Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
pareidolia
Pareidolia-telaga
IDA ANUAR
18967
Bacaan





Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016

Senarai Bab :
Amin dan Fuad bersiap membersihkan diri sebelum ke makmal.

"Kau dah inform Kak Fiza ke kita nak letak spesimen dekat makmal."Tanya Amin.

"Dah,aku dah masej dia pun,kejap lagi dia sampai.Kau cepat lah siap terhegeh-hegeh".Fuad meninggalkan Amin yang masih terkial-kial memakai bajunya.

Mereka berdua berjalan menuju ke makmal yang terletak tidak jauh dari blok asrama mereka,jam baru sahaja menunjukan angka 9.00 malam. Kalau ikutkan memang malas mahu ke makmal waktu begini tetapi spesimen dikehendaki segera untuk pengawetan.Sampai di makmal kelihatan lampu sudah terpasang.Cepat pula Kak Fiza sampai fikir Amin.

"Assalamualaikum..Kak Fiza."Fuad memberi salam,tetapi salamnya tidak berjawab.Fuad dan Amin terus sahaja masuk ke makmal,kadang-kadang Kak Fiza berada di belakang memang tak dengar suara mereka.

Mereka berdiri di tepi meja makmal menanti Kak Fiza muncul,tidak lama kemudian kelibat Kak Fiza muncul tetapi wanita itu kelihatan pucat sahaja,rambutnya juga tidak terurus sedikit.Fuad dan Amin memberi senyuman manis kepada wanita di hadapan mereka tetapi Kak Fiza langsung tidak membalasnya,wajahnya masam sahaja.

"Hai Kak masam je ni...Maaf kak kalau kami yang menyebabkan akak terpaksa pula datang."

"Hurm tak apa."Jawab Kak Fiza acuh tak acuh.Fuad meletakkan bekas berisi spesimen di atas meja.

"Ni kak...barang yang cikgu suruh cari."Kata Amin tetapi Kak Fiza hanya mengangguk sahaja,segaris pun senyuman tidak ada dibibirnya.

"Akak tak sehat ke kak?Amin cuba bermesra."

"Aah,leher akak sakit."Kak Fiza menunjukan lehernya yang sakit berbekas merah seperti terjerut sahaja.

"Eh!teruk tu kak pergi jumpa doktor."Amin yang agak lurus tidak mengsyaki apa-apa.

Fuad telan air liur,tekaknya terasa perit tiba-tiba.Kak Fiza di hadapannya seperti ada yang tidak kena sahaja.Dari tadi dia memikir kenapa Kak Fiza tidak bertudung malam ini?Setahu dia pembantu makmal itu bertudung.Fuad bertambah gementar apabila mata Fiza menjeling dengan tajam.

"Okey lah kak kalau tak ada apa-apa saya pergi dululah kak."Tanpa menunggu jawapan,Fuad cepat-cepat menarik tangan Amin keluar daripada bilik makmal.

"Hehehehehe....arghhhh..."Jeritan nyaring kedengaran,Amin terpinga-pinga.

"Kenapa Kak Fiza ketawa macam tu..ngeri nya macam suara setan."Amin yang memang  lurus bendul masih tidak memahami.
Fuad tidak menjawab,sebaik sahaja mereka sampai di tangga hendak ke pejabat mereka terserempak dengan Kak Fiza.Bertambah hairan Amin tetapi tidak Fuad.

"Eh korang,maaf ye akak lambat."Fiza menegur.

"Tak apa kak,saya dah hantar esok kita tengok.Akak tak payah lah pergi makmal."Fiza hairan tetapi dia hanya menurut sahaja.
Amin yang tidak tahu apa-apa ditarik untuk kali kedua.

"Eh,macam mana ada dua Kak Fiza ni?"Tanya Amin bodoh-bodoh sahaja lagaknya.

"Kau tak faham ke Amin...yang dekat makmal tu bukan Kak Fiza tapi hantu..."
"Hantu!..."Amin berhenti melangkah.Fuad pandang Amin pelik...sepatutnya kalau dah sebut begitu pasti lah Amin lagi cepat berjalan.Ini tidak boleh pula dia berhenti.
"Habis aku?...."Kata Amin.Fuad terdiam dah kenapa Amin ni,Fuad memandang ke depan.Malas mahu melayan

"Habis aku...?"Amin tanya lagi,Fuad merasa geram orang nak cepat dia lagi nak main-main.Fuad berpaling,Amin tersengih dengan kepala di tanganya. Tanpa Fuad sedari ketika dia meninggalkan Amin yang terkial-kial memakai baju ada sesuatu yang mengekori dia, Amin pula di tinggalkan begitu sahaja di dalam asrama.Memang sedari awal bukan Amin yang mengekori Fuad ke bilik makmal tetapi sesuatu yang bertopengkan manusia.

Fuad berlari sekuat hatinya,dia tidak menoleh lagi ke belakang.Memang dia tidak sangka Amin yang bersama dengannya tadi bukan Amin sahabatnya.Fuad tertanya-tanya di manakah Amin yang sebenarnya?
"Mus..."Mencungap Fuad sebaik sahaja dia sampai di asrama,kebetulan Mus rakannyq berada di situ.

"Dah kenapa kau ni Fuad."Tanya Mus.

"Kau nampak Amin tak?

""Amin ikut budak-budak lain pergi bilik study selepas isyak tadi."Tak kan lah Fuad tidak tahu pula.

"Kau kenapa tak pergi?"Fuad mencuit Mus dengan hujung jarinya,bimbang akan jadi seperti Amin pula.

"Apa hal kau ni Fuad."Mus mula tidak sedap hati melihat perlakuan Fuad yang lain benar malam ini.

"Maaf Mus tadi aku ke makmal,dengan Amin tapi ada sesuatu dah jadi.Tak apa lah...dah settle pun."Mus geleng kepala,macam-macam.

"Mari ikut aku kita mengaji malam ni."Ajak Mus.Fuad diam,Mus memang agak alim orangnya,masa yang terluang memang selalu dia isi dengan mengaji atau mengulangkaji sahaja,jarang benar dia berborak kosong.

"Fikiran kau bercelaru ni Fuad."Mus mengerling ke arah pintu.Ada sesuatu kelihatan di mata halusnya,sesuatu yang Fuad tahu dan dia melihatnya.

"Kenapa kau cakap macam tu?"Fuad buat-buat tidak faham.

"Apa yang kau jumpa tadi sebenarnya Fuad?"Tanya Mus lagi.Fuad hanya diam,dia berkira-kira sama ada mahu bercerita atau tidak.Dia tidak mahu perkara aneh ini tersebar.Mereka berada di sebuah asrama,jika cerita tentang apa yang dia alami tersebar dan menjadi buah mulut rakan-rakan lain pasti situasi menjadi buruk.

"Fuad cuba kau cerita dengan aku,Insya Allah aku tak akan sebarkan cerita yang tidak-tidak."Pujuk Mus.
"Aku rasa benda ni macam mengarut sahaja Mus.Tak masuk dek akal,ye lah selama dua tahun kita duduk dekat sini mana pernah kita dengar atau alami benda-benda pelik.Tapi hari ni aku alami pula.Tu yang buat aku musykil."Cerita Fuad.


"Apa yang kau nampak?Perempuan?"Tanya Mus,matanya mengerling ke muka pintu sekali lagi.Memang jelas bayangan seorang wanita tegak berdiri di situ.Matanya jauh terperosok kedalam,lehernya hampir putus terkulai,darah berjejeran membasahi baju yang dipakai wanita itu.

"Kak Fiza,pembantu makmal tu dah jadi hantu,lepas tu si Amin.Tahu-tahu Amin pegang kepalanya sendiri."

"Mainan syaitan tu Fuad."

"Tapi kenapa sebelum ni tak ada benda pelik pun berlaku?"

"Kau ke mana petang tadi sebenarnya?Kau pergi ke belakang asrama kan?Bukan kah kita semua di larang ke situ kenapa kau pergi?"Soal Mus bertalu-talu.Terkumpal-kumpal Fuad mahu menjawabnya.

"Aku cari spesimen tumbuh-tumbuhan renek dengan Amin.Tak lama pun,tapi Amin terjatuh dalam sebuah telaga lama."Cerita Fuad.

"Telaga?....."
Mus berjeda,dia teringat cerita arwah moyangnya.....tentang banglo lama di atas bukit tersebut.


Senarai Bab :
Pareidolia-Tali gantung | PAREIDOLIA BAB 2-3 | Pareidolia-Kemolok | Pareidolia-Kemolok | Pareidolia- June vs Nadim | Pareidolia-telaga | Pareidolia-telaga |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan