Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Tak suka tapi Cinta
Babak 66 [TAMAT]
Diyana
10127
Bacaan





Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016

Senarai Bab :

“Sayang.. stoking abang sayang letak dekat mana?” tanya Haziq. tangannya sibuk menaip sesuatu di dalam telefon bimbitnya.

“Ada dalam almari tu. abang ni, kan Sya dah bagitahu tiga kali.” jawab Aisyah yang sedang sibuk menguruskan anak kedua mereka, Alisha.

Haziq mencium pipi Aisyah. “ Sorry sayang. Abang tak dengar tadi.” sengih Haziq.

“Sweetnya Papa dengan Mama ni. Qalish pun nak kena cium dengan Papa juga.” Kata anak sulung mereka yang berusia tiga tahun.

Haziq ketawa. Geli hati dengan keletah anak sulungnya yang sudah mula petah bercakap. “Meh Papa cium juga.” Spontan itu pipi gebu anak itu dicium berkali-kali.

Bunyi ketawa anak sulungnya kedengaran di ruang tamu rumah baru mereka. Qalish kemudiannya melarikan diri sebaik sahaja Haziq habis mencium pipinya berkali-kali.

“Abang balik dari office nanti kita ke rumah mama ya? Katanya rindu sangat nak tengok cucu dia ni. Ibu dengan Baba pun ada di sana sekali.” Kata Haziq.

Aisyah tersenyum. Alisha yang berada di dalam dukungan Aisyah diambil Haziq. kali ini pipi anak keduanya pula dicium berkali-kali.

“Abang balik pukul berapa?”

“Mungkin dalam tengahari. Nanti balik abang siapkan anak-anak. Sayang cuma siapkan diri Sayang je okay? Abang tak nak Sayang buat kerja berat sangat. Biar bibik yang buat semua kerja ni.” Arah Haziq.

Aisyah tersenyum lagi. Dia bersyukur kerana Haziq sangat prihatin akan dirinya. Ditambah pula dengan sikap penyayang suaminya terhadap anak-anak mereka. Sampaikan dia berasa anak-anaknya lebih rapat kepada Haziq berbanding dirinya. Rasa cemburu pula.

“Mama.. apa ni?” tanya Qalish lalu menghulurkan sekeping gambar kepada Aisyah yang sedang mencium tangan Haziq yang ingin berangkat ke pejabat.

Aisyah dan Haziq melihat pada gambar yang dijumpai oleh anak mereka. Kedua-dua mereka tersenyum lalu memandang satu sama lain. “Mana Qalish jumpa gambar ni?” tanya Haziq.

“Qalish jumpa dekat bawah almari tu..” kata Qalish lalu menunjukkan jari ke arah almari yang berada tidak jauh darinya.

Aisyah dan Haziq tersenyum. Aisyah mengambil Alisha yang berada di dalam dukungan Haziq. jejaka itu kemudiannya melutut agar berada sama tinggi dengan anak sulungnya.

“kalau Qalish nak tahu… itu gambar Papa dengan Mama masa kami masih kecil. Auntie Zurin pun ada.” Jelas Haziq.

“Tapi siapa yang sama muka dengan Papa tu?”

“Itu cinta pertama mama.” Sampuk Aisyah berupa gurauan. Haziq sudah menjeling cemburu. Sudahnya Aisyah ketawa dengan jelingan yang dibuat suaminya kepadanya. Nampaknya sifat kuat cemburu suaminya masih ada. Dari dulu sifat itu tidak pernah hilang.

“Itu kembar papa. Tapi, kembar papa tu dah tak ada.” Jelas Haziq. Tidak menghiraukan gurauan Aisyah.

“Dia pergi mana? Buat apa? Jom la pergi melawat dia!” tanya Qalish bersungguh-sungguh.

Haziq tersenyum. “Ke suatu tempat yang sangat indah.”

“EH! Dah.. cepat abang. Nanti lambat pula nak ke pejabat. Qalish, salam papa tu.” kata Aisyah cuba mengubah topik perbualan mereka. Qalish menurut sahaja apa yang dikata oleh mamanya. Begitu juga dengan Alisha. Walaupun anak keduanya baru berusia sembilan bulan, tetapi anaknya itu sudah boleh faham apa yang Aisyah katakan.

“Abang pergi dulu ya sayang.” Kata Haziq lalu melambaikan tangan. Jejaka itu kemudiannya masuk ke dalam perut kereta. Lalu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah banglo mereka.

“Bibik, tolong saya bawa anak ke dalam ya?” arah Aisyah kepada seorang pembantu rumah mereka.

“Baik buk.” Kata pembantu rumah itu lalu memimpin tangan Qalish dan mendukung Alisha masuk ke dalam rumah mereka.

Aisyah memandang halaman rumahnya sebentar. Haziq menyediakan rumah yang sangat selesa buat dirinya dan anak-anak. Sejak tahu Aisyah mengandungkan Qalish, jejaka itu terus sahaja membeli rumah banglo tersebut dengan bayaran tunai. Tiada hutang. Alasannya tidak mahu Aisyah penat mendaki tangga rumah penthousenya. Walhal bukan naik pun tangga tersebut. naik lif adalah.

Gambar di tangan di renung Aisyah. setiap minit, setiap saat. Tidak pernah sekali pun dia melupakan wajah itu. namun cintanya sahaja yang sudah berubah. Menjadi milik Haziq. akan tetapi, sampai bila-bila dia tidak akan melupakan jejaka yang pernah menjadi cinta pertamanya.

“Abang Ha.. Sya rindukan Abang Ha…”

Aisyah mengusap gambar Hadzriq yang ada di dalam gambar tersebut. “Kami semua rindukan Abang Ha..”

“Sekarang ni.. semua orang dalam keadaan baik dan bahagia.. Zurin baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan seorang doktor. Mereka bercadang nak ber’honeymoon’.. Mama pula baru balik dari Haji.. Mama pergi dengan Ibu dan Baba…”

“Abang Ha mesti ingat pada Lulu dan Qaliff kan? Mereka dah ada anak seorang. Tapi, mereka sekarang ini menetap di Korea. Setiap bulan mesti Lulu hantar hadiah barangan korea.”

“Dan.. Abang Haziq pula..” Aisyah berjeda sebentar. mengusap lembut pula gambar Haziq ketika masih kanak-kanak di dalam gambar tersebut.

“Betul cakap abang Ha.. Ada seseorang yang lebih mencintai Sya lebih dari Abang Ha cintakan Sya.. Terima kasih sebab sedarkan Sya.. Walaupun dulu kami tak suka, tapi sebenarnya kami mencintai satu sama lain.. Bak kata orang.. Tak suka, Tapi Cinta..”

Perlahan-lahan Aisyah mencium gambar tersebut. Biarpun dia pernah mencintai Hadzriq sepenuh hatinya, tetapi cintanya kini milik Haziq. seorang yang pernah membulinya dan membuat dirinya terseksa. Siapa sangka, orang yang kita tak suka itulah menjadi orang yang kita paling cinta. Dan dia bersyukur sangat bahawa orang yang dicintainya itu kini telah menjadi suaminya sendiri.

TAMAT




Senarai Bab :
Babak 1 | Babak 2 | Babak 3 | Babak 4 | Babak 5 | Babak 6 | Babak 7 | Babak 8 | Babak 9 | Babak 10 | Babak 11 | Babak 12 | Babak 13 | Babak 14 | Babak 15 | Babak 16 | Babak 17 | Babak 18 | Babak 19 | Babak 20 | Babak 21 | Babak 22 | Babak 23 | Babak 24 | Babak 25 | Babak 26 | Babak 27 | Babak 28 | Babak 29 | Babak 30 | Babak 31 | Babak 32 | Babak 33 | Babak 34 | Babak 35 | Babak 36 | Babak 37 | Babak 38 | Babak 39 | Babak 40 | Babak 41 | Babak 42 | Babak 43 | Babak 44 | Babak 45 | Babak 46 | Babak 47 | Babak 48 | Babak 49 | Babak 50 | Babak 51 | Babak 52 | Babak 53 | Babak 54 | Babak 55 | Babak 56 | Babak 57 | Babak 58 | Babak 59 | Babak 60 | Babak 61 | Babak 62 | Babak 63 | Babak 64 | Babak 65 | Babak 66 [TAMAT] |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan