Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
SEJALUR RINDU
Lima
SUHAIZA ABIDIN
1288
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Februari 2013

Senarai Bab :

Aku membaca laporan pengurusan yang berada di hadapanku dengan tekun. Sudah menjadi kebiasaan syarikat memanjangkan laporan pengurusan setiap bulan. Dari laporan itulah pelbagai analisis dan kajian pemasaran dapat dijalankan bagi meningkatkan lagi prestasi syarikat dan memenuhi kehendak pelanggan. Selain strategi pemasaran yang baik dan konsisten, aspek pengurusan pelanggan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Tidak kira apa juga jenis perniagaannya, pelanggan menjadi keutamaan.

Aku membaca helaian seterusnya. Aku sedikit terkejut dengan cadangan untuk menstruktur semula kakitangan di bahagian - bahagian tertentu dan ditukarkan ke bahagian lain. Rasional pertukaran ini adalah bagi memastikan semua pekerja mengetahui secara keseluruhan operasi syarikat. Namun masih mengekalkan kelayakan masing-masing.

'Kalau ada ijazah dalam bidang kejuruteraan takkan pulak di suruh buat kerja-kerja perakaunan. Sudah tentu tak sesuai. Mungkin untuk business degree, sesuai untuk di tempatkan di personnel, pentadbiran, pemasaran dan pengurusan korporat. Tapi.. Aku kan juga pemegang ijazah pengajian perniagaan. Tak mustahil juga aku akan ditukarkan ke bahagian lain. Erm.. Sekarang aku di bahagian kejuruteraan. Dah tentu tak sesuai. Aduhai... bisik hati kecilku '

Mesyuarat pada jam 2.30 petang keesokan harinya menyaksikan semua eksekutif kanan dan pengarah-pengarah bahagian turut hadir sama ke mesyuarat pengurusan kali ini. Turut bersama adalah eksekutif-eksekutif baru dalam syarikat. Aku turut tidak terkecuali. Aku melihat Elle sibuk mengedarkan kertas mesyuarat kepada semua pengarah bahagian. Elle memandangku dengan ekor mata apabila Adzhar memasuki bilik mesyuarat dan mengambil tempat duduk berhadapan denganku. Adzhar tersenyum sebaik sahaja aku memandangnya dan aku turut membalas senyuman itu.

Mesyuarat memutuskan bahawa beberapa orang eksekutif baru ditukarkan ke bahagian lain bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih baik dan bersesuaian dengan kelulusan masing-masing. Sebelum menjadi eksekutif syarikat, semua eksekutif baru bermula sebagai pelatih pengurusan dan terlibat dalam pelbagai kerja-kerja pejabat termasuklah kerja-kerja membuat salinan fotostat dan menyiapkan dokumen-dokumen mesyuarat dan kursus. Setelah 6 bulan sebagai pelatih pengurusan barulah eksekutif ini diberi peluang untuk meningkatkan kerjaya mereka dalam syarikat sebagai eksekutif muda. Namun, penempatan mereka kebanyakannya kekal di tempat terakhir mereka sebagai pelatih pengurusan dahulu. Sama seperti aku!

'Mungkin ini adalah ruang dan peluang yang lebih baik untuk semua eksekutif baru ditempatkan di bahagian yang selayaknya dengan kelulusan mereka. Bagus juga! Boleh belajar perkara-perkara baru.'

“Cik Ellyna Hussain, mulai minggu depan, you akan ditempatkan di bahagian komunikasi korporat dan akan menjadi setiausaha kepada Encik Zammidi. You ada apa-apa bantahan?” Encik Zubir, pengarah Bahagian Sumber Manusia mengumumkan penempatan pertama.

“Tak ada. Saya terima.”

“Okey. Bagus. Seterusnya, Puan Khadeeja Ismail akan kekal di bahagian kejuruteraan manakala Cik Lisa Illani Abidin akan ditempatkan di Bahagian Pemasaran. Ada apa-apa bantahan?”

“Saya tak ada sebarang bantahan. I'm okey with it.”

Good. I harap you boleh kerja dengan Adzhar as your colleague dan Zulkarnain as you boss.”

“Insya Allah.”

“Cik Norliza Abdullah dan Encik Iqbal Arifin akan ditempatkan di bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat. You all akan bekerjasama dengan Hazrul dan Asri. Any objections?

“Saya akan cuba. Sebelum ini pun saya di Bahagian Pentadbiran. Banyak yang perlu saya pelajari.” Iza bersuara.

“Iqbal?”

“Saya harap tuan dapat mempertimbangkan semula penempatan saya supaya kekal di Bahagian Pemasaran.”

“Begini, penempatan semula ini adalah untuk menyesuaikan semula penempatan kamu semua selepas menjadi pelatih pengurusan sebelum ini. Jadi syarikat berpandangan bahawa you lebih sesuai di R&D disebabkan beberapa idea you telah diterima oleh syarikat melalui kertas cadangan you di Bahagian Pemasaran terdahulu. Bukan tak ada peluang you lagi untuk kembali ke pemasaran tetapi buat masa ini, syarikat memang memerlukan you di R &D.”

“Kalau macam tu, saya cuba. Cuma saya harap selepas ini, saya boleh kembali ke pemasaran.”

“Kalau ada peluang, kami akan maklumkan.” Putus Encik Zubir.

Mesyuarat berakhir dengan sedikit jamuan ringan di luar bilik mesyuarat. Kelibat Iqbal sudah tidak kelihatan. Masih tidak berpuas hati barangkali. Aku pernah mendengar tentang idea-idea Iqbal yang bernas dalam aspek pemasaran syarikat. Tidak dinafikan juga, kertas-kertas kerjanya telah berjaya mendapatkan pelaburan asing yang kukuh untuk menjadi rakan niaga. Namun terdengar juga desas-desus yang mengatakan bahawa dia selalu keluar pejabat atas urusan peribadi dan kebanyakan masanya tiada di pejabat. Alasannya adalah kerana terdapat urusan syarikat dan eksekutif pemasaran mana ada kat pejabat selalu!

Mungkin itu juga menjadi persoalan kepada pihak pengurusan atasan. Tapi sekarang ini, aku pula yang akan berada di Bahagian Pemasaran. Tempat paling sibuk dengan deringan telefon dan kertas kerja! Dan yang belum pernah aku fikirkan adalah bekerjasama dengan Adzhar! Minggu depan pulak tu. Aku akan berpindah ke pejabat baru dan mungkin itu lebih baik untuk kerjaya aku pada masa akan datang.

Adzhar berjalan menuju ke arahku. Dia mengambil tempat di sebuah kerusi betul-betul di sebelahku. Elle yang sedang mengambil makanan hanya memandangku. Aku sendiri terkejut dengan tingkahnya sedari mesyuarat sebentar tadi. Aku pura-pura buat tidak ambil tahu dan tidak endah saja.

Welcome to Marketing Department.”

Thanks.”

“I happy you dapat join kami kat marketing. Lagipun bolehlah selalu I jumpa you. Tak macam sekarang ni. Nak pandang pun dari jauh je.”

“Apa you cakap ni? Jangan mengarut boleh tak. Ramai orang kat sini.”

“Betul apa I cakap. You kat tingkat 5. I kat tingkat 7. Kalau nak jumpa you, I kena pergi pejabat you kat tingkat 5. Nak harap you naik ke pejabat I memang tak adalah jawabnya.”

“Adzhar... Please.. I tak suka you cakap personal matters kat sini.”

“I'm sorry. Teruk sangat rindu I ni pada you. Sebab tu I jadi macam ni. Tapi I bersyukur sebab doa I dah dimakbulkan. Satu pejabat denganyou!"”

Aku bingkas bangun dari tempat duduk. Aku seakan rimas dengan kata-katanya sebentar tadi. Namun sempat dia berbisik.

“Lisa... I'm sorry.”

Aku terus melangkah menuju ke lobi lif dan meninggalkannya sendirian. Aku sedar yang aku tak patut berbuat begitu. Namun hati ini bagai tidak boleh menerima ungkapan-ungkapan itu. Pada ketika ini kurasakan pertukaranku ke Bahagian Pemasaran disebabkan oleh Adzhar dan bukannya atas alasan job rotation!

'Adzhar.. I minta maaf.' Aku hanya mampu berbisik dalam hati. Sungguh, aku tidak senang dengan kata-katanya sebentar tadi.

Sekembalinya aku ke meja kerjaku, Elle dan Iza merupakan orang pertama yang berjumpa dan menegurku. Aku tahu mereka sendiri tertanya-tanya mengapa aku meninggalkan Adzhar begitu sahaja sebentar tadi dan langsung tidak berkata apa-apa dengan mereka.

“Lisa, Adzhar cakap apa dengan kau sampai kau marah sangat ni.” Elle bersuara.

“Tak ada apa-apalah.”

“Tak ada apa-apalah tu maknanya adalah tu.” sampuk Iza yang mengajuk kembali jawapanku.

“Dia mengalu-alukan kedatangan aku ke marketing.”

“Laa... Takkan itu je? Takkan itu yang buat kau marah sampai senyum pun tidak. Tegur kami pun tidak. Menonong je balik pejabat.” kata Elly masih tidak berpuas hati.

“Ada personal matters sikit. Takkan itu pun aku nak kena bagitahu korang?”

“Lisa.. kami ni kawan kau. Lepas ni kita dah tak boleh jumpa selalu macam ni. Cuma kat rumah je sempat berbual nanti. Pejabat baru aku di tingkat 4, kau tingkat 7, Iza pulak lagi jauh 12. Maklumlahkan.. bila dah bertukar ni mana boleh mengular-ngular lagi. Silap haribulan lunch pun tak sempat jumpa." Elle memujuk lagi.

"Kalau kau tak nak bagitahu kami tak apa. Aku tahu banyak kesedihan dalam hidup kau. Jangan biarkan benda-benda macam ni kacau kerja kau. Kan dia tu rakan sekerja kau. Belum mula kerja dah dingin. Nanti orang bercakap.” Iza pula menyambung bicara.

“Elly, Iza korang tak payah risau. Kan aku cakap tadi, dia cakap pasal personal. Aku rimas. Aku rasa tak sesuai dan tak kena tempat.”

“Orang sakit angau memang macam tu.” Iza menambah sambil ketawa.

“Aku tahu yang korang berdua memang sayangkan aku. Aku pun sayang korang jugak. Aku harap kalau ada yang tersalah silap aku buat tu, korang tegur-tegurlah ya. Rasa macam tak seronok je nak berpisah tempat kerja ni.”

"Aku dengan Elly ni masih kerja dalam satu bangunan yang sama. Kau jangan lupa tu. Aku rasa kau yang selalu kami tak dapat jumpa nanti. Sibuk dengan marketing plan dan sales.”

“Alah.. kau tu pun sama. R&d lagi. Duduk la buat kajian. “ Elly menambah.

“Sama aje korang ni. Kau tu pun apa kurang Elly, komunikasi korporat. Komunikasi lah sangat!”

“Sudahlah tu. Kita jumpa kat rumah nanti ya.” kata Elly lantas berlalu pergi bersama-sama dengan Iza.

Aku melepaskan sebuah keluhan kecil. Aku memandang sekitaran kawasan kerjaku. Aku akan merindui bahagian ini. Bekerja dengan pelukis pelan, jurutera dan juruukur. Semuanya baru dan menyeronokkan. Sehinggakan aku pun sudah mampu membaca laporan-laporan teknikal mereka serba sedikit. Aku turut bersyukur kerana dikelilingi rakan sepejabat yang sentiasa membantu dan saling bekerjasama. Aku akan merindui semuanya di sini.



Senarai Bab :
Prolog | Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan