Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 3)
Nasi Arab Kuah Cili Api
Obey-One
1009
Bacaan





Genre: Teladan/Pengajaran
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Oktober 2015
Semalaman aku tak dapat melelapkan mata, semalaman juga aku menhabiskan masa aku dengan berzikir dan berdoa kehadarat Ilahhi sekiranya ini ada lah yang terbaik aku redha, Juga sekiranya ini adalah dugaanNya aku terima, mungkin ada sesuatu yang Allah hendak aku lalui.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah:216)

Mungkin Allah ingin menduga aku, lain hamba lain dugaannya, Ketika aku masih di tanah Suci Makkah, terdapat perkhabaran yang mengatakan terdapat sekeluarga terbunuh akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan jemaah yang baru tiba ke tanah air, 'Qoluinna lillah hi Rojiuun' tidak sempat sahabat ini meraikan hajinya di tanah air.

Sedangkan dugaan ku adalah di simpan di penjara kajang sebaik tiba di tanah air, sempat meraikan hari lahir aku sebelum menerima makluman bawa 19 Nov. perbicaraan akan di jalankan. Aku kira dapat meraikan hari lahir di Makkah tapi Allah menentukan aku sambutnya di tanah air ku sendiri bersama keluarga. Aku tiba di KLIA pada 16 Nov. jam 7.30 Malam, 17 Nov, hari lahir aku, 18 Nov. memanjakan diri dan 19 Nov. 2013 aku di simpan di penjara Kajang.

Sudah tiga malam setiap kali aku bertahajud, air mata aku tidak henti mengalir walaupun aku kuatkan semangat dan menahan dari bergugur tetapi titik jernih ini tetap jatuh berderai, Diketika ini aku dapat merasakan sesuatu perubahan pada fizikal mata aku, Kekuatiran mula menghantui aku adakah mungkin aku akan kehilangan pengelihatan jika berterusan begini.

Setiap waktu pagi ketika menyucikan diri aku akan fokus pada kebersihan mata, ( Kesannya kini mata sebelah kanan aku mengalami kekaburan mungkin disebabkan aku banyak menangis agaknya).

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah al-Baqarah : 286)

Hari ketiga aku sudah boleh menyesuaikan diri dan mula bertegur sapa dengan banduan lain, aku tidak boleh seksa diri sendiri hanya kerana aku di duga, Aku mula menyapa beberapa banduan dan mula bertanya mereka, mengapa mereka berada di sini (penjara), terubat sedikit kesunyian dan kebosanan, kebosanan kerana aku tidak boleh berhubung dengan dunia luar saperti mana biasa aku lakukan melalui penulisan, berchating dan membaca berita di internet, didalam ini semuanya tiada, aku di fahamkan disini kita adalah seorang yang tidak merdeka.

Adakalanya ketika kebosanan aku cuba berbaring sambil melelapkan mata , dan sering berdoa agar aku boleh lelapkan mata, adakalanya aku merasakan baru terlelap tetapi sering pula digangu dengan pangilan 'Master!!' Apa nak buat sabar jerlah.
Ketika merenung dinding yang mengepungi aku sering aku mengimbau kenangan aku ketika berada didalam bilik penginapan di Makkah, juga terkurung tetapi lengkap dengan tv, peti sejuk, alat pendingin hawa dan internet, pernah juga aku membayang ketika disana sekiranya aku di penjara boleh kah aku hadapainya dengan keadaan terkurung begini tanpa segala peralatan yang ada. Aku sering berdoa agar kes aku di batalkan.

Memang di Makkah aku duduk didalam bilik hotel yang boleh di kira terkurung juga cuma tidak ada jeriji dan bau haruman yang tidak menyakitkan hidung. Memang terkurung kerana aku tidak banyak keluar berjalan keluar hotel kecuali pada waktu solat, itu pun aku hanya sekadar bersolat di dewan hotel sahaja kecuali solat Jumaat,Subuh, Magrib dan Isyak sahaja aku ke Masjidil Harram untuk solat mengadap Kabah. Zuhur dan Asar aku bersolat bersama jemaah Malaysia sahaja di dewan hotel.

Selera makan aku masih belum ada lagi untuk menjamah makanan penjara yang aku tidak tahu siapa yang memasaknya, cuma aku masih bertahan dengan makan roti dan biskut yang di cicah air kopi o atau teh o yang di bekalkan dari pagi. Bahagian aku selalunya aku berikan kepada banduan lain, aku hairan bagai mana mereka begitu selera menikmati makanan walaupun sekadar ikan cekik lehir atau ikan kecil atau ayam yang di potong seratus bahagian dari seekor ayam.

(Kemudiaannya aku mengetahui bahawa makanan yang di sediakan di penjara adalah dari menu yang sedap dan lazat oleh ahli lembaga pengarahnya, ini di maklumkan oleh seorang sahabat aku seorang Dr bertaraf Datuk Sri, yang pernah bertugas di penjara tersebut dan beliaulah salah seorang ahli lembaga pengarah yang menentukan jenis makanan untuk banduan) Tetapi jauh panggang dari api dari apa yang di katakan oleh sahabat aku tadi.

Pernah di suatu ketika, waktu makan tengahhari seorang warden bertanya kepada beberapa orang banduan yang sedang menikmati makan tengahari mereka termasuk aku yang turut berada di dalam kelompok banduan tersebut dengan mengatakan bahawa makanan hari ini sedap dan lazat, saperti mahu tersebur makanan didalam mulut bila mendengar kenyataan warden tersebut, dan aku dengan selamba memberikan makanan aku kepada beberapa ekor kuching yang berada di kawasan tersebut, 'kalau setakat ikan cekit leher ini kuching aku pun tak makan' kata aku dalam hati.

Makanan yang di sediakan oleh Tabung Haji semasa di Makkah pun aku kondem ini kan pula setakat nasi putih beras patah dengan ikan reject pasar borong, Di Makkah hampir saban hari jemaah di bekalkan dengan nasi Arab cuma kandunganya isi lauknya sahaja yang di tukar selainnya adalah sama, Masak lauk sama cuma isinya sahaja di tukar baik ayam, ikan dan daging jadi rasanya tetap sama berhari hari sahingga menjadi lali dengan rasa dan baunya nasi Arab tersebut.

Sepatutnya Tabung Haji peka dengan selera orang Malaysia kalau di sogok 44 hari dengan makanan yang sama boleh muntah dibuatnya, apa salahnya sesekali dibuat masak lemak, masa asam pedas atau sebagainya dari masakan Malaysia, mungkin kerana komen aku dengan makanan semasa di tanah suci maka Allah beri aku pengajaran dengan memberi aku makan nasi kawah dan kuah rebus di penjara, paling canggih pun kuah 'Cili Api' ini istilah banduan terhadap kuah masak lemak, untuk mudah membayangkan sebagai contoh, satu sudu santan bersama satu baldi air dan cili api barang secekak, itu yang mendapat gelaran 'Kuah Cili Api' padan muka.

Rakan rakan berpesan banyakkan bersabar ketika di tanah suci, mulut jangan celupar, Tetapi adakah dengan menegur pasal makanan yang di sediakan aku di kira tidak sabar dengan dugaan Allah. Jika begitu untuk apa tabung haji menghantar begitu ramai tukang masak khas yang di bawa dari Malaysia? setakat masak nasi arab biarkan sahaja orang arab yang masak.

Setelah melihat dan merasa nasi penjara maka bersyukurlah aku, Tidak aku jamah nasi penjara sama saperti tidak aku jamah nasi yang di sediakan oleh petugas Tabung Haji di Makkah. Aku lebih banyak membeli makanan disana yang kita tahu terlalu mahal harganya jika di bandingkan dengan harga di Malaysia, tetapi di penjara aku terpaksa jamah walaupun sang kuching yang lebih kenyang dari aku.


Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan