Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
NORMA AZALEA
NORMA AZALEA
ikmalhakimi595@gmail.com
362
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 20 November 2017

Sesungguhnya cinta itu suatu takdir yang tidak mampu diketahui. Darah yang mengalir di dalam tubuh terkadang deras mengalir. Desiran ombak di pantai memukul batuan tebing. Sudah banyak kali berdiriku disungkur. Namun kuterus bangun tanpa sedikit pun keluhan. Mengapa sedemikian? Kerana kutahu tiada kejayaan tanpa perit kehidupan. Semua pahit tetap kan manis di penghujung. Sepahit hempedu kelak kan manis bak madu – Hz

                Hari ini, genap sepuluh tahun kubergelar sebagai seorang pelukis. Status yang kubinasejak setahun jagung tidak pernah kutinggal terkontang-kanting. Permulaan sebagai seorang pelukis bermula daripada minat yang lahir daripada hati nurani.Ini ialah kehidupanku. Contengan di atas helaian kertas sentiasa kuteliti.Hidup ini ibarat seni. Kita lakarkan dan lukiskan di atas kertas putih. Lalu lakaran putih dipenuhkan dengan warna-warni yang indah untuk menjadikan hidup sentiasa gembira.

                Namun seni ini kadang-kala tidak berhasil sepertimana yang kita mahu corakkan. Kerana yang sentiasa menjaga tugas-Nya dalam mencorakkan ialah Allah. Kadang-kadang lakaran yang hampir siap rosak. Warna tertumpah di atas kertas itu biasa.Ibarat dugaan yang sedia menjengah di alam kehidupan seharian. Selagi kubergelar manusia, kuredha selalu.

               Masih kukurungkan diri ini di dalam bilik. Jam sudah menunjukkan tepat 8 pagi. Kelas Sir Isma tidak akan menunggu. Terasa sedikit malas. Entah mengapa kurasakan begini. Sudah semalaman kuberkurung. Tidak makan. Berdiam diri untuk seketika.‘Mood’ masih di awangan. Mungkin kerana ‘perang dingin’ bersama umi dan abi semalam. Hmm…Nampaknya kuperlu minta maaf.

              Sebagai seorang pencinta seni, kuharus mengambil berat mengenai pakaian. Sudah tentu! Kumasih seorang gadis yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Kelak tidak menyesal di pengakhiran. Kukenakan sepersalinan jubah berwarna hijau gelap. Tidak dapat dinafikan, imejku hanyalah dengan mengenakan jubah bersama tudung yang labuh. Itulah yang diajar dan dididik oleh abi dan umi sejak kukecil dan comel lagi. Lagipun, kuselesa dengan penampilan ini. 

               Sudah menjadi tanggungjawabku untuk menjaga penampilan sebagai seorang muslimah. Allah sentiasa melihat. Allah sentiasa memerhati. Kudahagakan keredhaan dan kerahmatan-Nya. Biarlah orang kata tidak menarik di dunia, kerana kubukan cubauntuk memasuki syurga dunia tetapi kuingin menjejakkan kaki di syurga Allah.Allahu.

               Tombol pintu kupulas perlahan-lahan. Takut mengejutkan umi dan abi. Namun kutahu pada waktu sebegini abi dan umi pun sudah bangun. Kujalan perlahan-lahan memerhati sekeliling lalu kulihat abi sedang duduk di meja makan. Lantas kupergi ke dapur namun terserempak pula dengan umi yang sibuk menyediakan sarapan.

             “Molek sangatlah tu, mari makan sekali”, sapa umi sambil tersenyum. Kubalas senyuman itu. Nampaknya, umi sudah lupakan tentang perkara semalam agaknya. Nasib baiklah.Lantas, kugerakkan kaki menuju ke meja makan. Kulihat abi masih fokus membaca akhbar. Abi memang seorang yang suka membaca. Penuh buku-buku ilmiah dan buku-buku mengenai puisi,sajak,syair dan banyak lagi di dalam bilik bacaan ditingkat atas.

             Aku, umi dan abi duduk bersama-sama di meja makan.

             Sebelum menikmati sarapan yang terhidang, kucuba menyapa abi yang siap bersedia untuk meneguk segelas air kopi buatan umi. “Abi, maafkan Haz tentang semalam. Haz…” belum sempat kuhabiskan ayat, abi meletakkan gelas lalu memandang kearahku. Fuh!

             Gembira kulihat abi tersenyum. Kuingatkan bahawa abi akan mengamuk.

             “Tak apa lah,abi cuma risaukan kamu saja. Yang semalam semuanya telah berlalu. Jom kita makan. Umi kamu masak sedap ni. Patutla berat abi naik setiap bulan”, tertawa kecil ketiga-tiga anak-beranak yang berada di meja makan. Umi juga turut ketawa kecil sambil melihat telatah abi.

              Sebelum kumula makan, terdapat satu lagi persoalan yang bermain di mindaku. Cumaku terlalu takut untuk bertanya kepada abi. Takut kejadian yang sama seperti semalam berlaku sekali lagi. Kutidak mahu dimarahi oleh abi. Tetapi dalam masa yang sama kutidak mahu hasrat dan impianku terkubur begitu sahaja. Kumahu terus cuba untuk mencapai kejayaan.

             Kugagahkan juga diri untuk bertanya. Tahap kepasrahan dalam diriku sudah mencapai tahap yang maksimum. Biarlah jika abi mahu memarahiku. Kutetap akan terus mencuba. “Jadi abi, macam mana dengan pertanyaan Haz semalam. Tolonglah abi”, kumerayu sambil tertunduk. Takut hendak memandang wajah abi.

             Sebelum abi sempat berkata apa-apa, umi mencelah.

            “Umi okey saja. Inikan peluang keemasan. Umi sokong impian kamu. Umi percaya pada kamu.Tapi tak tahulah pada abi. Cuba kamu tanya pada abi kamu yang keras sangat hati tu”, sempat lagi umi memerli. Umi terus menyambung makan tanpa menghiraukan jawapan abi. Kupandang abi dengan penuh belas kasihan. Bukan apa, tetapi keizinan daripada abi itu penting. Jika abi kata ‘ya’ maka hasratku sudah tidak terhalang. Setiap hari kuberdoa agar hasratku ini tercapai. Tolonglah abi, ini ialah peluang yang mungkin kutidak akan dapat lagi kelak.

              Abi meletakkan sudu dan berhenti seketika daripada makan. “Sekarang ini abi mahu tanya Haz, betulkah Haz mahu pergi ke Paris semata-mata untuk menyertai pertandingan seni antarabangsa tu? Sanggupkah Haz tinggalkan tanah air ini selama seminggu untuk ke Perancis nun jauh di sana? Fikirkanlah. Anak perempuan abi ini dah besar”,balas abi selamba. Hela nafasnya terasa berat.

             Kutidak puas dengan jawapan abi. “Tapi abi, ini ialah impian Haz abi. Sejak Haz kecil lagi seni lukisan dan Haz tidak dapat dipisahkan. Abi juga yang hantar Haz ke kelas seni pada setiap tahun kerana abi dan umi nampak akan minat Haz. Abi, kerana Haz sudah besarlah, Haz mahu minta kebenaran abi sebelum pergi kemana-mana. Kalau Haz masih kecil pasti Haz sudah membawa diri ke Perancis tanpa berfikir apa-apa. Tolonglah abi, ini peluang yang tak akan Haz dapat dengan mudah”, kumerayu sepenuh hati. Tolonglah abi! Tolonglah abi! Benarkan anakmu ini untuk sekali sahaja lagi.

             “Baiklah, siapalah abi hendak menghalang minat satu-satunya anak perempuan abi ni bukan?Tetapi satu sahaja. Oleh kerana abi dan umi tidak mahu Haz pergi bersendirian, Haz perlu membawa seorang teman. Bukan perlu, ini ialah kemahuan abi sendiri”, tambah abi sambil terbatuk kecil.

             Jawapan abi membuatkan sinaran di mataku cerah. Akhirnya, abi sudah benarkan. Kutersenyum tanda teruja dan gembira. Hmm…kufaham bahawa seorang gadis tidak manis untuk pergi bermusafir sendirian. Kumasih tahu tatacaranya. Ini ialah soal keselamatan.

             “Boleh saja abi. Haz boleh saja pergi dengan Shafa. Lagipun Shafa sedang cuti semester”,                jawabku gembira. Shafa is a definition of best friend forever. Maklumlah, kami berdua kecil-kecil lagi bertatih bersama. Tadika bersama.Sekolah rendah bersama dan sekolah menengah pun bersama. Takdir Allah menentukan kami berdua untuk kekal sebagai sahabat sejati yang tidak pernah terpisah. Walau ada terkadang gurau senda yang mengguris dan meretakkan bahtera persahabatan, tidak pernah Shafa tinggalkanku sendirian.

               “Tidak! Abi tidak benarkan kamu pergi dengan Shafa kerana dia juga seorang perempuan…” abi menjawab selepas menghirup kopi yang sudah sejuk.

               Mukaku berkerut. Apakah?

               “Ya Allah abi, habis itu takkanlah abi mahu Haz pergi dengan lelaki?”, balasku kembali kepada abi tanpa berfikir.

               Abi mengangguk. Ya? Abi mahu kupergi ke Perancis bersama seorang lelaki?

              “Abi, abi dah lupakan halal dan haram kah? Haz ini perempuan. Kalau Haz pergi dengan lelaki yang Haz tidak kenal dan bukannya mahram, maka hukumnya ialah berdosa. Neraka menunggu untuk sesiapa yang berbuat maksiat, abi”

              “Ya, abi tahu haram…”

              “Maka?”,tanyaku dengan penuh persoalan.

              “Maka carilah lelaki dan ‘halalkanlah’ dengan segera”, balas abi. Kata-kata abi membuatkan kuterkejut. Apakahini? Kulihat wajah umi. Umi hanya mengangkat kedua-dua belah kening. Abi juga sudah tunduk kembali menikmati hidangan. Kumasih ‘blur’. Tiada perkataan yang mampu kuungkapkan pada ketika itu.

               Halalkan? Apakahsemua ini? Apakah yang dirancang oleh abi dan umi? Kumasih dalam keadaan terkejut. Lidahku kelu tidak berkata. Suasana di meja makan tiba-tiba bertukar sunyi. Umi setia mengelak pandanganku yang masih tajam. Kucuba memahami apa-apa yang baru sahaja diperkatakan oleh abi sebentar tadi. Otakku tidak dapat berfikir dengan jelas dan waras. Ya, kuperlu abi dan umi untuk menjelaskan perkara yang baru disebutkan. Tidak mungkin kutersilap dengar.

              “Ehem..ehem. Beginilah. Biar abi terangkan ya. Maksud abi sebenarnya senang sahaja. Jika kamu mahu pergi ke Perancis itu, kamu perlu berkahwin. Bukan apa, abi sebenarnya risau yang kalau-kalau sesuatu terjadi kepada Haz. Kamu itu perempuan. Lebih baik ada lelaki mahram yang menemani kamu ke sana dan ke mari”, jelas abi tampak senang.

               Berat telinga mendengar, berat lagi kepala yang memikirkan.

              “Ya Allah, abi ini mengarutlah! Mana mungkin Haz mahu kahwin! Haz masih mudalah abi. Janganlah buat Haz begini abi. Takkanlah kerana Haz ingin pergi ke Perancis semata-mata untuk masuk ke pertandingan seni antarabangsa itu, abi sanggup menghukum Haz sebegini?”, kataku yang masih tidak percaya dengan abi.

               Kuseorang gadis yang masih berjinak-jinak menjadi wanita yang sempurna. Walaupun kutahu semua manusia ialah tidak sempurna, tetapi jati diri ini masih belum kukuh. Mana mampu kugalas tugas untuk menjadi seorang isteri kepada bakal suamiku pada seusia begini. Persediaan kugiatkan hari ke hari. Tetapi umur 23 tahun ini bukanlah umur yang kuhendak untuk membina rumah tangga. Eloklah berlatih dahulu dalam soal menjaga bahtera perkahwinan. Bukan kutidak mahu. Namun pada masa begini, lebih baik kusetia dengan gelaran ‘single’ daripada berstatuskan isteri.

              Umi sudah bingkas bangun dan beredar dari meja makan. Dia mengemas segala pinggan dan mangkuk yang ada di atas meja makan. Umi meninggkalkanku seorang diri untuk berhadapan dengan abi. “Abi, tolonglah abi, Haz…” belum sempat kuhabiskan kata-kata, suara garau abi mencelah.

             “Muktamad! Kamu cari seorang lelaki dan kahwin untuk pergi ke Paris…atau tidak boleh pergi!” kata-kata abi muktamad. Tidak ada apa-apa lagi yang dapat kubuat selain menghela nafas ketidak puasan. Garaunya abi bersuara bukan sekadar permainan. Dialah yang kukenal selama 23 tahun bernafas sebagai seorang Haziqah.

                Kutidak mampu melawan suara abi. Abi tetap seorang ayah.

                Kuakur dengan keputusan abi. Kutunduk untuk seketika. Menarik nafas dan memikirkan permainan yang abi aturkan. Baiklah! Jika itu sahaja caranya untuk kumelangkah ke bumi Paris, maka kuakan tunaikan kehendak abi. Lagipun, apalah teruk sangat dengan kahwin bukan? Cuma satu perkara sahaja yang kurisaukan sejakku bersetuju dengan kata-kata abi dalam diam.

                Muka ditutup dengan kedua-dua tangan. Kucuba memikirkan sesuatu. Kulepaskan kedua-dua tangan hingga jatuh ke riba. Kulihat wajah abi dengan penuh keyakinan.

                “Baiklah abi, Haz akan kahwin”, akhirnya mulutku mengeluarkan kata-kata. Akhirnya! Akhirnya kuakur walaupun sangat sukar untuk menerima. Demi cita-citaku, kurela berkorban walaupun kutidak pasti bahawa inikah yang terbaik.

                Abi tersenyum puas. Akhir-akhir ini abi ada juga berborak dengan rakan-rakannya. Mungkin daripada perbualan bersama rakan-rakannya, dia mula ‘mengidamkan’ seorang menantu.

               “Cuma satu sahaja lagi abi. Haz tidak kenal dengan ramai lelaki. Haz tidak punya kawan lelaki yang ramai. Jadi, Haz akan menghadapi sedikit kesukaran dalam mencari calon yang baik dalam masa yang terdekat dan singkat. Namun, pertandingan seni antarabangsa itu akan berlangsung pada minggu hadapan. Bermakna Haz harus bertolak pada hari Jumaat ini. Fikirkan abi. Bagaimana Haz mampu mencari seorang calon yang baik dalam empat hari ini?”, kerisauanku mula melanda. Mungkin apabila kata-kata seperti ini menerjah, abi akan mengubah fikiran dan membenarkanku pergi bersama Shafa.

                “Tidak mengapa, abi sudah punya seorang calon yang perfect 10 untuk kamu. Petang ini,bersiap untuk menerima tetamu ya. Abi sudah lambat untuk pergi ke pejabat ni. Haz juga patut pergi ke kolej sekarang”, abi tidak mengalah dengan begitu mudah. Rupa-rupanya abi sudah punya merangka pelan ini dengan begitu baik sekali.

                “Hmm…baiklah abi. Haz pergi dulu ya”, kuberdiri dengan tertumpas. Tumpasnya seorang anak ditangan seorang ayah. Kutidak mahu menjadi anak yang derhaka. Kumasih tahu adab dan perlakuan terhadap kedua-dua abi dan umi.

                Tangan kuhulur kepada abi untuk bersalam. Segera kucium tangan abi lalu kumelangkah dengan berat ke kolej.

                                                                                                ***

                Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Pulang sahaja dari kolej, kuterus terlihat sebiji kereta Myvi yang berwarna hitam gah diparkir di depan rumahku yang tidaklah sebesar gunung kinabalu. Cukuplah sekadar rumah yang memuatkan tiga anak-beranak selama hampir 20 tahun.

                Kakiku melangkah masuk dengan debaran yang teramat. Siapakah jejaka pilihan abi untuk ‘dihalalkan’ dengan anak daranya ini? Itu sahaja yang bermain di fikiran buat masa ini. Berlegar-legar persoalan di dalam kotak pemikiran.

                “Haz, akhirnya sampai juga kamu. Tetamu sudah menunggu ni. Mari masuk”, sambut abi yang duduk bersama tetamu sebaik sahaja abi melihatku di muka pintu. Kulihat tiga orang tetamu. Seorang dewasa yang sudah berjanggut putih. Memakai songkok yang terhias kemas di atas kepala. Senyuman terukir di bibir apabila matanya melihatku. Kutahu bahawa itulah si ayah.

                Tetamu kedua. Labuhnya tudung menutupi aurat sebagai seorang muslimah sejati. Jubah merah jambu yang tidaklah menjolok mata dikenakan. Cantik! Itulah perkataan yang keluar sayup-sayup dari bibirku dengan spontan. Kuyakin bahawa itu ialah si ibu.

                Di samping mereka berdua, wujud seorang jejaka yang tersenyum lebar. Manis senyumnya turut mengukirkan senyuman di bibir gadis ini. Kubukanlah tergoda. Namun senyum itu ialah sedekah. Apabila dia melemparkan senyuman, kusedia melemparkan senyuman. Jejaka hitam manis yang bersongkok seperti ayahanda. Kekacakan itu terserlah dengan  persalinan baju melayu kuning cerah. Kuyakin bahawa anak lelaki itu terdidik dengan sempurna. Tenang kulihat wajahnya yang teguh melukiskan senyuman di wajah.

                “Haz, mari sini”, panggil abi. Kududuk bersebelahan dengan abi dan meneliti wajah-wajah para tetamu.

                “Oh! Inilah anak perempuan tunggal kamu ya Ismail. Cantik rupawan. Apa namanya anakanda?”, tanya tetamu yang berjanggut putih. Kugelarkan si ayah kerana kumasih tidak mengetahui nama.

                Lantas wajahku mengukirkan senyuman. Gadis ini tidaklah secantik mana. Cukuplah sekadar berkulit putih sejak lahir. Dididik oleh umi supaya tidak bermain panas. Ya, keputihan itu jelas pada warna kulit. Kupanjatkan kesyukuran dengan apa-apayang dikurniakan oleh-Nya. Biarlah putih mahupun gelap pada kulit, kerana iman dan taqwa itu bukannya dinilai daripada luaran semata-mata.

               “Minta maaf ya sebab lambat sedikit tadi. Saya baru balik dari kolej tadi. Nama, Haziqah Nadiah Binti Ismail. Panggil Haz ja”, kumula bersuara. Nada dijaga sepertimana yang dilatih oleh abi sejak daripada kecil lagi.

               “Amboi! Menawan kuntum bagai namanya. Sedap didengar lagikan tenang ditatap”, puji si ayah. Kutersenyum tanpa berkata apa-apa. Kadangkala kusukakan pujian. Tetapi, bukannya selalu pujian dapat mengikat hatiku dengan mudah. Kumasih berfikir tentang perkara yang dikatakan oleh abi. Jejaka antara si ayah dan si ibu itu, baikkah orangnya?

                Kupandang wajah abi riang melakar senyuman. “Ish kamu ni Ayub, biasa-biasa sajalah. Anak kamu Ridzwan itu segak juga. Sedap mata aku memandangnya. Kan Ridzwan?”, cakapabi sambil mengenyit mata kepada jejaka berbaju melayu kuning cerah itu. Oh!Jadi Ridzwan nama yang diberi oleh si ibu dan si ayah. Molek nama yangkudengar. Jejaka terbabit tersipu malu apabila dipuji oleh abi. Abi dan si ayahtergelak kecil. Kukira abi dan si ayah jejaka ialah sahabat yang baik.

“Minta maafya. Ridzwan ni malu-malu alah pula jadinya bila berdepan dengan anak kamu iniIsmail. Maklumlah, dia tidak pernah berdepan dengan perempuan. Perempuan yangpaling rapat dengannya pun hanyalah kakak sulungnya dan saya sahaja”, jelas siibu pula sambil menepuk peha jejaka.

“Haz pun samasahaja. Bukannya bergaul sangat dengan lelaki. Dengan ayahnya juga asyikbergaduh ‘manja’ setiap hari. Hendak buat macam mana bukan? Anak dara inisahaja yang ada. Seorang dan setia selamanya”, umi menyahut kata-kata si ibujejaka. Kaki umi melangkah masuk ke ruang tamu. Tangan umi berhati-hatimenatang dulang yang di atasnya punya beberapa biji gelas dan seteko air thepanas.

Tergelak kecilpara tetamu termasukku, abi dan umi. Umi menghidangkan air the panas kepadapara tetamu lalu duduk di tepiku.

“Jadi, Ayob.Kita tidak mahu lengahkan masa. Mari kita bercakap tentang tujuan sebenar”, abiberkata. Tampak wajahnya masih mengukirkan senyuman. Apabila mendengarkata-kata abi, si ayah jejaka terus memulakan kata-kata.

“Alaa…tidakperlulah formal sangat. Kita ringkaskan saja. Anak kami pun bersetuju sahajakalau dia dikahwinkan dengan anak kamu Ismail. Betul ka tidak Ridzwan?”, siayah menepuk belakang jejaka. Si jejaka hanya tersenyum sambil mengangguk.Jelas kegembiraan di hati jejaka yang memang mengikut kata si ibu dan si ayah.

 

 

“SebenarnyaHaz ingin pergi ke Paris untuk menyertai pertandingan seni antarabangsa. Tetapikami rasa eloklah dia pergi dengan seorang teman. Alang-alang mencari temanuntuk seketika, lebih baik kami terus mencari ‘teman’ buat selamanya kepadaHaz. Ada sepasang mata yang memerhatikannya di sana sudah lebih daripada cukup.Lagipun, aku percaya dengan anak kamu Ridzwan. Baik orangnya. Perwatakan yangmemang cukup menepati ciri-ciri menantu yang aku idamkan”, kata abi panjanglebar. Kuhanya mendengar kata-kata abi tanpa sebarang perasaan.

“Jadi…eloklahkita kahwinkan mereka berdua sahaja. Setuju ka tidak”, sambung abi. Kali iniabi pula yang menepuk peha Ridzwan yang hanya tersenyum dari tadi lagi.

“Saya setujusahaja pakcik. Kumbangnya sentiasa bersedia, Cuma harus bertanyakan kepadabunganya pula”, si jejaka bersuara. Suara yang berbicara sebentar tadi membuatabi ketawa kecil. Amboi! Bijak berkata-kata juga ya jejaka ini.

Apabilakudengar kata-kata itu, timbul persoalan dalam mindaku. Adakahku mampumenggalas tugas sebagai seorang isteri pada usia muda sebegini? Ridzwan dandiriku tidak pernah bercinta mahupun berjumpa. Detik inilah kali pertama kamimemandang wajah masing-masing. Tidak kunafikan bahawa dia punya ciri-ciri yangbaik. Eloknya pekerti seiring dengan paras rupa yang dapat memaut hati segenapwanita di luar sana.

Kututup matasebentar sebelum berbicara. Kugagahkan diri juga untuk membalas kata-kata sijejaka. Para tetamu termasuk umi dan abi menunggu perkataan yang akan menyusuldaripada bibir gadis ini.

Kuangguksahaja. “InsyaAllah, bunga bersedia untuk menerima kumbang dalam hidupnya”,susun kataku ringkas. Akhirnya kuberbicara juga. Tutur kataku membuatku jejakatersenyum. Abi dan umi juga melakar senyuman di wajah mereka.

“Baiklah,nampaknya bunga pun sudah bersetuju. Kalau begitu, esok juga kita nikahkanmereka berdua ini. Masa sudah suntuk. Haz perlu bertolak ke Paris pada Jumaatini. Kita akan buat secara kecil-kecilan sahaja. Tidak perlu bermegah-megah.Kenduri kita boleh lakukan apabila mereka pulang dari Paris nanti. Setuju?”,lantas abi merancang satu persatu perkara.

“Haih, akusetuju sahaja. Ridzwan pun setuju. Kami semua ikut dengan perancangan kamuIsmail”

“Bagus, terimakasih Ayob”, jelas abi berasa gembira. Namun bukanku. Bukan gadis ini yangbergembira. Sepatutnya berita seperti ini harus menggembirakanku. Tetapimengapa tidak? Apa lagi yang tidak kena dengan diriku? Dimana lagi perkara yangtidak tepat?

Kuhanyatersenyum pahit. Betulkah kata-kata yang kuucap sebentar tadi. Ya Allah!Mengapa kumasih rasa sesuatu yang berbaki di dalam nurani ini. Kuharapkanbahawa inilah keputusan yang terbaik buat semua termasuk diriku sendiri.

                                                                                ***

 

Malammenjelma. Redup bumi dilindung awan yang setia berarak tidak kira siang danmalam. Bayu angina kurasakan meniup lembut hingga kekalbu. Kuberdiri di balkonibilik sambil memerhati kelipnya bintang. Indah! Sungguh indah ciptaan Allahyang menghiasi langit kegelapan. Pesona bulan yang cerah menerangi malam.Kumasih memikirkan perkara yang baru kusebut pada petang tadi. Mampukahkumenjadi seorang isteri pada usia sebegini?

Ya Allah!Kubuntu.

Langkah kakikuperlahan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Air sejuk membasahi anggotayang kuratakan dengan teliti. Abi pernah memberitahu, jika tersangkut denganperkara yang masih kurang dengan petunjuk, maka ambillah wudhu dan dirikanlahsolat sunat Istikharah. Allah itu sentiasa ada untuk membantu. Dialah yangperlu dicari setiap masa.

Selesai sahajakusarung telekung, lalu kusolat dengan penuh tertib. Khusyuknya malam ini tanpasebarang gangguan. Sunyinya menongkah arus kebingitan. Apabila solatkusempurnakan, lalu terduduk diriku di atas sejadah. Kuangkat tangan laluberdoa meminta petunjuk.

“Ya Allah,hamba-Mu ini masih lemah dalam membuat keputusan. Kuperlu bantuan-Mu.Sesungguhnya engkau ya Allah yang sentiasa benar dalam percaturan. Kumahuhasrat dan cita-citaku tercapai. Kuidamkan untuk menyertai pertandingan seniantarabangsa itu ya Allah. Kuyakin kumampu pergi seorang diri tanpa sebarangteman. Kusudah cukup besar untuk dikongkong. Tetapi ada betulnya kata abi. Kumasihseorang wanita. Tetapi perancangan untuk mengahwinkanku dengan jejaka yangkutidak pernah kenal mahupun cinta membuatkan kusedih”, bisikku di hujungbibir.

Tanpa kusedar,sudah berjurai-jurai air mata jatuh membasahi pipi.

“Kumohonpetunjuk daripada-Mu, sama ada pengorbanan yang kulakukan ini berbaloisemata-mata untuk mencapai hasratku. Cita-cita? Atau kehidupan rumah tangga?Kuserahkan petunjuk kepada-Mu. Amin…”, lalu kusapu kedua-dua tapak tangan kemuka. Air mata kulapkan dengan telekung putih.

Tiba-tibakuteringat akan kata-kata umi sewaktu kukecil lagi.

“Cita-cita akan tercapai dengan usaha yangberterusan. Lakukanlah apa-apa yang kamu yakin dengan Allah. Kehidupan lebihpenting daripada suatu hasrat. Kehidupan ini akan kamu corakkan dengan warnakamu sendiri. Bukan dengan warna umi mahupun abi. Berdirilah dengan kaki kamusebagai seorang Haziqah Nadiah. Umi yang lahirkan kamu ke dunia ini. Umi mahukamu berjaya dan sentiasa gembira" – umi

Kata-kata umimembuatkan kutersedar. Tidak! Tidak! Ini bukan diriku.

Terus kucapaitelefon pintar yang ada di atas meja. Kumenelefon Ridzwan dengan segera.Deringan muncul sebaik sahaja jariku mendail nombor yang baru kudapat sebentartadi.

“Assalamualaikun,ya Haz, ada apa?”, jawab Ridzwan. Sebaik sahaja mendengar suara Ridzwan,kutarik nafas dalam-dalam. Baiklah! Apa hendak jadi pun, jadilah! Ini hidupku.Ini pilhan hidupku.

 

“Waalaikumussalam.Ridzwan. Saya akan terus mengaku dengan jujur. Tiada tapisan kata-kata. Ya,kamu memang seorang yang sangat baik Ridzwan. Sungguh baik. Calon suami yangabi cari memang terlihat cukup sempurna. Tetapi sempurna kamu belum cukup untukmenambat hati ini. Kita tidak pernah bercinta. Kita tidak pernah berjumpa. Umurini masih belum dapat menerima jejaka yang akan menemani dalam liku-likusepanjang hayat”, kataku dengan kekuatan dan kecekalan yang berbaki di dalamhati.

“Tapi Haz,cinta itu dapat kita wujudkan walau selepas berkahwin…”, suara Ridzwan yangcuba mempertahankan hubungan.

“Haz tahu itu.Haz tahu. Haz bersetuju hanya kerana Haz mahu pergi ke Paris. Jika Haz tidakberkahwin, maka Haz tidak dapat menunaikan hasrat Haz. Haz memang punyakeinginan yang teramat untuk menyertai pertandingan seni itu. Seni ialah salahsatu bahagian yang membentuk hati gadis ini. Haz cintakan seni. Tetapi, untukberkahwin dan mendirikan bahtera rumah tangga, Haz rasa Haz masih tidak layakdan tidak mampu buat masa ini”

“Jadi, kalauHaz mahu batalkan perkahwinan ini, Haz tidak akan dapat pergi ke Paris. Haztidak akan dapat menyertai pertandingan seni itu. Apa gunanya…”

“Ridzwan,dengar sini. Impian Haz memang penting. Mungkin inilah satu-satunya peluanguntuk Haz menjejakkan kaki ke arena seni dengan lebih mendalam.Tetapi…kehidupan Haz lebih penting. Hidup ini yang akan Haz corakkan dengansendiri. Biarlah Haz tidak dapat pergi ke pertandingan itu, asalkan Haz tidakmenipu diri sendiri. Haz tidak mahu berkahwin dengan Ridzwan, mahupun sesiapa.Haz masih muda. Minta maaf. Haz minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.Haz akan minta maaf pada keluarga Ridzwan. Jangan risau, tentang abi dan umibiarlah Haz yang uruskan. Haz pohon supaya hormat akan keputusan ini” terangkukepada Ridzwan.

Lega hatikusejurus melepaskan kata-kata yang terpendam di dalam hati. Ini bukan permainan.Jadi kuharus bercatur dengan baik. Soal hidup jangan diambil ringan. Kelakbinasa kalau tersalah tentukan.

“Assalamualaikum.Haz perlu pergi dulu. Minta maaf menganggu”, kata-kataku sebelumku memutuskantalian.

Tidakmengapalah, pertandingan seni itu hanya sesuatu bonus untukku melangkah kepersada kesenian. Biarlah terdapat sekelumit kekecewaan yang masih berbaki.Kurela berkorban demi hidup yang kumahu corakkan dengan sendiri.

Tubuh initerasa seperti kehabisan tenaga. Kuterbaring di atas katil yang lembut dengantelekung yang masih membaluti badan. Sejuknya malam ini. Mataku terpejam.

Sedar sahajadaripada lena, kulihat jam sudah menunjukkan tepat 8:30 malam. Bermakna solatIsya’ sudah boleh kutunaikan. Kaki ini bingkas menuju ke bilik air sekali lagiuntuk mengambil wudhu. Lalu, kutunaikan solat Isya’ dengan penuh khusyuk.Selesai solat, kubuang telekung yang membaluti badan. Kulipat kain putih itudengan cermat lalu kusimpan di dalam almari baju. Pada masa yang sama, ketukanpintu tiba-tiba menggertakku.

 

“Haz, mariturun makan cepat. Umi dengan abi sudah menunggu”, panggil umi. Oh! Terlupapula diriku bahawa ini ialah waktu makan malam kami sekeluarga.

“Baiklah umi,Haz turun”, balasku dengan segera. Kakiku melangkah turun ke meja makan dengansegera. Debar hati ini melihat umi dan abi. Oleh kerana baru sahaja sebentartadi kuhancurkan segala perancangan abi dan umi, maka diri ini terasa takut.Tetapi kupuas kerana itulah keputusan yang kumahu.

Sebaik sahajakusampai di meja makan, terus tanganku menyambut tangan abi yang duduk di situ.“Abi, Haz minta maaf. Haz beritahu Ridzwan yang Haz tidak mahu kahwin. MaafkanHaz abi sebab rosakkan perancangan abi”, mulutku spontan melemparkan kata-kata.Abi melihatku sambil tersenyum.

“Kalau ya punduduklah dahulu”, abi menyuruhku duduk. Lantas, kududuk di kerusi yang ada disebelah abi.

            Abi mengusap lembut kepalaku. “Abi yang perlu minta maaf sebenarnya. Abi cuma hendak yang terbaik untuk anak abi. Namun, abi rasa abi sudah melampaui batas. Abi tidak patut merancang hidup kamu. Ridzwan sudah menelefon abi dan memberitahu segalanya. Tepatlah apa-apa yang kamu beritahu Ridzwan. Abi terima keputusan kamu”, jelas abi yang mengukirkan senyuman ikhlas kepadaku.

            Kupeluk abi dengan erat. Tidak mahu kulepaskan pelukan itu untuk seketika. Abi juga melingkarkan kedua-dua tangannya lalu memelukku. Terima kasih abi.

            “Bagaimana pula dengan hasrat Haz untuk pergi ke pertandingan seni itu?”, tanya abi memecahkan suasana sepi. Umi hanya sibuk menyediakan juadah di dapur. Hanya dua beranak ini sahaja yang sedang berbicara.

            Nafas kukeluh. Hmm. “Haz rela berkorban demi hidup Haz abi. Lagipun pasti ada hikmahnya. Haz memang mahu pergi tetapi…”

            “Jadi, pergilah” cakap abi. Kuterkejut untuk seketika. Speechless. Betulkah kata-kata yang baru sahaja keluar daripada mulut abi? Atau abi ingin mempermainkanku sekali lagi.

            “Maksud abi?”, kutanya kembali.

            “Abi benarkan kamu pergi ke Paris. Sertailah pertandingan seni antarabangsa itu wahai anakanda. Ini ialah peluang keemasan. Abi izinkan”

            “Tapi abi, siapa mahu temankan Haz?”

            “Tidak mengapa, kamu sudah besar panjang. Abi percayakan kamu. Kamu pandai menjaga diri. Keyakinan abi tidak pernah sedikit pun kurang kepada kamu”, kata abi sambil tersenyum lagi.

             Kuamat terkejut. Air mata gadis ini menitis sekali lagi. Syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya abi memberikan keizinan kepadaku. Abi, terima kasih kerana menjadi seorang ayahanda yang sentiasa memahami kemahuan dan keinginan anak gadismu ini. Walaupun terkadang nakal, abi tetap teguh melayan. Terima kasih abi.

                                             ***

           Sinaran mentari memancar menyuluh bumi Paris. Finally, I’m here in Paris.Yes.Teruja gadis Melayu ini apabila menjejakkan kaki di Paris. Alhamdulillah. Pertandingan seni antarabangsa itu sudah selesai dilaksanakan kelmarin. Sudah hampir seminggu kuberada disini. Kumula rindu kepada Tanah Melayu yang sentiasa kekal di hati.

           Biarpun kutidak berjaya untuk meraih gelaran juara, naib juara mahupun tempat ketiga, kugembira dengan pencapaian diri sendiri. Oh ya! Kutelah menerima penghargaan yang amat menggembirakan. Kudianugerahkan sijil “Rising Art-Star” dalam pertandingan itu. Alhamdulillah. Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati ini berbunga. Kupertaruhkan sebuah lukisan yang bercorakkan bunga-bungaan. Dedaun kulukis dengan teliti. Hijaunya menyeri lakaran.

          Seniku masih belum mampu menandingi seni-seni pelukis yang lain. Mereka semua hebat-hebat belaka. Kulihat terlalu banyak lukisan yang amat teliti dilukis. Kukira bakatku masih tidak setanding dengan mereka. Tetapi, tidak salah untuk kumencuba nasib. Biarlah kalah kerana pengalaman itu lebih penting.

          Kuhirup udara segar di Taman Luxembourg. Indah sekali bunga-bungaan yang terhias di sepanjang jalan. Cantik sungguh pasu-pasuan yang tersusun kemas. Ini ialah sebuah taman yang terkenal di Paris. Kuterlihat sebuah gerai aiskrim di tengah taman. Maka terus saja kutuju ke situ tanpa memikirkan apa-apa.

          “One chocolate ice-cream, sir”, kataku kepada penjual aiskrim tersebut. Lalu kubuka beg galas dan mencari dompet. Alamak! Pelik! Dimanaku letakkan dompetku?

           Kucari dengan teliti. Kulihat setiap bahagian dalam beg galasku. Tetap tidak ada tanda-tanda dompet merah jambu yang kuselalu bawa ke mana-mana sahaja kupergi. Aduh! Duit semuanya kuselitkan di dalan dompet itu. Kumula risau.

         “Emm…Excuse me, miss…is this your purse?”,suara seorang lelaki memecah kebuntuanku. Ya Allah! Nasib baiklah dompetku muncul kembali. Lelaki itu tinggi sedikit daripadaku. Kulihat kulitnya tidaklah terlalu putih seperti lelaki inggeris yang lain.

         “Oh ya! Thank you so much, sir. Thank you so much. Want ice-cream? I’ll pay it for you”, kataku bersahaja.

          “No, it’sokay. Emm, sir…” lelaki itu menegur penjual aiskrim yang menunggu wang daritadi.

           Lelaki itu mengeluarkan wang daripada dompetnya lalu menghulurkan wang itu kepada penjual aiskrim. “Keep the change”, katanya. Kutidak tahu untuk berbuat apa-apa.

          “Take your ice-cream, miss”, kata lelaki itu. Kumasih dalam keadaan ‘blank’. Kuambil sahaja aiskrim itu lalu mengikut lelaki itu yang sudah berjalan pergi. Kuberjalan bersebelahan dengannya.

          “Miss, it’s not good to eat while you’re walking. Let’s sit first”, bicara lelaki itu. Kuhanya tersenyum. Kami berdua duduk di salah satu kerusi panjang yang disediakan di Taman Luxembourg. Kunikmati aiskrim bersama pemandangan yang indah. Kulihat burung kelicap berwarna biru berterbangan di bunga-bungaan.

          Lelaki itu hanya menemaniku. Sekali sekala sekilas dia memandangku lalu ketawa kecil. “Where did you come from?, miss”, soal lelaki itu. Kukira dia seorang yang ramah. Dari segi percakapannya yang lemah lembut, kutahu dia seorang yang baik.

          “Malaysia”, jawabku bangga dan ringkas.

          “Oh really? Me too. Orang Melayu la kita berdua ini? Hahaha”, balas lelaki itu. Laaa…rupa-rupanya lelaki itu orang Melayu juga. Patutlah wajahnya tidak terlalu seperti lelaki inggeris.

           “Ya Allah, betulkah? Tidak saya sangka dapat bertemu dengan orang Malaysia juga dalam keadaan sendirian sebegini. Boleh saya tahu nama awak? Terima kasih kerana memulangkan dompet saya sebentar tadi. Kalau tiada awak, tak tahulah apa-apa yang akan terjadi”, kataku ikhlas. Syukur ku panjatkan kepada-Mu ya Allah.

           Lelaki itu melukiskan senyuman. “Adam Haikal. Boleh panggil Adam sahaja. Awak?”

          “Haziqah Nadiah. Panggil Haz”

          “Lain kali jaga dompet itu elok-elok. Jangan jatuhkannya. Mujurlah saya yang jumpa dompet itu sebentar tadi. Awak jatuhkannya di pintu masuk taman. Hati-hati tahu. Jangan cuai”, pesan Adam kepadaku. Hmm…Kuakui, kecuaianku amatlah besar sebentar tadi. Mujurlah ada insan yang bernama Adam ini membantu. Mungkin Allah aturkan untukku bertemu dengannya.

            Kuberterima kasih kepada Adam lagi. Adam hanya tersenyum sambil memerhatiku menikmati aiskrim.

           “Saya sebenarnya datang ke sini untuk menyertai pertandingan seni antarabangsa. Tiada rezeki untuk membawa pulang sebarang gelaran. Namun ada juga saya peroleh sijil penghargaan yang cukup menggembirakan. Awak memang datang ke sini untuk melancongkah?”, tanyaku spontan. Sengaja kumahu bertanya kepada Adam. Entah mengapa kurasa selesa disampingnya.

           “Eh! Sekejap ya…saya harus pergi sebentar. Tunggu disini ya”, kata Adam lalu terus melangkah pergi dengan cepat.

            Kulihat Adam berlari dengan kekalutan. Mungkin ada kecemasan. Kuhanya tunggu sambil menikmati aiskrim yang berbaki di tangan. 5 minit. 10 minit. Akhirnya, hampir 15 minit kutunggu di kerusi panjang. Tidak muncul-muncul sekujur tubuh yang kutunggu dari tadi. Kecewa di hati ini. Kuberdiri dan bersedia untuk melangkah pergi, namun, tiba-tiba…

            “Miss, here, someone gives this to you. He sent me to you to give this flowers and this card”, sapa seorang lelaki inggeris. Kuterima sahaja bunga dan kad yang diberikan olehnya.

             Saat mataku memandang bungaan yang diberi itu, kujatuh cinta dengan wangian dan kecantikannya. Kubuka kad itu. Tertulis patah-patah perkataan.

             Kududuk kembali dan kubaca satu persatu. Walaupun kutidak tahu orang yang mengirimkannya, kutetap membaca tulisan yang terkarang di atas kad tersebut.

            “Assalamualaikum and hai. It’s good to meet you. I am so happy. We call this Azalea. Bunga itu cantik ibarat permata. Jagalah bunga itu dengan baik ya. Oh ya! Saya memang menetap disini. Pulanglah ke Malaysia dengan selamat. Tahniah dengan kejayaan yang dicapai. Saya perlu pergi dahulu…semoga takdir mempertemukan kita berdua kembali” – Adam

             Hatiku berasa sedih dengan tiba-tiba. Adam pergi dengan begitu sahaja. Kuharap kudapat bertemu dengan Adam sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih. Namun, kenangan ini sahaja yang kuada. Bunga Azalea.

                                           ***

             Sejak peristiwa kecil dan sekejap itu, hari-hari berlalu seperti biasa. Kusudah pulang ke Malaysia. Kusimpan bunga Azalea itu di dalam bilikku. Setiap hariku akan pastikan bahawa bunga Azalea itu sentiasa subur. Kuakui, rinduku pada Adam akan muncul sebaik sahaja wangian Azalea itu menusuk deria bau.

             Akhir-akhir ini, kuberusaha dalam aktiviti seni. Kulukis dan lakar berbagai-bagai pemandangan. Terutamanya bunga-bungaan Azalea. Kupelik mengapa peristiwa yang amat singkat itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri ini. Lukisan bunga Azalea memenuhi dinding-dinding bilik. Hiasan yang kusuka.

              Haziqah Nadiah ini juga bergiat aktif dalam penulisan blog. Kudikenali dengan nama pena, ‘Hz’. 

“Kadangkala peristiwa yang kita tidak pernah terfikir akan keistimewaannya pun mampu menjadi peristiwa yang teristimewa dalam hidup kita. Ingatlah, Allah itu mengatur hidup dengan baik sekali. Jangan pernah dipersoal segala dugaan dan cabaran yang ditimpa” – Hz

               Kudoa pada Allah supaya dipertemukan kembali dengan Adam. Biarlah sekejap, asalkan kudapat bertanya tentang pemergiannya secara tiba-tiba.

               Cinta? Kutidak mampu memberikan apa-apa komen tentang itu. Rindu? Ya! Kurindukan jejaka yang kutemu di bumi Paris walaupun sekejap. Memori akan kekal sebagai memori. Ini ialah memori yang indah. Bunga Azalea itu sudah menjadi sebati dalam hidup gadis ini.

               Oleh kerana itu, kugelarkan kisahku ini sebagai Norma Azalea.



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan