Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
NERAKA DUNIA
Bab 1
MahzuzWafa
284
Bacaan





Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 April 2017

Senarai Bab :
TERDAPAT sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Raja Mahdi, tinggal di pulau Segitiga Bermuda. Mereka tidak beriman dengan sebarang pegangan agama kerana mereka telah lama terpisah dari peradaban dunia menyebabkan mereka hidup dalam kekafiran. Sehinggalah suatu hari ada seorang ulama telah tersesat dan terdampar di pulau itu selepas dia keluar mengembara mengelilingi dunia bagi menyebarkan syiar Islam. Kedatangan agama Islam disambut dengan tangan terbuka oleh mereka. Selepas beberapa dekad setelah Islam difahami dan diamalkan, ulama tersebut meninggalkan mereka untuk meneruskan pengembaraannya.

Kerajaan Raja Mahdi kian makmur dan sejahtera dengan cahaya Islam namun Sang Raja masih berduka hati kerana isterinya Hanna masih tidak mampu mengurniakan dia seorang cahaya mata. Setelah berusaha bermacam-macam cara dan berkat dari rakyat-rakyatnya yang berdoa siang dan malam, Hanna disahkan mengandung walaupun sudah lanjut usia. Inilah keajaiban. Namun mereka mendapat khabar berita buruk apabila juru perubatan mengesahkan Hanna bakal menghadapi maut jika masih mahukan anak ini. Raja Mahdi terus tetap dengan pendirian dan akibatnya Hanna meninggal dunia ketika melahirkan seorang putera yang diberi nama Ibrahim Bin Mahdi. Kedukaan Raja kian parah apabila putera tunggalnya diserang penyakit misteri. Ibrahim meninggal dunia setelah 17 bulan dilahirkan. Raja Mahdi menjadi murka dan memerintahkan kesemua juru perubatan yang terlibat dikenakan hukuman sula sampai mati. Kesannya, rakyat mula memberontak untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Raja Mahdi.

Namun Raja Mahdi amat sukar untuk dibunuh kerana dia mendapat pelindungan sepenuhnya dari para tentera yang taat setia dan sudah bersedia untuk mengorbankan jiwa dan raga demi Sang Raja. Saban hari permusuhan antara rakyat dan pihak tentera berlanjutan bertahun-tahun lamanya sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Sampailah suatu ketika kerajaan mereka dilanda kemarau panjang. Tanaman menjadi kering dan begitu banyak haiwan ternakan yang mati. Kini, rasa marah rakyat pada Sang Raja kian pudar hari demi hari kerana mereka sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan yang semakin menghampiri maut. Setelah bertahun-tahun lamanya Raja menyembunyikan diri di dalam istana, dia dan para tentera telah keluar dari istana dan menuju ke puncak Bukit Thur. Di sana Raja Mahdi berseorangan melakukan solat sunat hajat 2 rakaat sambil dilindungi oleh para tentera. Saat dia menadahkan tangan dan bermunajat, langit mula berdentum dan awan hitam kelihatan berarak. Seperti yang dipinta, hujan turun membasahi tanah gersang Segitiga Bermuda. Rakyat bersorak keriangan namun Raja Mahdi kembali menyendiri di dalam istana.

Peristiwa tersebut menyebabkan rakyat tidak lagi berani untuk memberontak. Walaupun Raja Mahdi pernah melakukan kesalahan dengan membunuh jiwa yang tidak bersalah, namun dia adalah seorang pemimpin yang berdaulat. Doanya dimakbulkan sepantas kelipan mata. Oleh kerana Raja Mahdi tidak mahu lagi masuk campur dalam urusan pentadbiran, rakyat-rakyatnya kembali mengamalkan kehidupan jahilliah. Islam terus dilupakan sehinggalah selepas berpuluh-puluh tahun masa berlalu, gong istana berbunyi menandakan ketibaan Raja untuk menitahkan sesuatu. Istananya dipenuhi oleh rakyat yang kehairanan dengan kemuncullan Raja yang secara tiba-tiba. Raja Mahdi meminta rakyatnya mengemukan satu permintaan yang paling unggul untuk dia hajati pada Allah SWT. Bangit seorang lelaki tua yang berumur hampir 145 tahun dari kerusi roda dengan keadaan kaki yang menggigil sambil dibantu oleh isterinya yang berusia 5 tahun lebih muda. Namanya Adam dan isterinya Hawa. Adam mahukan kehidupan seperti di dalam alam syurga. Dia mahu terus kekal muda dan hidup untuk selamanya. Raja berkenan dengan permintaan itu namun ada segelintir rakyat yang berasa gerun dengan kehidupan tanpa penghujung. Jadi Raja berpesan kepada sesiapa yang tidak mahu merasai kenikmatan kehidupan kekal abadi, pada malam ini sebelum tidur, mereka harus berdoa untuk dimatikan. Kerana sekali mereka terjebak, tidak akan ada lagi jalan pulang. Tanpa mereka sedar, mereka yang memilih untuk terus kekal hidup sebenarnya bakal dilaknat untuk sepanjang hayat. Dunia yang mereka rasakan akan menjadi seperti syurga hanyalah satu tipu daya semata-mata. Di kemudian hari nanti mereka bakal merasai 'Nereka Dunia' yang akan menjahanamkan mereka untuk selama-lamanya.

Seperti yang telah diperkatakan, Adam dan Hawa kembali menjadi muda pada keesokkan harinya. Kini Adam berusia 21 tahun manakala Hawa berusia 16 tahun. Mereka berdua keluar dari rumah dan berlari dengan bertenaga menuju ke arah istana untuk meluahkan rasa syukur pada Sang Raja memandangkan permintaan mereka telah pun dimakbulkan. Namun tidak semua rakyatnya bergembira kerana separuh dari mereka telah memilih untuk meninggalkan dunia termasuk satu pasangan yang baru berkahwin. Si suami yang bernama Yusuf tidak lagi bangun dari tidur walaupun dikejutkan oleh si isteri. Zulaikha menangis, meraung dan menjerit sambil memandang jasad suami yang tidak lagi bernyawa. Zulaikha terasa amat sunyi dan sepi namun perjalanan kehidupannya sebagai seorang manusia yang akan terus kekal abadi baru sahaja bermula.


Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan