Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Epilog Asmara
bab 5
Arsya Aisya
502
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2016

Senarai Bab :

Masuk hari ini sudah 4 hari Balqis ditahan di hospital. Emosi dan keadaannya semakin pulih. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia membincangkan perkara yang tertangguh sebelum ini. Wajah Balqis yang semakin kemerahan ditatap lama. Senang hatinya melihat Balqis sudah semakin kuat dan pulih kembali.

“Nurin,” panggil Balqis. Hilang segala perbendaharaan kata-kata Balqis. Rasa bersalah menyarung dirinya tika ini. Pasti Nurin terkejut dengan apa yang jadi padanya hari tu.

``Kau dah rasa ok ke?’’ Nurin memulakan mukadimah. Dia duduk di hujung kaki Balqis.

Balqis hanya menganggukkan kepalanya.

“Kenapa kau buat macam ni? Kan aku dah cakap, aku ada bersama-sama kau. Kau dah tak sayangkan diri kau ke? Penyakit kanser payu dara yang kau hadapi ini, masih diperingkat awal. Masih boleh dirawat. Kau tak makan ubat yang doktor bagi, kau suka menyendiri. Lari daripada aku. Kau ingat dengan buat macam tu, sakit kau akan pulih?” tempelak Nurin.

Balqis sekadar mendengar sahaja leteran Nurin. Dia tahu dia bersalah. Dia terlalu mengikut emosi. Merasakan hanya dia yang malang dalam dunia ini. Menyalahkan takdir menjadikan hidupnya kucar kacir. Sedangkan patutnya dia bersyukur. Ini tanda kasih Allah kepadanya.

Balqis memandang Nurin. Mata dia mula berkaca. Air mata yang bergenang di tubir mata mula mengalir perlahan-lahan. Dia akui semua yang Nurin katakan itu ada benarnya. Dia juga tahu hakihat itu kerana telah diberi penerangan oleh doktor yang merawatnya. Namun dia masih belum mampu menerimanya. Entah bagaimana keadaanya di masa hadapan? Siapakah yang akan sudi berkahwin dengan perempuan yang berpenyakit seperti dirinya? Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Tiada sebarang jawapan. Dia tahu Nurin akan membantunya. Namun ketakutkan menguasai diri. Ketakutan itulah yang menghalang dia dari membuka fikirannya untuk menerima takdir hidupnya ini dengan positif.

Tangisan Balqis mengusik hati kecil Nurin. Perlahan-lahan Nurin bangun dan memeluk sahabat baiknya itu. Diusap lembut belakang Balqis.

“Aku takut Nurin, macam-macam aku fikirkan. Aku tidak pernah menyangka, aku akan hadapi penyakit berbahaya ini.” Kata Balqis dengan sendu yang masih berbaki. Nurin melepaskan pelukkannya. Dia menggenggam erat tangan Balqis.

“Bukankah aku dah bagitahu kau, aku sentiasa ada di sisi kau. Kita hadapi masalah ini bersama-sama. Ini adalah ujian untuk kau, Balqis. Bersabarlah,” kata Nurin memberi semangat. Dia memandang ke dalam anak mata Balqis, cuba meyakinkan sahabatnya itu.

“Aku akan temankan kau ketika kau mendapatkan rawatan nanti. Ibu dan ayah pun ada. Kau tak keseorangan,” tambah Nurin.

Balqis mengangguk. Dia akan menurut kata-kata Nurin. Dia tahu dia yang bersalah. Tidak seharusnya dia mengenepikan Nurin. Bukankah mereka sudah berjanji akan susah dan senang bersama. Lebih-lebih lagi dia juga diterima dengan baik oleh keluarga Nurin. Balqis mengeluh, kesal dengan kebodohan diri sendiri.

Nurin gembira melihat keadaan sahabatnya itu. Keadaan Balqis kembali ceria seperti dahulu. Nurin menarik nafas lega. Penyakit adalah ujian dari Yang Esa. Menguji tahap keimanan seorang hamba. Sakit itu juga jalan menghapus dosa kecil setiap insan. Kalau terlalu mengikut perasaan dan membiarkan rasa sakit itu menguasai diri maka tubuh dengan sendirinya akan lemah. Nurin tidak mahu Balqis berkeadaan seperti itu. Selagi nyawa dikandung badan, ceriakanlah hidup.

“Nurin...,” panggil Balqis.

``Hah!’’ Nurin terkejut. Jauhnya mengelamun Nurin oi.

“Jauh kau mengelamun, teringatkan buah hati ke?” usik Balqis.

“Ada ajelah kau ni, Balqis,” Nurin pura-pura merajuk. Dah tahu aku ni takde pakwe, itu jugak yang ditanyanya.

Balqis mencebik. ``Tak payah nak buat muka laa. Tak lawa pun. Kan makin tak laku pulak kan.’’ Giat Balqis.

“Isy, suka hati kau aje ek mengata aku. Kenapa kau panggil aku ni?” tanya Nurin. Balqis tersenyum. Nurinlah tempatnya bermanja kerana dia anak yatim, tiada pula adik beradik. Saudara mara semuanya duduk jauh.

“Aku dah boleh keluar. Ini senarai ubat dan bil hospital.” Balqis menunjukkan bil dan senarai ubat itu kepada Nurin.

“Oooo, ingatkan kau nak berkampung kat sini terus.’’ Sinis aje sindiran Nurin.

``Tak nak lah aku, nanti kau sangkut dengan mamat bangla kat sini. Niaya aje. Aku tak nak ar bakal abang ipar import. Made in Malaysiamasih banyak kot.’’ Ambil sedas. Hahaha. Perghh, berbisa ayat Balqis.

“Kau kemas pakaian, aku pergi ambil ubat dan selesaikan bil ini,” Nurin berlalu pergi. Malas nak layan Balqis. Alih-alih dia yang kena.

``Terima kasih babe. Mmmuah!’’ Balqis bagi fly kiss.

Nurin geleng kepala. Perubahan positif Balqis meringankan resah hatinya.

Nurin ambil nombor giliran. Diteliti bil, perghh! Boleh tahan mahal. Ubat pun dah boleh buat stok kedai ni. Banyak giler. Nurin memicingkan anak mata ke arah susuk tubuh dihadapanya. Macam pernah tengok tapi di mana ya. Ooo… Anak cikgu Saniah.

“Awak ni, anak Cikgu Saniah, kan?” Tegur Nurin.

“Iya.” Mata mereka saling memandang. Ikhwan melemparkan senyuman. Dia kenal gadis yang berdiri di hadapannya itu. Cikgu muda yang menjadi kegilaan uminya. Ikhwan tersenyum sendiri. Cepat cam Wan. Kalau wajah sudah terlakar dihati, senang saja nak cam kan. Walaupun sekali jumpa saja.

Ikhwan ralit melihat wajah gadis itu. Pertemuan buat kali kedua. Akhirnya dia berhadapan juga dengan pemilik nama Nurin Assyifa yang sering menganggu tidurnya sejak akhir-akhir ini. Hari itu dia hanya memandang gadis itu dari jauh. Rupanya gadis itu jauh lebih cantik apabila berhadapan. Memang benar kata uminya, gadis itu cantik. Peramah.

“Awak buat apa di sini?” tanya Ikhwan.

“Kawan saya ditahan di hospital ini. Hari ini dia dibenarkan keluar. Jadi saya nak ambil ubat dan bayar bil rawatan.” Jawab Nurin sambil matanya memandang nombor giliran yang tertera.

“Oh ya, sakit apa?” Ikhwan bertanya mesra.

Hai, ramah pulak mamat ni.

“Sakit biasa je.” Nurin tidak mahu terlalu terbuka dalam berbicara. Lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenali. Bukan tidak percaya, tetapi berhati-hati.

“Gembira jumpa awak. Tak sangka ya kita bertemu di sini.” Ikhwan terus berbual mesra. Nurin rajin pula melayan, sementara menunggu gilirannya tiba apasalahnya mereka berbual.

“Nombor giliran saya dah tiba, saya minta diri dulu ya, gembira jumpa awak juga. Sampaikan salam saya pada Cikgu Saniah, ya,” Nurin berlalu. Ikhwan memerhatikan sahaja langkah gadis itu. Bertuahlah mana-mana lelaki yang dapat memiliki Nurin Assyifa. Cantik orangnya, secantik namanya. Ikhwan tersenyum puas. Puas dapat melihat wajah itu dengan lebih dekat, puas sebab dapat berbual lama dengan gadis itu.

Usai mengambil ubat dan membuat pembayaran bil hospital, Nurin terus melangkah kembali ke bilik Balqis. Dia tersenyum sendiri. Tidak menyangka akan bertembung dengan anak lelaki Cikgu Saniah yang kerap hadir dalam mimpinya. Kacak dan bergaya. Ada karisma tersendiri yang mampu menawan hati kewanitaannya.

“Amboi, lamanya kau pergi? Kau mengurat siapa tadi? Abang farmasi ke?” usik Balqis sebaik sahaja kelibat Nurin muncul di hadapannya. Dia sudah pun menukar pakaian biasa. Pakaian yang diberi oleh pihak hospital sudah dilipat diletak kemas di atas katil. Barang-barang yang lain juga sudah siap masuk ke dalam beg.

“Hish, kau ni. Ada ke aku nak mengurat minah farmasi. Tak ada maknanya. Kalau doktor baguslah., boleh tahan hensem aku tengok. Kalau dapat jaga di sini, mati keringlah aku kena ikut balik Bangladesh,” gurau Nurin. Perghh, taste Nurin. Setinggi menara KLCC woo.

“Okeylah, tu. Kira kau boleh belajar bahasa Hindustan, berbaloi!” usik Balqis.

Nurin mencekak pinggang. Tadi cakap tak nak abang ipar import. Sekarang lain pulak.

“Tiada maknanya. Dah… jomlah balik. Ini ubat kau. Bil aku dah selesaikan.” Nurin mencapai beg pakaian yang terletak di atas katil. Dia memaut tangan Balqis dan mereka keluar dari bilik tersebut.

“Kita balik rumah ibu.” Ujar Nurin sambil kaki melangkah ke kereta.

“Tunggu, tunggu… nak ke mana? Bukan balik ke rumah sewa kita?” Balqis mengerutkan dahi. Nurin mengeluh.

“Tak payah nak mengada-ngada. Kau rehat di rumah ibu sampai betul-betul sihat. Lagipun aku dah bagitahu ibu dan ayah. Mereka tak kisah kau duduk di sana sehingga kau betul-betul sihat. Ibu marah tau, sebab kau tak bagi tahu dia tentang penyakit kau. Begitu juga dengan ayah.’’

Balqis serba salah. Dia sebenarnya malu dengan keluarga Nurin yang sudah terlalu banyak membantunya. Mereka terlalu baik padanya. Rasanya tidak mampu dia membayar semua kebaikan yang telah mereka hulurkan kepada dirinya.

“Macam mana aku nak pergi kerja? Jauh tau rumah keluarga kau dan tempat kerja aku. Susah aku nak ulang-alik. Jalan sentiasa sesak,” alasan Balqis. Nurin mencubit lengan Balqis.

“Kau jangan risau. Aku dah mohon cuti untuk kau selama seminggu. Bos kau dah luluskan pun. Jadi seminggu ini kau boleh duduk di rumah keluarga aku. Lagi pun bolehlah kau temankan ibu aku di rumah. Ada juga teman berbual kosong. Tiada pengecualian. Wajib pergi!” Nurin mematikan perbualan. Balqis mengeluh.

Nurin tahu Balqis tidak mahu menyusahkan keluarganya. Keluarganya tidak pernah beranggapan kehadiran Balqis menyusah atau menganggu hidup mereka. Malah kehadiran Balqis menceriakan kehidupan mereka sekeluarga. Balqis bagaikan anak bongsu dalam keluarganya dan dia adalah anak sulong. Balqis muda setahun daripadanya.

Balqis tidak mampu menolak lagi. Kalau Nurin sudah bertegas seperti itu tidak siapa mampu menahan. Hatinya diulit sedih. Dalam keadaannya susah seperti ini, masih ada insan yang sudi mengambil berat akan dirinya. Sejak akhir-akhir ini air matanya mudah sangat mengalir. Mungkin penyakit yang sedang dihadapi membuatkan dia mudah sedih dan hiba sering datang menyinggah. Balqis memandang wajah Nurin yang bersahaja dan tenang sewaktu memandu. Tumpuan diberi ke arah jalanraya yang sesak itu. Bukan Kuala Lumpur kalau tiada kesesakan jalanraya.

“Nurin… terima kasih,” kata Balqis perlahan. Nurin menoleh dan tersenyum.

“Tiada masalah. Sama-sama kasih,” Nurin menyengih. Balqis ketawa. Nurin kembali memberi tumpuan kepada pemanduannya. Balqis melayan perasaannya sendiri.

Hari ini suasana kembali ceria. Kejernihan di wajah Balqis mewarnai hari ini. Senyuman manis sahabatnya itu membuatkan hati Nurin girang. Sekurang-kurangnya ini langkah pertama untuk Balqis iaitu ubati hatinya dulu. Hiasi hari-hari Balqis dengan warna pelangi kegembiraan. Insyaallah selepas ini akan lebih mudah dihadapi. Hanya kepada ALLAH tempat bermohon kebaikkan dunia dan akhirat kelak.



Senarai Bab :
bab 1 | bab 2 | bab 3 | bab 4 | bab 5 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan