Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Dia PAINKILLER Cinta
PROLOG
aishah
589
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Julai 2017

Senarai Bab :

Aafiyah tersandar lesu di kerusinya menghilangkan penat yang sedari tadi menyinggah dibadannya. Sungguh sibuk hari ini kerana banyak pembedahan yang terpaksa dia lakukan memandangkan hanya dia satu-satunya doktor yang bekerja ketika saat itu. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, kedengaran telefon bimbitnya berdering nyaring.

“Assalamualaikum,kenapa adik ?” soalnya sebaik sahaja menekan punat telefon itu.

“Kak Ngah, Tompok tak mahu makan. Puas adik songok dengan makanan sedap-sedap,tapi dia taknak juga makan. Tidur je dari tadi, adik risaulah. Tompok sakit ke kak?” terdengar suara adiknya Aathifah yang seakan-akan mula mahu menangis itu.

“Selain tak mahu makan apa lagi simptom Tompok?”

“ Tompok duduk je. Dia taknak makan langsung, lepas tu dia macam lesu je bila adik pegang dia macam menggigil sikit. Apa nak buat? adik taknak Tompok mati,” terus sahaja adiknya menangis. Aafiyah hanya tersenyum kecil.

“Jangan menangis, sayang. Okey, Kak Ngah rasa Tompok demam tu. Dengar tau apa yang Kak Ngah pesan ni, first sekali adik kena sentiasa sediakan minuman yang sejuk untuk elakkan Tompok dari kena dehidrasi. Lepas tu nanti adik suruh abah atau Along belikan air kelapa, air kelapa tu bertindak sebagai penawar. Jangan sesekali mandikan Tompok ya, sebab suhu badan kucing akan makin meningkat kalau dia mandi dalam keadaan yang dia tak sihat. Faham tak Aathifah?” terang Aafiyah panjang.

“ Ha faham. Nanti kalau ada apa-apa adik call Kak Ngah balik,” katanya lagi.

“Iya, Kak Ngah kena letak telefon ni. Apa-apa adik whatsapp sahaja sebab takut Kak Ngah ada patient nanti,” selepas memberikan salam, Aafiyah terus mencapai beberapa rekod pencapaian kesihatan lantas dia tersenyum tatkala terpandangkan sebaris ayat itu. Dr. Nur Aafiyah.Ya, dia seorang doktor tapi dia hanyalah doktor haiwan kerana itu impiannya sejak dahulu.

Sebaik sahaja berjaya mengenggam segulung Ijazah Perubatan veterinar di Universiti Putra Malaysia, Aafiyah mengambil keputusan untuk bekerja selama 4 tahun salah sebuah klinik veterinar swasta untuk dijadikan sebagai pengalaman. Kemudian dia mengambil keputusan untuk membuka kliniknya sendiri hasil dorongan daripada kedua ibu bapanya. Bukan mudah untuk Aafiyah berada sampai ke tahap ini, banyak onak dan ranjau yang terpaksa dia hadapi dek kerana begitu cintanya terhadap bidang kerjayanya kini. Aafiyah tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu biliknya diketuk.

“Dr, ada patient. Nak vaccine untuk pertama kali,” terang Miza merangkap pembantu kliniknya. Seraya mendengar kata-kata itu, Aafiyah segera mencapai glove dan juga mask untuk dipakai.

I’m coming,” biarpun penat dan letih,segera rasa itu dihalau pergi jauh oleh Aafiyah. Kerana inilah dunianya dan inilah minatnya. Aafiyah tersenyum disebalik mask muka itu.

 “ Ya Allah, berkatilah rezekiku dan setiap apa yang aku lakukan serta apa yang bakal aku lakukan,” doa Aafiyah perlahan.



Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |
Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan