawab. Baru saja Atiqah hendak membuka buku notanya kembali, suara lelaki itu kedengaran di telinganya.

“As far as my concern, this is my table. so, suka hati akulah nak duduk sini. Nama aku pun ada dekat meja ni menandakan ini meja aku dan hak aku untuk duduk kat sini. Jadi, silah buat kerja engkau, tanpa perlu menghalau aku ke tempat lain,” sinis bunyi suara itu. Atiqah menarik nafas dalam-dalam melegakan amarahnya sebelum bangun dari duduk menyebabkan pandangan lelaki itu terdorong ke arahnya.

“Where are you want to go?” tanya lelaki itu sedikit terkejut.

“As far as my concern, ini adalah meja Qusyairy Naqiudin a.k.a Ketua MPP a.k.a Que kegilaan ramai kecuali saya. So, saya tak de hak nak duduk sini. Jadi saya nak pindah ke meja sana tu,” Atiqah membalas sinis. Meja yang tidak jauh dari Que didekati dan dia duduk di situ. Belagak punya ketua MPP. Meja kerja pun nak berkira! Kutuk Atiqah.

Que bangun dari duduknya. Dia menghampiri meja yang diduduki Atiqah.

“Anything else Mr. Que?” tanya atiqah tanpa mengangkat muka. Mindanya sudah hilang idea untuk mengembangkan aktiviti yang ingin dirancang untuk event terbaharu mereka. Que tidak menjawab sebaliknya dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Atiqah memerhatikan gadis itu menconteng di atas buku notanya.

“Awak nak apa En. Que? Jangan kacau saya boleh?” pinta Atiqah. Hilang moodnya untuk mencari idea bila diganggu lelaki ini.

“I’m not disturbing you. I’m just watching you,” ucap Que membuatkan Atiqah bulat mata. Perhatikan aku? Untuk apa?

“I mean, watching your work to avoid any silly mistakes,” lindung Que. Atiqah mengangkat bahunya. Malas nak ambil tahu sama ada apa yang dikatakan Que itu betul atau tidak. Atiqah panggung muka sebelah tangan. Sebelah lagi tangannya mula memusing-musingkan pen. Dia sudah kehabisan idea. Ketua MPP ni pula dia tengok selamba saja main handphone. Bukan nak membantu dia memberikan idea untuk event ini. Sudahlah dia yang rancang event ini, tapi satu idea pun tak disumbangkan.

“Tak boleh fikir,” rungut Atiqah yang sudah mula geram. Que mengalihkan pandangannya.

“Berhentilah dulu. Nanti sambunglah semula,” Que memberikan cadangan. Atiqah menutup matanya rapat-rapat dan bersandar di kerusi yang didudukinya. Seronoknya kalau dapat main basketball sekarang ni.

“Okaylah Mr. Que. Nanti saya sambung ye. Bye,” Atiqah bersuara sambil tangannya ligat mengemas buku nota dan pen yang digunakan menyebabkan Que tercengang-cengang.

“Kau nak pergi mana?” tegas suara lelaki itu tapi Atiqah hanya tersenyum. Langsung tiada gentar mendengar suara lelaki itu yang sedikit tinggi.

“Saya dah tak boleh berfikir jadi saya nak release tension. Esok saya sambung fikir lagi. Sekarang saya nak have fun. Bye,” ucap Atiqah menghampiri pintu utama. Elok saja dia meloloskan badan, dia terdengar namanya dipanggil. Atiqah mengintai dari luar.

“Jangan mainkan perasaan orang lain,” sekali lagi ucapan itu keluar dari mulut ketua MPP. Atiqah kerut kening. Tak boleh jadi ni, dah dua kali dia cakap benda yang sama. Apa maksud dia?

“What do you mean, Mister?” tanya Atiqah aneh. Amboi tiba-tiba fluent je lidah tu nak cakap bahasa Inggeris. Kalau tak, tergeliatlah lidah tu nak bercakap walaupun guna simple English.

Que sekadar mengangkat bahu. Tangannya mencapai kertas kerja di meja dan dia berpura-pura membaca. Petanda dia tidak mahu bersoal jawab dengan Atiqah. Atiqah merenung lelaki itu geram tapi dia tahu. Macam mana memberontak pun dia, dia tetap tak akan dapat jawapan yang dia inginkan. Malas mahu bergaduh, Atiqah menutup pintu dan berlalu ke gelanggang bola keranjang. Menantikan kehadiran 3 teman karibnya dengan perasaan dan fikiran bercampur baur.

“TERMENUNG lagi?” tanya Hafif dengan nada tidak percaya. Sepanjang perkenalan mereka, tak pernah Hafif melihat Atiqah gemar termenung. Selalunya gadis itu periang dan gembira. Atiqah merenung wajah sahabat terkaribnya itu.

“Kau ni dah kenapa?” Hafif bersuara prihatin. Risau melihat Atiqah yang hanya diam sedari tadi. Atiqah seperti memendam sejuta masalah.

“Fif, aku pernah mainkan perasaan kau ke?” tanya Atiqah senafas. Hafif yang baru hendak duduk di gelanggang memandang Atiqah dengan riak tidak percaya. Matanya terkebil-kebil dengan mulut sedikit melopong.

“Kau ni dah kenapa? Tanya soalan pelik-pelik,” ujar Hafif aneh. Wajah Atiqah direnung lama mencari kalau-kalau dia tahu punca soalan pelik temannya itu.

“Alah jawab jelah. Aku Cuma nak tahu je,” bentak Atiqah. Belum sempat Hafif buka mulut, suara Hazri kedengaran menegur mereka berdua.

“Sorry I’m late. Biasalah busy dengan peminat. Maklumlah orang hot,” Hazri tergelak-gelak kecil. bila sedar tiada sahutan dari dua temannya itu, Hazri merenung mereka dengan pandangan pelik.

“Oi, korang ni dah kenapa?” tanya Hazri keanehan. Spek mata hitamnya dibuka dan diselitkan di sport bag yang digalasnya.

“Ez, aku ada mainkan perasaan kau ke?” serentak dengan itu juga, Hazri berhenti melangkah. Tidak jadi menghampiri dua temannya yang sedang duduk di tepi gelanggang. Bila perasaan terkejutnya mula hilang, barulah Hazri menghampiri mereka berdua.

“Soalan apa tu?” tanya Hazri tidak percaya. Atiqah mengeluh kuat.

“Boleh tak korang jawab je without asking any further. Aku nak tahu je,” Atiqah menjawab bersama keluhan. Hazri melemparkan pandangan ke arah Hafif. Hafif mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Okay, aku jawab. Kau tak pernah mainkan perasaan aku. Untuk apa kau nak mainkan perasaan aku, bukannya kita ni bercinta pun. Kita Cuma kawan baik je, tak lebih dari tu. Kalau setakat kutuk mengata tu, takkan nak simpan dalam hati juga kot,” Hazri bersuara. Botol air Revive dikeluarkan dari beg sebelum dia meneguk perlahan air itu.

“Betul cakap Ez. Kita best friend, jadi tak ada istilah mainkan perasaan tu. Lagipun kita ni dah macam adik-beradik. Ada masalah kita share sama-sama. Cuma yang membezakan sebab pergaulan kita terbatas sebab kita bukan mahram. Tapi aku, Ez dengan Fiq dah anggap kau macam adik kitorang. Tak adalah wujud isu perasaan bagai ni,” Hafif menyambung kata-kata Hazri. Hazri mengangguk mengiakan apa yang dikatakan Hafif.

“Assalamualaikum. Sorry I’m late,” suara Fiqry mengejutkan mereka bertiga. Fiqry mengerutkan keningnya. Dia menghampiri mereka bertiga sebelum duduk di sebelah Hafif.

“Apahal korang ni? Tegang semacam je aku tengok,” soal Fiqry. Atiqah berkira-kira untuk bertanya pada Fiqry pula. Mindanya kata tak perlu tapi hatinya berkeras mahu tahu. Jadi…

“Fiq, sepanjang kita kenal aku pernah mainkan perasaan kau tak?” tanpa sebarang mukadimah, Atiqah terus mempersoalkan apa yang terbuku di mindanya. Fiqry bulat mata, terkejut.

“Kenapa kau… tiba-tiba…” Fiqry yang terkenal sebagai pendebat universiti itu bagaikan kehilangan kosa kata bila disoal Atiqah. Dia terkebil-kebil memandang gadis itu dan dua teman mereka yang lain.

“Jawab jelah, Fiq,” Hazri mencelah sebelum Atiqah sempat membuka mulutnya. Belum sempat Fiqry menjawab, Hafif mencelah.

“Wait-wait-wait… Atiq, I have one question for you. Are you planning to ask this question to every single man who close with you? Atau kau nak tanya satu uni?”

“Aku pun tak tahu, Fif. Buat masa ni, aku Cuma nak jawapan dari korang bertiga je. So, please answer me,” Atiqah separa merayu. Fiqry tarik nafas panjang. Dia berbalas pandangan dengan Hazri dan Hafif. Mereka berdua membuat gaya supaya Fiqry menjawab soalan Atiqah itu.

“One thing for sure, sepanjang aku kenal kau tak pernah sekali pun aku nampak kau rapat dengan mana-mana lelaki dengan niat nak permainkan diorang. Tak pernah aku nampak Amira Atiqah mempermainkan mana-mana lelaki. Sebelum kau tanya kitorang, kau patut soal diri kau dulu. Ada pernah kau reject cinta lelaki? Ada pernah kau bagi harapan palsu? Ada lelaki yang luahkan perasaan kat kau? Kalau kau boleh jawab soalan ni, kau tahulah sama ada kau pernah mainkan perasaan orang atau tak,” Atiqah terdiam. Dia merenung langit biru. Walaupun Fiqry tak memberi jawapan jelas tapi ayat Fiqry boleh membuatkan dia tenang. Tapi, pertanyaan hatinya masih tidak jelas. Hati siapa yang dia permainkan.

“Tiq, kalau ada masalah share dengan kitorang. Jangan diam macam ni. Risau kitorang dibuatnya,” Hafif memujuk Atiqah untuk meluahkan masalahnya.

“Betul Tiq. Kitorang ni kawan kau, abang kau. Kau diam macam ni, tak senang hati kami ni,” Hazri bersuara penuh prihatin. Atiqah meraup mukanya. Dia diam tidak bersuara.

“Jomlah main basket,” ajak Atiqah tiba-tiba. Dia bangun dan berjalan ke tengah gelanggang meninggalkan temannya terkebil-kebil memerhatikan dia. Mendengar nama masing-masing dijerit Atiqah barulah mereka bertiga bangun dan berjalan menghampiri gelanggang dan bersedia untuk bermain bola keranjang.

###

HAFIF melangkah masuk ke dalam kelas. Dia mandang tempat duduk di sebelah Que yang masih kosong. Tanpa undangan, dia melabuhkan duduk di sebelah ketua MPP itu.

“Awal hari ni,” tegur Que. Hafif sekadar tersenyum. Dia memang selalu lambat ke kelas pagi. Biasanya Atiqahlah yang jadi jam locengnya untuk mengingatkan kelasnya setiap hari. Tapi hari ini, belum sempat Atiqah menelefon, dia sudah pun bersiap dan bergerak ke universiti.

“Saja je. Asyik masuk lambat je, nak juga rasa perasaan masuk awal,” balas Hafif sarkastik. Que menggelengkan kepalanya. Telefon bimbitnya masih ralit diperhatikan. Sesekali dia tersenyum nipis.

“Apa yang seronok sangat dekat skrin kau tu sampai dok sengih sorang-sorang ni?” tanya Hafif selamba. serentak dengan itu Que menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg menyebabkan Hafif mengerut kening.

“Kau ni dah kenapa? Cuak semacam aku tengok. Apa yang kau simpan dalam phone tu?” tanya Hafif dengan perasaan ingin tahu. Que sekadar angkat bahu. Tidak mahu menjawab soalan yang ditanya Hafif.

“Kalau dengan Atiq, cara angkat bahu kau memang berkesan. Tapi dengan aku, memang taklah,” Hafif tersengih jahat. Que sudah menunjukkan muka cuak. Dia takut rahsia yang disimpannya terbongkar.

“Kau ni, tak ada apalah Fif,” selindung Que. Hafif masih dengan senyuman jahatnya. Tangannya mengacah-acah untuk mencapai beg Que yang disembunyikan di sebalik tangan katangnya. Bila sekali lagi Hafif mengacah, buku nota MPP Que jatuh ke lantai. Hafif yang rasa serba salah membongkokkan badan untuk mengambil buku nota itu tapi apa yang dilihat di halaman yang terselak membuatkan Hafif bulat mata.

“A…Atiq?” suara Hafif kuat, tak sedar yang dia sudah menjerit. Que menutup mulut temannya itu. matanya meliar memandang kiri dan kanan. Bila rasa keadaan agak tenang, Que laju membongkok mengutip buku nota MPP dilantai.

“Kenapa…” Hafif tidak mampu bersuara disebabkan rasa terkejutnya. Dia memandang Que tunak. Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah Que tapi tiada suara yang dapat dikeluarkan. Que meraup mukanya kasar.

“Okay, aku tahu kau nak tanya kenapa gambar Atiqah ada dekat aku, kan?” Hafif angguk. Matanya masih tepat merenung wajah Que.

“How can I say this? Err… I… I guess, I had…” Que tak tahu hendak menyusun kata. Memanglah dia dengan Hafif rapat tapi kalau nak dibandingkan rapat lagi Hafif dengan Atiqah, Fiqry dan Hazri.

“Fall in love with her?” tanya Hafif garang. Que terkedu. Dia hanya mampu mengangguk dan berharap Hafif tidak marah. Dia bukan tidak tahu bagaimana sayangnya Hafif pada kawan baiknya itu. mereka sudah berkawan sejak sekolah menengah. Hafif pandang muka Que tunak.

Suara gelak Hafif memenuhi bilik pengajian aras 2 itu. Que merenung kawannya pelik. Tadi bukan main macam nak marah, sekarang ni gelak suka pula dia?

“Kau ni, tak ada perempuan lain ke? Adik aku si tomboy tu juga yang kau minat,” sekali lagi Hafif melepaskan tawa. Que getap gigi.

“Kau ni, tak baiklah cakap Atiqah tu macam tu,” entah kenapa Que membela Atiqah membuatkan tawa Hafif yang sudah reda kembali kuat.

“Oi, kau ni kena sampuk ke apa?” Que tak senang duduk. Marah pun ada juga bila ada yang menggelakkan pilihan hatinya.

“Tak, aku bukan apa. Kau tu good looking, ketua MPP, kegilaan semua orang. Kenapalah adik aku yang tak seberapa tu yang kau minat?” tanya Hafif bila tawanya mula reda. Dia memang gemar memanggil Atiqah dengan panggilan ‘adik’ kerana keakraban mereka dan membuktikan pada orang lain bahawa mereka tidak lebih dari seorang kawan baik.

“Aku tak tahulah Fif. Yang aku pasti, aku suka dia,” jawab Que polos. Hafif sembunyi senyum.

“Well, love doesn’t need any reason and explanation,” Hafif bersuara lagi. Nadanya seakan gembira tapi ada juga nada mengutuk. Melihat kelibat yang melangkah masuk ke dalam kelas, Hafif kulum senyum sambil mencuri pandang jejaka di sebelahnya yang sudah memerah muka.

“Awal kau pagi ni?” kutuk Atiqah.

“Kalau tak awal, tak dapatlah aku tahu rahsia besar,” Hafif kembali tergelak-gelak. Atiqah kerut kening. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hafif. Dia pandang Que yang kononnya fokus membaca buku anatomi. Que tidak menunjukkan sebarang reaksi, jadi rahsia siapa yang dikatakan Hafif saat ini.

“Suka hati kaulah, Fif. Nah, Ipad kau. Lain kali tinggalkan lagi kat gelanggang tu ye,” Atiqah menghulurkan Ipad silver milik Hafif. Hafif tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.

“Thanks Tiq. Ni yang buat aku sayang kat kau ni,” sengaja Hafif berkata bergitu. Balasannya, dia terasa kaki kanannya dipijak Que. Kuat. Sekali lagi tawa Hafif pecah.

“Kau ni okay tak?” Atiqah bertanya pelik. Aku masuk tadi dia ketawa, aku dekat sini pun dia ketawa, lelaki dekat sebelah dia elok je diam. Kawan aku ni dah kenapa? Risau Atiqah dibuatnya.

“Don’t worry, Tiq. I’m absolutely fine,” Hafif membalas ceria namun matanya sempat menjeling Que yang duduk tenang di sebelahnya. Tahu juga kau jealous, kan Que? Kuat betul penangan Amira Atiqah ni.

“Dahlah, malas nak layan kau. Aku masuk kelas dulu,” Atiqah ingin berlalu keluar. Hafif sekadar mengangguk sebelum mindanya tiba-tiba mendapat idea nakal.

“Eh Que, bukan kau kata ada benda ke nak cakap dengan Atiq tadi?” Hafif bertanya bersama senyuman yang jelas menunjuk dia ingin mengenakan dua orang itu. Atiqah kerut kening. Mr. MPP ni nak cakap apa pula? Dia memandang Que yang terpinga-pinga. Bila masa aku ada benda nak cakap dengan Atiqah? Confirm ni idea Fif nak kenakan aku ni.

“Ada apa?” tanya Atiqah senada. Sudah, apa aku nak cakap ni. Fif, siaplah kau!

“Tak. Aku nak bagitahu, kem next week dibatalkan sebab pihak universiti tak nak apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Maklumlah kawasan kem tu bahaya sikit,” beritahu Que sedikit tersekat-sekat. Mujur kepalanya berfungsi dengan elok saat ini jadi dia mampu mencari jawapan pada soalan Atiqah sebentar tadi.

“Okay. Kalau macam tu nanti aku inform dekat ahli MPP yang lain dan peserta yang join kem tu,” beritahu Atiqah. Que sekadar mengangguk namun matanya sempat menjeling lelaki di sebelah kirinya. Dia perasan senyuman yang cuba disembunyikan Hafif. Siap kau, Hafif! Jaga kau!

“Aku keluar dulu,” Atiqah kemudiannya berlalu. Elok sahaja kelibat Atiqah hilang dari pandangan, tawa Hafif pecah. Senaknya tahan gelak dari tadi. Sakit perutnya saat ini. Que menjeling geram.

“Alah comelnya Que jeling-jeling macam ni. Kalau Atiqah nampak mesti jatuh cinta,” sengaja Hafif mengusik membuatkan wajah Que yang putih berubah kemerah-merahan. Dia menumbuk bahu Hafif yang langsung hilang deria sentuhannya membuatkan dia langsung tak rasa sakit dengan tumbukan padu dari Que.

“Aduh Que, kalau macam nilah hari-hari. Tak mustahil Atiq boleh jatuh cinta balik dengan kau. Hailah Atiq, ilmu apa yang kau pakai sampai ketua MPP boleh syok kat kau, dik oii,” Hafif masih tergelak dan gelaknya makin kuat bila perasan riak wajah Que yang bertambah bengang. Mereka langsung tak sedar Atiqah yang berada di balik pintu kelas itu.

Atiqah sengaja bersembunyi di sebalik pintu kerana nak mencuri dengar apa yang membuatkan Hafif ketawa senang hati dan Que diam tak berkutik. Tapi dia rasa menyesal pula bila dengar namanya disebut-sebut dan dia langsung tidak percaya bila dengar kata-kata Hafif saat ini. Takkan ketua MPP yang macam singa tu jatuh cinta dengan aku??!!

ATIQAH membaling bola tepat masuk ke dalam jaring. Mindanya masih mengingati usikan Hafif pada Que pagi tadi. Gila! Takkanlah lelaki ketua MPP tu boleh jatuh cinta dengan dia? Mustahil. Mereka macam anjing dan kucing, pantang bertemu mesti nak bergaduh. Takkanlah ketua MPP tu boleh jatuh cinta dengan orang yang tak pernah sehaluan dengan dia. Tak betul ke apa?

“Jangan mainkan perasaan orang,” bagai pita rakaman, suara lelaki itu berulang-ulang berlegar diruang kepalanya. Mainkan perasaan? Takkan maksud Que selama hari ini, aku mainkan perasaan dia? Biar betul? Dia tak pernah luahkan perasaan pada aku, tiba-tiba nak kata aku mainkan perasaan dia? Ah, confirm dia nak daftarkan lelaki itu ke wad Hospital Tanjung Rambutan. Lelaki itu sudah senget. Kutuknya.

“Astaghfirullah. Tak baik Atiqah. Kau tak ada hak nak perlekehkan perasaan orang lain. berdosa,” Atiqah mengingatkan dirinya sendiri. Dia duduk di tengah-tengah gelanggang itu.

Patutnya kau tu sendiri yang mendaftar ke Tanjung Rambutan. Tengah-tengah hari panas terik ni, kau boleh pula main basketball. Akal waras Atiqah mula bersuara memarahi tuannya. Atiqah menggaru belakang telinganya.

Biarlah, tengah hari panas terik ke, sejuk ke, dah aku minat, nak buat macam mana. Hati Atiqah pula membalas. Atiqah masih duduk di tengah gelanggang itu. matahari betul-betul tegak di atas kepalanya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa pandangannya berpinar. Atiqah menarik nafas dalam-dalam. Bila rasa sedikit lega, dia bangun perlahan-lahan.

Entah di mana silapnya, Atiqah merasakan tubuhnya terdorong ke belakang. Matanya memberat. Perkara terakhir yang dia dengar seseorang menjeritkan namanya. Siapa lelaki itu?

PERLAHAN-LAHAN Atiqah membuka matanya. Dia mengecilkan sedikit matanya bila silau cahaya lampu pendarfluor masuk ke retinanya.

“Bangun dah tuan puteri? Ingatkan nak tunggu putera raja datang bagi ciuman ajaib,” sinis suara Hazri memerlinya. Atiqah cuba bangun. Tangannya memegang kepala yang terasa berdenyut.

“Kau sorang je ke, Ez?” tanya Atiqah polos.

“Habis tu kau harap siapa lagi ada dekat sini?” Hazri tersenyum senget. Air mineral dihulurkan kepada gadis itu. atiqah membetulkan tudung Arianni yang sedikit senget.

“Habis tu siapa yang bawa aku ke klinik ni?” tanya Atiqah sebaik saja selesai meneguk air mineral yang diberi Hazri.

“Orang yang selamatkan kaulah,” Hazri bersuara penuh rahsia.

“Siapa?” entah kenapa Atiqah merasakan dia perlu tahu siapa yang menghantarnya ke klinik. Bagaikan ada hubungan yang menghubungkan mereka berdua. Tapi siapa lelaki itu.

“Lelaki,” Hazri memberi sedikit klu bersama senyuman nipis.

“Kau kenal ke?” tanya Atiqah memandang tepat wajah temannya itu.

“Kenal,” Hazri jawab sepatah. Atiqah getap gigi. Dia mula geram.

“Aku kenal lelaki tu?” Atiqah bertanya lagi.

“Kenal,” bagai tak terkesan dengan riak geram yang ditunjukkan Atiqah, Hazri masih lagi menjawab pertanyaan Atiqah dengan sepatah kata.

“Kau ke lelaki tu?” tanya Atiqah akhirnya. Mendengar soalan itu, Hazri tersenyum lebih lebar. Mulutnya masih dikuncikan. Dia sekadar menjungkitkan bahu tanda tidak mahu ikut campur dengan soalan itu. Atiqah memuncungkan bibirnya.

“Sorry cik Atiq. Tak berkesan taktik duck face kau tu. Kau ingat kau comel? Dah macam itik dalam kolam depan tu aku tengok,” Hazri mengutuk Atiqah. Dia bukan peduli yang kawannya itu baru bangun dari pengsan. Kalau dia rasa dia nak kutuk, dia redah saja.

“Susah sangat ke nak jawab soalan aku tu?” ujar Atiqah sedikit berjauh hati. Kalau soal lain dia tak kisah Hazri hendak berahsia. Tapi ini soal nyawanya. Bayangkan kalau tiada orang yang nampak dia pitam tadi, tidakkah isu lain pula yang timbul?

“Atiq, listen to me. Kau kena rehat, badan kau letih, otak kau penat. Doktor cakap kau kurang rehat beberapa hari ni dan doktor tak bagi kau terlampau fikir each and every problem kau. Jadi aku tak nak tambahkan lagi benda untuk kau sumbat dalam otak kau. So, please Atiq. Let it finish here,” Hazri cuba memujuk. Atiqah terdiam. Dia menundukkan wajahnya.

Ya ALLAH Atiq, kebudak-budakannya engkau. Patutnya kau berterima kasih pada Hazri sebab temankan kau. Ni tidak, kau bangun-bangun membebel dekat dia.

“Ez, sorry. Aku tak ada niat pun,” Atiqah bersuara perlahan. Hazri tersenyum.

“Tak pe Tiq, aku faham. Tapi aku minta maaf, aku tak tambah tekanan pada kau lagi. Kau relaks je ya. Nanti sampai masanya aku akan beritahu kau juga,” Hazri tersenyum manis. Dia tidak ambil kisah pun dengan marah Atiqah sebentar tadi. Dia tahu Atiqah hanya mengikut naluri ingin tahunya untuk mengetahui siapa yang menghantarnya ke klinik sebaik sahaja dia pengsan.

###

ATIQAH menghempas pintu bilik MPP itu. semua mata yang berada di dalam bilik itu memandangnya tanpa berkelip. Atiqah tidak peduli. Tempat pertama yang dituju adalah meja ketua MPP, Que.

“What is this?” tanya Atiqah garang. Kertas yang separa renyuk itu digawangkan di hadapan Que. Que hanya memandang dengan pandangan kosong.

“Surat pemecatan jawatan awak sebagai setiausaha dan ahli MPP,” Que bersuara tenang. Di belakang mereka suara berbisik-bisik sudah kedengaran.

“Atas alasan apa?” Atiqah cuba mengawal kekerasan suara yang keluar dari kerongkongnya namun hampa. Amarah lebih menguasainya saat ini menyebabkan nada suaranya automatik meninggi tanpa dia sedari.

“Everything is in the letter. It’s clearly state there,” Que menunjukkan ke arah kertas yang dipegang Atiqah. Atiqah merengus geram. Aku rasa pagi tadi aku sarapan roti bakar tapi kenapa aku macam terasa yang pagi tadi aku tertelan sarang tebuan?

“It is not clear! Awak cakap saya tak buat kerja, saya ada prove yang membuktikan kerja saya on time. Awak cakap kerja saya tak teratur, but every event under me are going smoothly without any biggest mistakes or even a simple stupid mistake. Awak cakap saya tak tepati masa, recall balik Mr. Qusyairi Naqiuddin, siapa yang selalu ada di bilik meeting sebelum waktu meeting bermula? Me or you?” marah Atiqah. Sengaja dia menghurai setiap satu alasan yang dikemukakan oleh Que kerana dia rasa alasan itu tidak munasabah.

“Stop the nonsense, Mister! Saya tahu awak faham dengan apa yang saya cakap. Sekarang ni, saya nak one valid excuse yang menyebabkan saya dipecat jawatan,” nafas Atiqah tidak stabil kerana marahnya yang sudah mula tak terkawal.

Que masih berlagak tenang. Di hatinya, dia terluka sendiri. Terluka melihat hati gadis kesayangannya dihancurkan oleh perbuatannya.

“The one valid excuse that you want is with me. With all of us, the MPP’s. Do you want to know why? Coz the majority of MPP’s think that you are no longer capable and suitable in this committee. Is it clear enough?” tanya Que dengan nada suara yang tegas. Matanya memanah tajam mata Atiqah. Tanpa di duga ada manik halus jatuh dari mata coklat itu. atiqah tersenyum sinis.

“Yes! It’s enough. Thank you Mr. Qusyairi Naqiuddin,” dan Atiqah terus keluar dari bilik itu. keluar tanpa berpaling ke belakang walau sekali. Terima kasih Que untuk remukkan hati aku.

Que terduduk di kerusinya, lemah. Matanya dipejam rapat-rapat. Everything I do, I do it for you, Atiqah. Dan dia merasakan hatinya mula tidak tenang dengan perbuatannya, sebelum air matanya menitik di hadapan orang lain, Que menghilangkan diri ke taman mini berhampiran bilik MPP.

“SO, what was that?” tanya Hafif sebaik sahaja menghampiri taman mini itu. kepalanya masih lagi merenung kelibat teman baiknya yang sudah lencun dengan air mata. Bukan tidak mahu memujuk teman rapat, tapi dia kenal Atiqah. Atiqah bukan gadis yang suka menunjukkan kelemahan diri. Kalau dia bersedih atau menangis, dia tidak mahu sesiapa tahu. Jadi langkah yang terbaik adalah buat tak tahu dengan air mata yang mengalir di pipi gadis itu. lagipun dia pasti, Atiqah tak nampak dirinya.

“Don’t ask me coz I never know,” ucap Que lemah. Suaranya jelas menunjukkan betapa kesalnya dia dengan perlakuannya pada Atiqah. Hafif melepaskan keluhan. Dia menghampiri Que yang berdiri merenung kolam ikan.

“Que kalau kau sayangkan dia, buktikan. Buktikan bukan setakat dengan apa yang kau buat sekarang ni, tapi dengan sesuatu yang lebih bermakna,” Hafif menepuk lembut bahu temannya itu. Que memandang Hafif dengan pandangan kosong.

###

ATIQAH duduk di bangku taman rekreasi itu dengan perasaan menggila. Amarahnya tidak terbendung. Dia rasa hendak mengamuk dan hanya pada seseorang saja yang hendak dia lepaskan perasaannya saat ini. Mr. MPP a.k.a abang sado a.k.a Qusyairi Naqiuddin. Atiqah menarik nafas panjang-panjang sebelum melepaskan perlahan-lahan. Perkara itu diulang beberapa kali dengan harapan dapat melegakan hatinya yang penuh dengan amarah tak bertepi.

“Assalammualaikum,” suara garau yang memberi salam membuatkan amarah Atiqah yang mula turun kembali meninggi. Dia buat lipat maut pandang ke arah belakang. Que berwajah selamba. dia langsung tak tahu apa penyebab Atiqah mahu berjumpanya di sini. Tapi memandangkan wajah masam mencuka dan merah gara-gara menahan marah itu, Que rasa dia dah boleh buat kesimpulan sendiri kot.

“Apa yang parents kau buat dekat kampung aku?” tanpa mukadimah, Atiqah terus menghamburkan amarahnya. Hafif dan Hezri yang berada di belakang Que terkejut.

“Atiq…” tegur Hezri yang jelas tidak senang dengan situasi yang berlaku di hadapannya saat ini. Bimbang juga dia kalau-kalau ini akan berlarutan ke keadaan yang lebih teruk.

“Aku tanya, apa hal parents kau masuk meminang aku?” tengking Atiqah tanpa langsung peduli dengan teguran Hezri sebentar tadi. Que masih diam tanpa suara. Dia sekadar memandang Atiqah dengan riak polos.

“Kau ingat aku ni apa, Que? Anak patung? Tak ada perasaan? Suka-suka kau buat keputusan bagi pihak aku? Macam tu?” suara Atiqah mula kendur. Dari nadanya, jelas menunjukkan dia sudah mula ingin mengalirkan air mata.

“Setiap hari kau cari fasal dengan aku, kau marah aku, kau paksa aku buat macam-macam kerja, kau pecat aku tanpa sebab yang munasabah, kau saja buat aku marah dan tiba-tiba hari ni parents kau datang rumah aku dan masuk meminang sebab kau suruh? Kau ingat aku ni hamba abdi kau ke?” tersentak Que dengan ucapan yang keluar dari mulut Atiqah. Hafif mula tidak senang duduk. Dia boleh rasa apa yang bakal berlaku lepas ni.

“Atiq… biarlah Que jelaskan dulu,” Hafif cuba meredakan marah temannya itu.

“Diam Fif! Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Sampai hati kau tak bagitahu apa-apa pada aku sedangkan kau tahu dari mula lagi yang Que nak hantar rombongan tu kan? Kau betray aku Fif. Aku sayang kau, macam aku sayang abang-abang aku. Aku tahu kau boleh protect aku, tapi apa yang kau buat? Kau biarkan aku macam ni. Sampai hati kau, kan Fif?” air mata Atiqah mula menitik. Hafif telan liur, kesat.

“Atiqah, semua ni tak ada kena mengena dengan Fif atau Hezri atau sesiapa pun. Biar aku explain,” akhirnya Que membuka mulut. Tak mahu situasi ini berjadi bertambah rumit.

“No… I heard enough! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau dengar sini, Que. Aku takkan nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Kau ingat tu. And Fif, aku tak harap benda ni jadi gini tapi kau yang lorongkan hubungan persahabatan kita jadi macam ni. Aku minta maaf, Fif,” dan serentak dengan itu Atiqah berlalu meninggalkan mereka bertiga termangu sendirian.

AIR mata Atiqah masih lebat menitis. Dia kesat dengan belakang tangannya. Stop it, Atiq! Jangan menangis lagi. Atiq memarah dirinya sendiri. Bunyi derapan tapak kaki dari arah belakang membuatkan Atiqah berpusing. Wajah Fiqry yang tersenyum nipis menghiasi tubir matanya.

“Tiq, apa kau buat dekat sini malam-malam macam ni. Bahaya Tiq. Risau kami cari kau,” Fiqry memulakan bicaranya. Dia melabuhkan duduk bertentangan dengan Atiqah yang masih mengelap tubir matanya. Sapu tangan yang di ambil dari poket belakang dihulurkan pada Atiqah. Dengan ucapan terima kasih Atiqah mengusap tubir matanya.

“Apa masalahnya, Tiq? Ceritalah kat aku,” lembut suara Fiqry membuatkan Atiqah kembali mengalirkan air mata. Dia dapat merasakan kebimbangan teman-temannya mengalir melalui suara Fiqry.

“Sampai hati Hafif buat aku macam ni. Aku ingat aku dah cukup kenal dengan dia. Tak sangka dia sanggup betray aku,” sayu suara Atiqah meluahkan rasa. Fiqry tersenyum nipis. Dia memandang sekelilingnya.

“Tiq, sebelum aku cerita kat kau, jomlah kita pergi tempat lain. tempat ni sunyi Tiq. Macam-macam cerita boleh timbul nanti. Kita pergi kedai depan tu, ya? Kau pun aku rasa mesti dari pagi tadi tak makan, kan?” ajak Fiqry. Dia bangun dan berlalu ke motosikalnya menunggu Atiqah untuk mengikuti langkahnya. Beberapa minit kemudian, mereka berdua berlalu ke kedai makan di hadapan kolej kediaman untuk berbual dengan lebih selesa.

“Tiq, sebelum kau buat keputusan melulu fasal Hafif, aku nak bagitahu kat kau satu perkara. Bukan Hafif seorang je yang tahu fasal hal meminang tu tapi aku dengan Hazri pun tahu juga. Kalau kau nak marah, kau kena marah kitorang bertiga bukan Fif seorang. Dan kalau kau nak putuskan persahabatan, kau kena putuskan ketihga-tiga ikatan persahabatan bukan hanya antara kau dan Fif,” Fiqry bersuara memulakan mukadimahnya. Dia memandang temannya yang meneguk air tembikai yang dipesannya sebentar tadi.

“Kenapa korang rahsiakan daripada aku?” tanya Atiqah perlahan. Tak ada daya lagi untuk bersuara kasar dan tinggi. Kekuatannya sudah hilang bersama air mata yang mengalir deras sejak pagi tadi lagi.

“Kitorang rahsiakan untuk kebaikan kau, Tiq. Sebab kitorang tahu, kau akan jadi macam ni kalau kau tahu fasal hal pinang-meminang ni,” Fiqry mengeluarkan rasionalnya.

“Kalau korang bagitahu dari awal, aku boleh halang Que dari datang melamar aku,” Atiqah masih tidak mahu mengalah. Fiqry tersenyum manis.

“Tiq, ada perkara yang kau perlu tahu dengan sebetul-betulnya, Tiq. Tapi aku tak boleh cerita seorang. Aku takut aku ter`make-up’ cerita ataupun aku tertukar jalan cerita aku. Apa yang aku boleh bagitahu kau, Hafif tak salah, Tiq. Dia ada sebab kenapa dia buat macam ni, Que pun ada sebab dia tersendiri. Kami semua ni Tiq, ada sebab kenapa kami buat macam ni,” Fiqry memberitahu penuh rahsia. Atiqah terdiam. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan pandangan berbalam gara-gara matanya yang sembab kerana banyak menangis.

“Tak ada banyak soal, kejap lagi kau balik hostel rehat dan tidur. Esok jumpa aku dengan Hazri dekat court basketball,” arah Fiqry. Atiqah hanya mengangguk sahaja malas mahu berdebat lagi.

“Hafif mana? Takkan dia langsung tak nak jumpa aku kot?” soalan Atiqah buat Fiqry tersenyum.

“Kalau kau nak Hafif datang, aku ajak dia sekali,”


BERSAMBUNG~~~


p/s : untuk sambungan cerita in sila layari 'Koala Mula Menulis' @ princessnia94.blogspot.com

Sila tinggalkan komen jika ada.. saya sangat menghargainya.. :)



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan