Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Aku cinta kamu,suamiku-5
Miya
4014
Bacaan





Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 19 Februari 2016

Farah cuba membuka mata.Suasana kelihatan sangat asing untuknya.’Aku kat mane ni?’desis Farah.Dia memandang ke sebelah kiri apabila terasa tangannya digengam seseorang.Kelihatan Ammar sedang tidur sambil mengengam erat tangannya.Dia mengerakkan tangannya.Ammar tersedar apabila tangan Farah bergerak.”Aaa..Awak dah bangun?”kata Ammar.”Aaa..Air..”hanya itu yang terluah dari bibir pucat Farah.Dia berasa amat dahaga.Setelah minum,Ammar membantunya duduk bersandar pada birai katil.”Macam mana saya boleh sampai sini?”Tanya Farah kepada Ammar.”Ni..yang abang nak marah ni?”kata Ammar tegas.”Abang?..saya dah ada 2 abang..”kata Farah tegas sambil menjeling Ammar.”Tu abang kandung..ni suami yang wajib awak taat”kata Ammar sinis.”Kan abang dah cakap,kalau rasa tak sihat bagi tau,ni tak diam je..nasib baik masa awak pengsan,Risa ada..kalau tak baringlah Dhira kat sana sampai subuh”kata Ammar sinis.”Dhirah??..”Farah buntu.”Yes..nama awakkan Farah Adhirah so,saya akan panggil awak Dhirah.Lain dari yang lain”kata Ammar selamba.Farah hanya menjongketkan bahu.”Suka hati awaklah” balasnya.”Apa yang awak buat kat luar khemah tengah-tengah malam tu?”Tanya Ammar.Baru Farah teringat yang dia terserampak dengan Arisa semasa hendak keluar mengambil air.Arisa memarahinya dan memberi amaran supaya jangan mendekati Ammar sebelum dia pengsan kerana sakit kepala yang sangat kuat.”Seronoklah kan jumpa kekasih tengah-tengah malam?”kata Farah cemburu.Dahi Ammar berkerut.’Kekasih??..tengah malam?’desis hatinya tak faham.Seketika kemudian sebuah senyuman terbit di wajah tampan itu.”Dhirah jealouske?”kata Ammar separuh mengusik.”Ye..eh..mana ada ..tak kuasa saya nak jealous dengan Arisa tu”sangkal Farah.Ammar tersenyum,bukan dia tak dengar yang Farah cakap ‘ye’ tadi.”Oh..really.tapi kenapa soalan Dhirah tadi macam cemburu je”kata Ammar yang semakin galak mengusik Farah.

“Mana ada..”Farah masih sangkal kenyataan itu.Dia tidak sedar yang mukanya sudah memerah menahan malu.”Ye..lah,abang gurau je”kata Ammar.Dia tidak mahu memberi tekanan kepada Farah.Dia mengeluarkan iphone dan menghubungi Prof.Azhar.”Ye..Farah dah sedar..tolong saya uruskan pasal kenderaan ye..saya nak balik terus KL esok”kata Ammar.”ok..terima kasih Prof.Azhar.”kata Ammar. ”Prof.Azhar tak syak ke awak teman saya kat sini?”Tanya Farah.”Prof.Azhar dan Arisa dah tahu kita dah kahwin”kata Ammar selamba lalu duduk di atas kerusi sebelah katil Farah.”Ma..macam mana…”belum sempat Farah menghabiskan ayat,Ammar menyampuk “macam mana mereka tahu?..ohh tadi kan sayang pengsan kita orang bawak sayang ke hospital ni..dah sampai sini baru abang teringat yang sayang tak bawa IC.Nurse tu kata kalau tak ada IC tak boleh dirawat,so abang keluarkanlah kad nikah kita sebab nombor IC sayang ada dalam kad tu.Masa tu lah Prof.Azhar dan Arisa ternampak.Abang jujur je lah yang kita dah kahwin”terang Ammar panjang lebar.Farah terkejut,’lepas ni mesti satu university tahu yang mereka dah kahwin,mesti macam-macam cerita akan timbul’desis hatinya risau.Ammar seolah-olah boleh membaca isi hati isterinya itu mencapai tangan Farah dan mengengamnya lembut.”Tak payah risaulah sayang,Abang dah suruh mereka rahsiakan”.Kata-kata Ammar itu melegakan Hati Farah.”Abang nak keluar sekejap,sayang berehatlah”kata Ammar.Farah menurut dan merebahkan tubuh di atas tilam.Ammar mengucup dahi Farah sebelum keluar.Dia menuju ke taman Hospital dan duduk di kerusi yang disediakan lalu menghirup udara malam yang segar.Segala kerisauannya hilang apabila melihat Farah Ok.Dia mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang.

”Hello..Assalamualaikum,Sorry telefon malam-malam ni..”…kata Ammar

”Sihat..semua sihat Cuma..”…

”Tak…ni ha Farah masuk hospital..”…

”Tak teruk ..dah ok sikit..”..

”Hospital Slim River..”…

”ok…waalaikumsalaam.” Kata Ammar menamatkan panggilan.Dia tidak sanggup berahsia lagi tentang perkara ini.Selesai menelefon Ammar kembali ke bilik yang menempatkan Farah.Farah sedang duduk sambil membaca majalah yang disediakan.”Kan abang dah cakap tadi,sayang kena berehat”kata Ammar.”Awak nak saya tidur berapa lama lagi..kan saya dah tidur hampir 6 jam”kata Farah sambil menyelak helaian majalah tersebut.”Tu pengsan..bukan tidur”kata Ammar lagi.Dia duduk di atas kerusi sebelah Farah.”Samalah tu..”mulut Farah masih belum berhenti menjawab.Ammar berputus asa dia meletakkan kepalanya di atas katil dan memejamkan mata.Dia hanya tidur-tidur ayam sahaja kerana risaukan Farah.Sebaik sahaja memejamkan mata,Ammar terlena.Farah menjeling sekilas memandang Encik Suami yang sedang tidur.’Suami sapelah yang comel sangat ni?’desis Farah.’Suami aku lah hehehe’balasnya dalam hati.Ammar tidur sambil mengiring ke kanan.Farah turut baring dan memalingkan wajahnya ke kiri berhadapan dengan Ammar.Jarinya menyentuk alis mata Ammar yang melentik dan perlahan-lahan jatuh ke bibir merah Ammar.”Kenapa senang saya saya jatuh cinta kat awak eh?”Tanya Farah perlahan.Dia memejam mata dan terlena dalam posisi mengerekot di atas katil sambil memandang Ammar.

########################################################################################################

KEESOKAN PAGINYA…

“Awak barang-barang saya macam mana?”Tanya Farah.Dia sedia maklum yang mereka akan terus pulang ke KL.Teman-teman sekuliahnya yang lain akan pergi berjalan-jalan dulu sebelum pulang ke KL.”Abang dah suruh Arisa pack barang-barang sayang dan abang,nanti Prof.Azhar dan Risa akan datang hantar barang-barang kita”kata Ammar.Mereka sedang bersarapan dalam bilik wad.Pintu bilik diketuk,Ammar dan Farah memandang sesame sendiri sebelum Ammar bangkit membuka pintu.” Assalamualaikum…”Kata Prof.Azhar.Beg sandang yang berisi pakaian Ammar berada di bahunya.Arisa masuk bersama beg sandang dan beg tarik Farah.”Farah..banyaknya barang You..”kata Arisa.”Biasalah perempuan”balas Prof.Azhar membela Farah.Farah turun dari katil dan mengambil beg bajunya.Dia tidak lupa mengucapkan terima kasih.Prof.Azhar dan Ammar menuju ke sofa yang disediakan dalam bilik.Arisa duduk di sebelah Farah.”Maafkan saya..saya tak tahu yang awak dan Ammar dah kahwin”kata Arisa memulakan perbualan setelah diam sekian lama.”Takk pe..Cik,salah kami juga sebab rahsiakan perkahwinan kami”balas Farah.’Saya pinjam nama awak eh Ammar.’kata Farah dalam hati.Sebenarnya Ammar tak kisah pun nak umumkan perkahwinan mereka tapi Farah yang tak nak.

“Awak anggap je apa yang saya cakap malam tadi adalah mimpi..jangan risau saya takkan rampas Ammar dari awak,Dia memang milik awak”kata Arisa ikhlas.Farah mengangguk.Dia sebenarnya tak tahu nak cakap apa.”Dia sayangkan awak..muka dia pucat sangat bila dapat tahu awak pengsan.Kalah awak yang demam.”kata Arisa.”Betul ke?”Tanya Farah.Dia sebenarnya takut untuk percaya.”Betul..kalau tak percaya Tanyalah Prof.Azhar”kata Arisa.Farah membuka mulut ingin bertanya lagi namun Prof.Azhar mendekati mereka.”Kita kena balik kem sekarang..”kata Prof.Azhar.Ammar bersalaman dengan Prof.Azhar dan Arisa lalu mengucapkan terima kasih.”Awak tak tahu dosa eh?”Tanya Farah sebaik sahaja Prof.Azhar dan Arisa keluar.”huh..??”Ammar tak faham.”Masa awak sekolah dulu ustaz tak ajar ke yang haram bersentuhan dengan perempuan bukan mahram”kata Farah.Ammar tersengih,sungguh dia tak pernah ambil peduli akan perkara tersebut selama ini.”Lain kali jangan buat lagi tau…”kata Farah.”Ye saya janji takkan buat lagi”kata Ammar lalu kucup pipi Farah sekilas.Farah membuntangkan matanya. ”You look so cute dear”puji Ammar ikhlas.Hidung Farah kembang-kempis menerima pujian.Amarahnya hilang.Pintu bilik diketuk dan sekumpulan doktor masuk untuk memeriksa Farah.

“You..ada rasa pening lagi tak?”Tanya doctor tersebut.Ammar hanya berdiri di sebelah Farah.”Tak doctor,I think I’m fine now”kata Farah.seboleh-bolehnya dia ingin cepat-cepat keluar dari hospital yang membosankan ini.”Kita tunggu sampai pukul 11:00 pagi,kalau You betul-betul dah ok,You can discharge ”kata Doktor tersebut sebelum beredar.”Hmm..2 jam lagi,Dhirah nak duduk dalam bilik je ke?”Tanya Ammar.Farah yang baru ingin mencapai telefon bimbit dalam begnya berpaling.Dia berfikir seketika.”Jomlah,boleh mati kebosanan saya kalau terperuk dalam bilik ni je”kata Farah lalu turun dari katil dan terus keluar tanpa menunggu Ammar.Ammar berlari-lari anak mengejar langkah Farah yang laju.”Tunggulah saya..janganlah jalan laju sangat”kata Ammar.”Mana ada laju?..ni kelajuan yang standard tau..awak tu yang lembab macam siput,stamina tak kuat”kata Farah mengejek Ammar.”Ohh..stamina tak kuat ye..tak pe balik nanti kita test tengok stamina abang kuat tak?”kata Ammar nakal.Farah mula seram sejuk..’alamak..silap cakaplah pulak’desis Farah cuak.Ammar tersenyum melihat muka Farah yang mula memerah.Sangat comel di matanya!.Mereka duduk di sebuah kerusi yang terdapat di taman hospital.Sedang mereka berbual dan bertelagah.Seseorang memberi salam daripada belakang.”Assalamualaikum..”kata wanita tersebut.”Waalaikum…salaam..”Farah terkejut apabila berpaling.’Kak iza…’desis hatinya.Farah bangun dan ingin melangkah pergi namun sempat ditahan oleh Ammar.

“Farah tak nak jumpa kakak dah ke?..farah benci kakak?”Tanya Iza.lembut.Air matanya menitis.”Akak rasa lepas apa yang akak dah buat,Farah boleh ‘rindu’akak ke?”kata Farah tegas.Iza hanya menunduk.”akak terpaksa?”kata Iza perlahan.”Akak kata TERPAKSA?..Akak tahu tak macam mana perasaan Ummi dan Walid bila akak tiba-tiba je lari..Akak sedar tak yang akak dah conteng arang kat muka keluarga kita?”kata Farah tegas.Nafasnya naik dan turun menahan amarah.Melihat situasi yang semakin tegang,Ammar bersuara..”Tak elok cakap kat sini,jom kita bincang dalam bilik”kata Ammar.Farah mengangguk setuju,Mereka menuju ke bilik wad Farah.Nasib baiklah dalam 1 bilik tu ada Farah je.Farah melangkah masuk mendahului yang lain.Apabila dia berpaling dia ternampak seorang lelaki masuk bersama-sama kakaknya.”Siapa dia?”Tanya Farah.”Saya suami kakak awak..kiranya abang ipar awaklah”kata lelaki itu.”What!!..”kata Farah terkejut.”Kenapa akak tak berterus-terang kat Ummi dan Walid yang akak dah ada calon sendiri”kata Farah lirih.”Ka..kakak tak berani nak bagi tau…”kata Iza tergagap.”Tak berani..hahaha…lari dari rumah berani pulak”kata Farah sinis.”Farah sebenarnya saya kawan Ammar.Saya yang bantu Ammar uruskan semuanya tentang majlis pihak lelaki sampaikan ukuran baju pun diambil menggunakan ukuran badan saya sebab Ammar sibuk dengan kerjanya.Tanpa sedar kami menjadi rapat dan mula menaruh perasaan.”terang lelaki itu apabila Iza terkelu tak tahu nak balas apa.”Saya cuba abaikan perasaan tu tapi saya tak kuat…Ammar tahu hal ni,dia yang bantu saya kahwin dengan Iza”terang lelaki itu.Farah memandang Ammar yang sedang disebelahnya.”Jadi awak pun terlibat sekali?”Tanya Farah bengang.”Abang dah tahu Iza dan Kamil menaruh perasaan antara satu sama,jadi abang bantulah mereka,Abang tak bermaksud nak malukan keluarga Farah”Terang Ammar panjang.Farah membaringkan dirinya diatas katil sebelum berkata..”Keluar,Farah nak berehat”.Iza dan kamil bangun lalu terus keluar dari bilik tersebut.

Ammar memandang Farah yang sedang berbungkus di atas katil.Bahunya terenjut-enjut.Ammar menghampiri Farah.Dia menyentuh bahu Farah tapi Farah menepis.”Saya tak sangka yang awak pun akan bersekongkol sekali,serendah itu ke maruah keluarga saya pada awak?”kata Farah sinis.Dia kini duduk bersandar di birai katil.Air mata yang mengalir dilap kasar.”Astagfurullahalazim,apa yang Dhira cakap ni?”kata Ammar.”kalau awak anggap keluarga saya penting,awak takkan….”kata-kata Farah terdiam apabila Ammar mencium bibir Farah.Farah terkejut. Seketika kemudian,Ammar melepaskan tautannya.”Ermm…tau pun diam”kata Ammar.”Dhirah dengar sini,Abang mengaku,abang yang ‘plan’ semuanya tapi Dhirah pernah terfikir tak kenapa abang tetap teruskan majlis tu?”Tanya Ammar.Farah terdiam.”Sebab abang dah jatuh cinta kat Farah sejak pertama kali lihat Farah.”kata Ammar sambil merenung mata Farah.”Ma..mana awak tengok saya?”kata Farah.”Abang ternampak gambar Dhirah hari pertunangan abang,Abang jatuh cinta ‘on the spot’ masa tu,Sebab tu abang tak pernah ambil kisah pasal perkahwinan abang dan Iza.Jujur abang katakan,Abang sangat bersyukur bila Kamil kata dia dan Iza tengah bercinta.Sebab tu,abang tolong mereka.Dan ingatkan pada bulan-bulan pertama perkahwinan kita,mesti Dhirah pelik sebab abang tak pernah tanya mana Iza menghilang dan kenapa pengantin perempuan bertukar dan abang sedikit dingin.?”kata Ammar panjang.Farah mengangguk tanpa sedar.”Sebabnya, Hati abang sentiasa berdebar-debar bila dengan sayang,sebab tu lah abang dingin dengan Dhirah..Abang nak kawal rasa hati abang.”kata Ammar romantis.”Maksudnya?”kata Farah polos.”I love You,My Love”kata Ammar.Farah terdiam,Dia sangat gembira mendengar luahan hati Ammar.’I love you too’desis hatinya.Dia ingin senyum namun,dia cuba tahan.

“Saya tak pernah suka atau cinta kat awak.Saya anggap awak sebagai pensyarah saya sahaja”kata Farah.Dan kata-katanya berlawanan dengan hatinya.”Don’t worry..I will make you fall in love with me..Abang akan ngorat Dhirah”kata Ammar bersemangat.”Ok..tapi saya akan bagi awak masa 4 bulan je..jika dalam 4 bulan saya tak jatuh cinta kat awak,saya nak kita berpisah”kata Farah tegas.’Seronok juga kena ngorat ni..boleh balas balik sakit hati yang aku rasa selama ni’desis hatinya jahat. ”Ok..deal”kata Ammar.Dia yakin yang dia boleh membuatkan Farah jatuh cinta padanya.Nampaknya dia kena buka balik kamus zaman ‘Romeonya’.

############################################################################################

Sudah 2 minggu dia pulang dari Slim River dan Ammar sudah memulakan misi untuk mengorat isterinya.Hanya Azim dan Safiya tahu yang dia sudah berkahwinan dengan Ammar.Bunyi Alarm yang kuat mengejutkan Farah daripada lenanya.Selepas mandi dan bersolat dia turun ke dapur untuk membuat sarapan untuk dia dan Ammar.Farah masih sedar tanggungjawabnya sebagai seorang isteri wajib menjaga makan,minum dan pakaian suaminya.Sampai sahaja di pintu dapur,Aroma masakan yang enak menyapa hidungnya.Apabila dia memandang dapur dia ternampak Ammar sedang mengoreng nasi.Dia kelihatan sangat comel dengan Apron ‘hello kitty’ Farah.”Abang,Tengah buat apa?”Tanya Farah.Dia telah dipaksa oleh Ammar untuk memanggilnya abang.Jika enggan,denda yang menyeramkan menantinya.”Tengah masak sarapanlah”kata Ammar sibuk mengacau nasi dalam kuali.”Dhira nak buat air,abang nak air apa?”kata Farah sambil menyinsing Lengan baju kurungnya.”Abang nak milo..letak susu banyak-banyak”kata Ammar sambil senyum manis.Farah mengangguk lalu mengambil teko di rak pinggan untuk membancuh milo.Di sebelah kiri,Ammar sedang mengacau Nasi dan dia disebelah kanan sedang membuat air,Farah merasakan yang kini dia betul-betul seorang isteri dan suasana sekarang sangat ‘sweet’.

“Jemput makan,Permaisuri hatiku”kata Ammar lalu menghidangkan Nasi Goreng Kampung yang dimasaknya.”Terima kasih,abang tak makan”kata Farah pula.”Abang nak Dhirah,rasa dulu”kata Ammar.Selepas membaca doa makan Farah menyuap nasi goreng ke mulutnya.”Sedapnya..”komen Farah.”Really?”Tanya Ammar.”Yup..”kata Farah,tangannya ligat menyuap nasi ke mulutnya.Ammar mencedok nasi ke pinggan dan menghulurkan pinggan tersebut kepada Farah.Farah yang tengah syok makan mengangkat muka.”Nasi Dhirah tak habis lagi ni..nanti Dhirah tambah”kata Dhirah.”Abang nak sayang makan nasi dalam pinggan ni..pinggan tu biar abang yang habiskan”kata Ammar.”Bekas saya ni”kata Farah.”Abang tak kisah..bak sini pinggan tu”kata Ammar lalu terus mengambil pinggan Farah.Farah tak ada pilihan,dia terpaksa mengambil pinggan yang sudah mempunyai nasi yang dicedok oleh Ammar tadi.Ammar makan dengan berselera.’Skill memasak aku tak hilang lagi’desis Ammar. Selesai makan,pasangan tersebut mengemas meja makan dan menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap ke University.



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan