Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
SI CHANTIQUE NAKAL
SI CHANTIQUE NAKAL
Nur Rihhadatul Aisya
583
Bacaan





Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 12 Januari 2018

************************************************************

TAJUK: SI CHANTIQUE NAKAL

"Woi, lepaskan aku!" Jerit aku sambil meronta-ronta dalam dukungan seorang lelaki. Sudahlah aku tidak kenal siapa jejaka ini terus dia menggendong aku seperti guni di bahunya. Terus terbit idea nakal aku apabila mencubit punggung miliknya.

"Oi!" Jeritnya.

"Baik kau diam je. Sebelum aku campak kau dekat dalam hutan bagi harimau ngap kau."

"Eh, ingat aku takut ke?"

"Ish, budak ni kaki menjawab betullah. Kenapalah orang tua tu suruh aku handle budak ni, pening kepala." Aku dengar dia merungut. Dia mengacah untuk mencampak aku dari tingkat 25 bangunan Megah Building Corporations, terus aku melilit tanganku dilehernya lebih erat. Siapa sahaja tak cuak jika diugut untuk dicampak dari banguan tinggi. Sia-sia sahaja aku mati dibunuh dengan cara campak ke bawah. Eh, kucing yang ada Sembilan nyawa pun boleh mati sekelip mata jika dibaling setinggi ini. Apatah lagi aku, manusia. Berkecai teruk otakku. Aduhai, bayangkan sahaja sudah cukup ngeri.

"Kau berani menjawab lagi, aku tak teraga-agak untuk campak kau." Terus aku berdiam.

Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku apabila dia menggendong tubuhku dengan cara begitu di dalam lif. Bos yang ingin menegur aku halang dengan cara membuat gaya zip mulut supaya tidak menimbul apa-apa perbualan. Semakin ramai yang melihat dia, semakin bawah topinya ditarik. Tidak mahu sesiapa mengecam wajahnya, mungkin.

Sampai sahaja di lobi bangunan, dia mengarahkan aku membukakan pintu kereta miliknya. Uish, mahal gila kereta ni. Dia mencampak aku dibahagian penumpang bersebelahan pemandu. Lagipun, kereta ini hanya ada dua tempat duduk sahaja. Nasib baiklah seat keretanya lembut, tapi sakit jugalah pinggul dan pinggang aku dibuatnya. Dia seperti tahu yang aku ingin cuba melarikan diri terus ditekan auto lock. "Haish." Dengus aku.

"Bukalah pintu ni!"

"Kalau aku tak buka, kau nak buat apa?"

"Aku gigit kau." Kata aku yang terus memegang lengannya. 'Huish, berotot. I like.'

"Kau ni nak gigit aku atau raba aku?" Pertanyaan dia terus membuatkan aku menarik semula tangan.

"Kenapa kau ada dekat sini?" tanya dia.

"Kerja."

"Kau nak memperbodohkan aku ke?"

"Kenapa pula?"

"Kau tu baru umur 17 tahun. Budak sekolah!"

"Erk." Aduhai, macam mana dia tahu umur sebenarku. Bos yang cuba menegur tadi sebenarnya abang aku dan aku rasa juga yang abang kenal dengan lelaki ini. Mungkin salah seorang dari orang bawahan atuk aku.

"Kau tu siapa nak cakap aku budak sekolah?!" Tangan dia cuba menyingkap skirt pendek aku. Aku menepuk tangannya.

"Apa masalah kau?!"

"Eh, masalahnya kau. Kenapa kau tak pergi sekolah?! Tak pasal-pasal aku kena cari kau angkut kau balik."

Aku menarik dagunya yang tajam itu. Kenapa dekat dengan dia membuatkan hati aku berdegup laju dan bibir merahnya itu seperti memanggil-manggil aku. Dia menolak dahi aku. "Aduhai, terlepas."

"Kau ni memang perempuan murah yea?"

"Sampai begitu sekali ke kau nampak aku?"

"Eh, perempuan mana je yang tak tahu malu sentuh punggung lelaki."

"Kau rasa tercabul ke?" Tanya aku. Terlepas ketawa aku apabila dia berdiam.

Badannya rapat dengan aku. Kami saling pandang. Wajahnya semakin dekat. Mata aku tidak lepas pandang bibirnya yang merah bak delima sedang masak ranum. "Aku tahu kau tu anak orang kaya-kaya. Tapi, aku tak naklah membazirkan duit aku untuk bayar saman semata-mata kau tak pakai tali pinggang."

"Nama kau siapa?"

"K."

"K?"

"Haah."

Mata aku tidak lepas memandang dia yang sedang fokus memandu.

************************************************************      

"Atuk!" Aku memeluk erat tubuh atuk kesayangan aku yang asyik memandang kolam renang.

"Chantique, kamu ni dari mana sahaja?"

"Pejabat abang."

"Buat apa kamu disana?"

"Kerja."

"Kamu tu budak sekolah."

"Tapi, bosanlah sekolah."

"Kenapa pula?"

"Terima kasih, K." K menunduk hormat kepada atuk dan terus berlalu pergi meninggalkan kami berdua.

"Atuk, siapa dia? Budak baru ke?"

"Lama dah. Cuma dia baru sahaja sampai dari Rome."

"Rome? Jauhnya."

"Teringin nak pergi?"

"Nak!" Aku berkata teruja.

"Kamu ni Chantique, pandai tukar topikkan."

"Hehehe. Atuk dah makan? Kenapa duduk dekat sini sorang-sorang?"

"Ish, kamu ni. Kuat bebel macam nenek-nenek sahaja."

"Sorry, buat atuk risau. Tapi, semua budak dekat sekolah tu tak suka Chantique. Cikgu-cikgu dekat sekolah tu pun benci tengok muka Chantique."

"Sebab cucu atuk ni nakal sangat."

"Eh, Chantique cuma cakap apa yang betul. Cikgu-cikgu dekat sekolah tu semua nak menggatal dengan anak murid. Kalau lawa tak apa juga, ni masyaAllah. Budak-budak tu pula memilih kawan, yang kaya je nak dikawan. Habis, budak-budak yang tak sama taraf dengan diaorang tu dibuli. Chantique pun bulilah balik. Apa kata Chantique belajar dekat rumah je."

"Kamu nak belajar dekat rumah?"

"Haah." Aku mengangguk bersungguh tanda mahu keluar dari sekolah neraka itu. Lagipun sekolah yang aku belajar sekarang ialah international school.

"Tapi, ada syarat." Atuk ni tahu sahaja cara nak merangkap aku.

"Syaratnya apa?"

"Atuk yang akan pilih tenaga pengajarnya."

"Cun. Chantique setuju."

"Good girl. Abang kamu sihat?"

"Alhamdulillah, sihat je."

"Dia marah atuk lagi ke?"

"Abang tu sekejap je merajuknya."

"Atuk cuma nak Vince gantikan tempat atuk."

"Tapi, atuk. Bidang yang abang minat sama dengan arwah ayah. Biarlah dia teruskan bisnes ayah dan Chantique yang ambil alih tempat atuk."

"Tak boleh!" Tegas atuk.

"Ok, ok. Chantique tak paksa, tapi kalau atuk ubah fikiran. Beritahu sahaja Chantique." Aku mencium pipi atuk dan terus melangkah naik ke bilik. Flying kiss aku berikan kepada K tanpa segan. Dia hanya menggelengkan kepala dan aku mengekek ketawa.

Aku memandang siling bilik yang memaparkan langit gelap bertaburan sinaran bintang. Tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk aku pujuk atuk melepaskan takhtanya. Takhta kumpulan mafia Red Eagle.

Nama atuk ialah Samuel Diego. Ketua mafia Red Eagle yang berasal dari kota Rome. Sewaktu atuk ingin menguruskan satu bisnes bersama salah satu mafia yang ada di Malaysia, dia bertemu jodohnya dengan nenek aku. Seorang gadis melayu kampung berasal dari negeri Perak. Mereka bertemu di kampung nenekku, waktu itu nenekku yang merupakan anak yatim piatu bekerja sebagai tukang masak di gerak milik isteri ketua kampung. Kiranya, atuk jatuh cinta dengan masakan nenek. Bonus buat atuk kerana nenek juga cantik dan sopan orangnya. Atuk menetap di kampung itu selama setahun untuk belajar agama dengan ayah nenek. Ayah nenek merupakan ustaz mengajar agama dalam kampung itu. Atuk memberanikan diri dengan meminang nenek. Alhamdulilah, mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki. Atuk juga membuat keputusan untuk terus menetap di Malaysia bersama isterinya yang tercinta.

Anak sulung atuk ialah Rendrique iaitu arwah ayah aku. Keduanya, Renzrique atau aku lebih senang memanggilnya ayah ngah dan akhir sekali Rafique aku menggelarnya ayah chik. Arwah ayah, ibu dan nenek meninggal sewaktu aku berumur 6 tahun. Mereka terlibat dalam kemalangan. Walaupun, atuk merahsiakan perkara sebenar, tapi aku tahu yang kemalangan itu rencana musuh atuk yang masih kini aku tidak tahu siapa dalangnya. Cuma, aku ada tahu yang musuh atuk ini juga berasal dari negara asal atuk.

Berkaitan dengan Red Eagle, tiada seorang anak lelaki atuk yang ingin menggantikan tempatnya termasuk juga ayah. Hal ini kerana, anak-anak lelaki atuk tidak mahu terjebak dalam dunia gelap mafia lagi kerana ia boleh mengancam nyawa mereka. Tapi, disebabkan arwah ayah merupakan anak sulung, arwah membuat keputusan untuk menolong atuk mengendalikan Red Eagle. Tapi, tidak lama. Selepas kehilangan, anak sulung, isteri dan menantu sulungnya, atuk cuba melatih abang Vince untuk mengetuai Red Eagle. Tapi, abang Vince berkeras tidak mahu. Dia hanya ingin menumpukan kerjayanya dalam mengembangkan lagi bisnes milik arwah ayah. Aku faham niat abang Vince, jadi untuk memulihkan hubungan antara atuk dan abang Vince aku senyap-senyap belajar mengendalikan Red Eagle tanpa pengetahuan atuk. Itu pun dibantu oleh Miqael, orang kanan atuk.

Pernah juga aku tertanya-tanya kepada diri sendiri kenapa aku berminat sangat ingin mengetuai Red Eagle. Tapi, tiada jawapan. Mungkin sebab aku rapat dengan atuk sejak dari kecil. Atuklah ibu dan ayah aku. Kemana sahaja atuk pergi, tidak kira sewaktu menguruskan Read Eagle atau tidak pastinya aku diangkut sekali. Jadi, mungkin dari situ menimbulkan minatku. Malah, darah milik Samuel Diego berada dalam badan aku.

Aku bangun dari katil. Tubuh yang tersarung lingerie hitam jarang yang menampakkan lekuk tubuhku membuatkan aku senang melihat pantulan cermin. Jatuh cinta dengan tubuh sendiri. Maklumlah, sebelum ini aku sangat gemuk dan bulat sehinggakan doktor mendiagnos aku obesity pada usia muda. Malah, ejekan rakan-rakan sekolah yang tidak mahu berkawan denganku kerana bentuk tubuhku yang bulat dan hodoh membuatkan aku rasa rendah diri dan ingin membunuh diri.

Pergelangan tangan kanan aku usap. Disitu masih ada kesan kelaran pisau. Ya, aku pernah cuba untuk membunuh diri. Tika itu, umurku dalam belasan tahun. Abang Vince dan atuk sangat risau keadaan aku. Seminggu aku menyalahkan mereka kerana cuba selamatkan aku.

Teringat pesan abang Vince, "Chantique, abang dan atuk sudah kehilangan ibu, ayah dan nenek. Tak akan, Chantique juga ingin pergi meninggalkan kami berdua. Tidak ke Chantique rasa yang kiamat akan berlaku dalam rumah ni jika hanya ada kami berdua? Abang Vince dan atuk sangat sayang Chantique. Biarlah orang dekat luar sana tidak suka dengan adik abang, tapi abang akan tetap sayang Chantique."

Keesokan harinya aku bangun dengan azam untuk hidup sihat. Malah, Malique juga mengajar aku segala seni pertahankan diri. Antaranya, silat, taekwando, muay thai dan banyak lagilah. Malah, sebaik sahaja atuk dengar azamku yang ingin hidup sihat, dia telah mengubah bilik tetamu yang berada disebelah bilikku menjadi bilik gym. Khas untukku bersenam dan berlatih.

Alhamdulillah, dua tahun selepas itu aku berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.

************************************************************  

"Morning!" Sapa aku kepada semua yang berada ruang makan. Seperti biasa, good morning kiss di pipi atuk yang sedang asyik membelek surat khabar.

"Selamat pagi, miss Chantique." Tegur mereka semua. Mereka itu merupakan anak-anak buah atuk.

"Makan, makan."

Aku pandang K tajam. Suka hati mak nenek dia sahaja duduk di tempat aku.

Bangun!

Tak nak.

Ni tempat aku. Bangunlah...

Atuk mematikan pandangan aku kepada dia. "Kenapa tak duduk lagi, Chantique?"

"Tapi, K duduk tempat Chantique."

"Banyak lagikan tempat yang kosong." Kelip mataku mendengar kata-kata atuk.

"Chanti."

"Miss Chantique, duduk sebelah saya." Kata Leo. Aku rasa nak lanyak-lanyak je lelaki ni. Tak pernah-pernah atuk melebihkan sesiapa kecuali aku. Malah, jika bergaduh dengan abang Vince pun atuk akan memenangkan aku. Tapi, ini K. K! Bukan siapa-siapa. Berat hati dan langkahku menapak ke ruang kosong sebelah Leo.

"Duduk sini." Dia menarik tangan aku dan membuatkan aku duduk diatas ribanya.

Manakala yang lain dah terkejut beruk. Tapi, tidak atuk dan Miqael.

"K." Aku dah tersenyum kerana tidak sabar mendengar Samuel Diego mengaum.

"Iye, atuk."

"Atuk?!" Dia selamba sahaja memanggil ketua Red Eagle dengan panggilan atuk.

"Mulai esok kamu akan jadi tenaga pengajar Chantique. Ajarkan dia semua subjek yang septutnya budak sekolah tingkatan 5 belajar. Jangan risau, dalam bilik Chantique sudah ada whiteboard besar. Kalau ada apa-apa untuk ditambah berkaitan buku, beritahu pada atuk."

"Atuk!"

"Iye, Chantique?" Atuk memandang aku sekejap. Kemudian, kembali fokus pada surat khabar.

'Eh, kenapa atuk tak marah mamat ni?' soal hatiku. Aku cuba bangun tapi dia mengunci gerakan aku. Pinggangku dipeluknya menggunakan sebelah tangan.

"Stay." Bisiknya ditelinga aku.

Aku yang memang dikenali sebagai Miss Naughty terus menggesel kakiku dengan kakinya. Tapi, tiada reaksi. Beku macam polar bear betul si K ni. Aku mengusap-ngusap perutnya dan aku rasa ketulan-ketulan musclenya. Anehnya bukan dia yang tergoda tapi aku sendiri tergoda. 'Who is this man?' tanya hatiku sendiri.

"Chantique."

"Ya, atuk."

"Behave." Tersedak aku yang sedang menghirup minuman coklat Cadbury panas kegemaranku.

'Kenapa pula Chantique yang kena behave, bila dimana mamat baru ni selamba meribakan cucu atuk?!' jerit batinku.

"Selamat pagi, atuk, Chantique." Tegur abang Vince yang sudah segak berpakaian baju kemeja dengan blazer.

"Morning, prince charming."

"No kiss for me?" tanya abang yang sedang gigi roti sapuan jem oleh aku.

"Erk, K. Let me go." Aku bisik ditelinga dia. Eh, baik pula dia melepaskan aku. Terus aku mendekati abang Vince dan mencium pipinya.

"Chantique nak ikut abang pergi office?"

"No!" Atuk mencelah.

"Tapi, bolehlah atuk. Esokkan baru kelas Chantique mula."

"K akan teman dia." K bersuara.

"No, Chantique akan pergi dan balik dengan abang Vince. I know how to take care of myself."

"Atuk akan lepaskan Chantique ikut abang Vince, dengan syarat. K ikut."

"What?!" Aku dah buat mata pussy cat kepada abang Vince.

"Atuk, biarkan sahaja adik ikut abang. Abang akan jaga adik."

"Aku tak percayakan kau. K, ikut Chantique."

"Atuk, apa cakap macam tu dengan abang." Aku dah pukul manja bahu atuk. Selalu sangat atuk berperangai kebudak-budakan menunjuk protes sebab abang tidak mahu mengetuai Red Eagle.

"Fine, fine."

"For your information, K akan jadi bodyguard Chantique bermulai hari ni."

"Kenapa pula Chantique perlu bodyguard bagai?" tanya abang Vince.

"Supaya ada someone boleh tengokkan dia."

"Tapi, Chantique bukan budak-budak."

"Selagi, Chantique hidup dengan atuk selagi tu Chantique dibawah pengawasan atuk."

"Kalau K berhenti sebab Chantique, jangan salahkan Chantique."

"Chantique Edoira."

"Ok, atuk. Chantique Edoira menuntut perintah, tuanku." Terus mati seleraku.

"Jom, abang." Aku memeluk lengan abang Vince selepas mencium tangan atuk seperti biasa sebelum keluar dari Villa Diego.

"Wait." K menegah.

"What?" Aku menoleh memandang dia.

"Naik atas tukar seluar."

"Kenapa?"

"Sekarang, Chantique. Kalau tak, kau tak akan keluar dari villa ni lansung."

"Atuk..."

"Dengar sahajalah cakap K, Chantique." Haish, berat sahaja langkahku memanjat tangga semata-mata ingin menukar seluar.

************************************************************  

"Kevin, kau ni berkeras sangat dengan Chantique." Vince menepuk bahu sahabatnya.

"Adik kau tu keras kepala. Ikut perangai siapa? Sebab setahu aku, ayahanda dengan bonda lembut je orangnya. Kau pun lembut."

"Menurun perangai atuk Samuel la. Siapa lagi."

"Kau tahu kenapa dia berkeras nak pegang Red Eagle?"

"Sebab dia tak nak atuk yang dah tua tu membebankan diri lagi. Dia selalu korbankan masa dan impian dia untuk atuk. Tapi, siapa tak kenal Samuel Diego. Mafia yang tidak akan sama sekali memberikan takhtanya kepada mana-mana keturunan perempuan. Cukuplah hanya mak atuk seorang menjadi mangsa dalam kancah mafia."

"Aku tengok Chantique bukan seorang yang cepat mengalah." Kevin membuat konklusi. Walaupun dia berada di Rome, tidak bermakna dia tidak tahu apa-apa pasal Red Eagle yang bertapak di Malaysia lebih dari 20 tahun. Sedangkan di Rome sahaja, Red Eagle sudah berusia 75 tahun.

"Kenapa tiba-tiba kau datang Malaysia?"

"Ayah ngah dan ayah chik yang suruh."

"Eh? Kenapa tiba-tiba? Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Black Crow tahu kewujudan Chantique."

"What?"

"Francisco. Kau kenal nama tu?"

"Rasanya macam Chantique pernah sebut beberapa bulan lepas. Tak salah aku, Francisco ni gym instructor."

"Tu identity palsu dia. Nama sebenar dia Ferdy Gonzalez. Anak lelaki Gonzalez yang akan memegang Black Crow beberapa bulan lagi."

"Shit!" Vince dah memaki. Ingatkan nama Gonzalez sudah lenyap dibumi Rome beberapa tahun lepas menandakan Black Crow sudah tidak wujud lagi. Tapi, dia silap. Gonzalez bijak menyembunyikan anak lelakinya. Pasti si Ferdy akan cuba membunuh Chantique.

"Ferdy tak bercadang untuk membunuh Chantique. Malah, dia merancang untuk memikat dan mengahwini Chantique. Hanya dengan cara itu, dia dapat menyeksa adik kau perlahan-perlahan."

"Ferdy tu tak akan mampu buat macam tu." Aku mencelah. Mereka berdua terkejut melihat aku yang datang dari belakang.

"Untuk jadi seorang pembunuh upahan dan mafia, kena peka dengan keadaan sekeliling. Kalau tak, jangan gelar diri tu mafia." Tambah aku lagi sebelum masuk ke dalam perut kereta milik K.

"Apa maksud dia?" Vince tanya kepada K. K mengangkat bahu kerana dia sendiri juga tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Chantique.

"Apa yang kau maksudkan dengan Ferdy tak akan berjaya dengan rancangan tu?"

"Kenapa kau nak tahu?"

"Aku perlu tahu!"

"Mata tu fokus dekat jalan. Bukan dekat aku."

Keretanya berhenti di lampu merah. Tubuhnya rapat denganku. "Kau buat apa ni?" Cuak aku bertanya.

"Lain kali, kalau keluar dengan aku pastikan seluar atau skirt mesti bawah dari lutut."

"Whatever." Jawab aku. Patutlah dia berkeras suruh aku menyarungkan seluar. Pada mulanya tadi, aku menyarung hoodie yang bertelinga kucing dan skirt hitam pendek dan rambut pula diikat tinggi. Terkejut aku apabila bibirnya mendarat di leher jenjangku. Aku menolak dadanya, tapi dia mengeraskan tubuhnya.

"K!"

"Pin! Pin!"

Aku menoleh ke luar tingkap. Aku rasa matanya menjampi aku, bila dimana aku lansung tidak sedar bila dia menguak hoodieku kebelakang dan mendaratkan bibir merah itu di leherku.

"Dah sampai." Kereta berhenti parkir di lobi bangunan milik abang Vince. Kunci keretanya diberikan kepada valet. Manakala, kereta abang yang berada di depan hanya dibiarkan terparkir disitu. Lagipun, siapa sahaja yang berani bersoalkan tentang kereta abang yang terparkir disitu. Dia pemilik bangunan yang megah berdiri di tengah kota.

"Kau perlu panggil aku, miss Chantique. Tak pernah ada lagi orang bawahan atuk menggunakan aku kau dengan aku." Kata aku kepadanya sebelum meneruskan langkah menuju ke tingkat 24 yang menempatkan pejabat abang Vince.

"Hari ni, adik nak buat apa?" tanya abang Vince semasa kami dalam lif peribadi. Hanya aku, abang Vince dan baru ku tau K juga mempunyai kad akses untuk menggunakan lif ni.

"Maybe, lepak di tingkat 15."

"Jangan belasah siapa-siapa. Cukup dua orang pekerja abang masuk hospital sebabkan kamu, Chantique."

"Tengok keadaan."

"Chantique." Abang memamnggil lembut nama aku.

"Baik, Vince Diego."

"Good girl." Abang Vince mengusap rambutku. Aku mendengus apabila melihat di pantulan cermin rambut kini serabai.

Haish, aku bukan sengaja nak patah riukkan tulang pekerja abang Vince. Waktu itu aku sengaja berjalan-jalan disekitar pejabat Megah Building Corporations dan terhenti di tingkat 10. Aku yang kehausan singgah di pantry untuk menghilangkan dahaga. Tanpa aku sedar ada dua orang pekerja lelaki mengikut aku dari belakang, mereka tersengih-sengih gatal memandang aku. Pintu pantry juga sengaja dikunci dari dalam. Tirai diturunkan supaya tiada sesiapa menangkap apa yang ingin mereka lakukan. Pada mulanya, aku hanya tersenyum tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cuaknya aku.

Lelaki yang pertama itu cuba mendekati aku, aku pula mengundur ke belakang. Hati memaki apabila dibelakang aku dinding. Dia berani menarik pinggang aku. Tubuh aku dan dia bercantum. Semakin berani lelaki itu apabila menguak rambutku perlahan kebelakang. Hidungnya menghidu bau rambutku. "Pergh, bau dia buat aku rasa nak ngap dia sekarang juga."

"Kongsi dengan aku." Kata rakannya yang lagi seorang. Kalau dibiarkan dua ekor ni terus bekerja dalam bangunan abang Vince, boleh kena jadi mangsa cabul semua pekerja perempuan Megah Building Corporations.

"Abang, lepaskan saya. Abang, nak buat apa ni?" Aku cuba bermain dalam drama mereka.

"Dia panggil abanglah pula. Sabar ye, sayang. Kita nak bagi cik adik rasa sedap."

"Jangan dekat sini. Nanti orang nampak." Aku kenyit mata.

"Green light. Tapi, abang dah tak sabarlah, sayang. Sikit pun jadi."

"Abang tutup mata dulu ye." Kedua-dua lelaki itu memejam mata.

Aku semakin kebelakang cuba mendekati pintu pantry. Tapi, tersilap langkah apabila terbit bunyi "Klik!"

"Cik adik nak lari mana?" Dia menarik lengan aku kasar. Aku menendang perut lelaki itu. Kawannya yang tekejut cuba menyerang aku, tetapi aku lebih pantas apabila menendang celah kelangkang lelaki yang kedua itu. Tersujud terus. Lelaki yang pertama tadi cuba tarik kaki, tapi aku menarik tangannya kebelakang. "Sakitlah bodoh!"

Aku melihat kakinya yang ingin menyandung aku terus membuatkan aku menetak leher mereka berdua dengan tangan. Kedua-duanya pengsan.

"Adik!" Abang Vince menendang pintu pantry tu pecah. Aku terkedip-kedip mata terkejut. Tapi, dalam masa yang sama bersyukur kerana dua lelaki jahanam tu tidak sempat berbuat apa-apa kepada aku.

"Abang kau habis meeting pukul 3. Larat ke kau nak tunggu? Kalau tak, kita pergi makan dulu." Tanya K.

Aku duduk disebelah K yang sedang duduk di sofa sambil mengscroll iPadnya. Dia seperti tersentak apabila kepalaku dibaringkan diatas ribanya. "Kau buat apa ni?"

"Sekejap. Please."

"Kau ok tak?"

"Ok." Aku memejamkan mata. Padahal, kepalaku berdenyut sakit. Sudah lama migraine aku tidak datang. Tanpa pengetahun atuk dan abang Vince beberapa malam ini, aku didatangi mimpi ngeri. Semalam pun begitu. Nasib baik bilikku kedap suara, jadi tiada sesiapa yang tahu. Aku tengok cctv yang merakam aku mimpi ngeri, aku jerit dan meronta-ronta. Kemudian, nangis teresak-esak. Sewaktu aku bangun mengejut, badanku berpeluh. Selagi perkara ini aku boleh rahsiakan dari mereka, aku akan rahsiakan.

"Lama dah dia tidur?" Vince bertanya.

"Dekat 3 jam juga."

"Korang makan dah?"

"Belum, Chantique nak tunggu kau."

"Dia ada gastik, kau tahu?"

"Tak. Patut muka dia pucat."

"Eh, tak perlu kejut. Kau angkat dia je. Sampai dekat rumah je nanti, kejut. Aku dah selesai kerja, jomlah balik."

Chantique menepis tangan K. "Dia tak suka orang kacau tidur dia."

"Jangan! Jangan! Ayah...!"

"Kenapa dengan Chantique pula ni?" Vince dah risau melihat adik dia seperti dikejar hantu.

"Chantique... Chantique... Chantique, bangun." K cuba mengejutkan Chantique.

Chantique bangun duduk secara mengejut. Gadis itu menangis seperti anak kecil. Dia tidak sedar dia memeluk K erat. K mendukung gadis itu ala bridal style apabila gadis itu tertidur semula dalam pelukannya.

"Kita balik makan dekat villa je." Arah Vince.

Tubuh gadis itu dibaring dibahagian pemandu. Blanket yang sentiasa ada di dalam bonet diselimutkan ke tubuh Chantique.

"Eh, kenapa dengan Chantique, Kevin?"

"Chantique ada beritahu atuk yang dia alami apa-apa nightmare?" tanya Vince kepada atuk sebelum sempat K menjawab soalan perihal Chantique.

"Tak ada. Kenapa?"

"Vince rasa nightmare dia datang lagi."

"Tapi, kenapa tiba-tiba?" Atuk menyoal dan Vince mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aneh, kerana sebelum ini walaupun Chantique mengalami mimpi ngeri pasti akan diadu kepada atuk atau dia. Tapi, tidak.

"Lebih baik K bawa Chantique ke bilik dulu, atuk, Vince."

"Pergilah, password biliknya 1312."

"Terima kasih, atuk."

"Oh ye, kalau boleh kamu teman Chantique sampai dia sedar."

"Baiklah, atuk."

Vince memandang atuknya, terkejut kerana tidak pernah lansung orang tua itu membenarkan mana-mana lelaki berduaan dengan cucu perempuan kesayangannya.

"Atuk."

"Kenapa, Vince?"

"Perlu ke K berdua sahaja dengan Chantique dibilik?"

"Atuk percayakan K."

"Vince juga percayakan Kevin. Tapi, apa pula kata Chantique apabila melihat lelaki asing di dalam bilik peribadinya. Malahan, jika Vince hendak menapak ke bilik itu perlu meminta izinnya, inikan pula K."

"Atuk ingatkan nak satukan Kevin dan Chantique."

"Chantique pasti tidak setuju."

"Dia perlu setuju macam-macam mana pun. Arahan atuk."

"Argh, arahan. Atuk pasti akan tarik semula arahan itu apabila mendengar rayuan si Chantique."

"Tidak kali ni."

"Chantique ingin menguasai Red Eagle. Itu impian dan cita-citanya."

"No. Atuk akan berikan Kevin takhta Red Eagle."

"What?!" Pasti sahaja Chantique akan mengamuk teruk apabila K yang entah muncul dari mana membolot tempatnya.

"Atuk..."

"Vince, lebih baik kamu rehat bersihkan badan. Makan malam nanti kita bincang."

"Baiklah, atuk." Vince mengalah. Tangan tua itu dicium tanda hormat. Bercakap dengan Samuel Diego tak akan menguntungkan.

"Abang Vince, macam mana mamat beku tu boleh masuk ke dalam bilik Chantique?" tanya aku berbisik kepada abang Vince yang duduk disebelahku di ruang meja makan. Seperti pagi tadi, tempatku sudah diambil terus oleh mamat beku itu.

"Atuk beritahu passwordnya."

"What?!"

"Kenapa, Chantique?" Atuk menegur. Aku menggeleng kepala tiada apa-apa.

Aku memperlahankan suara semula, "What the heck? Tak akanlah atuk selamba sahaja memberikan password bilik Chantique."

"Tidak percaya? Kamu fikir abang tipu?"

"Bukan itu maksud Chantique, tapi."

"Kamu mana pernah percayakan abang." Suara Vince seperti merajuk dengan aku.

"Aduhai, abangku sayang. Chantique tak bermaksud itu. Chantique cuma terkejut."

"Apa-apa jelah."

Aku bangun menuju ke dapur. Pintu peti ais dibuka, bekas yang terisi pudding mangga aku keluarkan.

"Look what I found." Kata aku yang dituju kepada Vince.

"Wahh! Mango pudding." Aduhai, abang Vince tidak pandai menyembunyikan reaksinya.

Pinggan kecil yang sudah tersiap diatas meja makan, satu persatu aku letakkan sepotong puding mangga. Sampai sahaja di tempat abang Vince.

"Untuk abang tak ada ke?"

"Tadi ada orang tu merajuk. So, Chantique tak nak bagi. Merajuk juga."

"Aduhai, Chantique. Abang Vince bergurau sahaja, baby girl. Tak akan lama rajuk abang pada baby girl. Kamu ni seperti tidak kenal siapa abang kamu."

"Ah, bunyinya masih merajuk."

"Tidak, baby girl."

"Iya."

"Tidak."

"Iya."

"Vince, Chantique!" Atuk dah bersuara kerana kami berdua bergaduh di hadapan rezeki.

"Maafkan kami, atuk." Aku hulurkan sepinggan puding mangga kepada abang Vince. Tersengih abangku satu-satunya kerana berjaya memperolehi dessert kegemarannya.

"Thanks, baby girl." Dia mengucup dahiku.Terkejut aku apabila tiba-tiba ada yang menusukkan pisau pada meja. Mata yang ada semua melihat dia. Terus K berlalu pergi dan mukanya sangat tegang. Abang Vince memandang aku dan aku memandang abang Vince. Kami sama-sama mengangkat bahu dan sambung semula menjamu selera yang disediakan oleh Bibik Imah.

"Chantique, pergi tengokkan si K." Arahan atuk yang jelas itu membuatkan terkedip-kedip.

"Tapi, Chantique masih belum habis makan."

"Bangun sekarang, Chantique."

"Baiklah." Berat punggungku diangkat dari ruang meja makan itu. Di dalam hati sudah seribu makian dihambur. Fikir aku hormat dan sayang pada atuk sahaja membuatkan aku bangkit mencari tubuh K.

"K."

"Hmm..."

"Pandang aku."

"Kau nak apa?"

"Pandang aku sekarang." Dagunya aku bawa ke hadapan. Mata aku dan dia kini bertemu.

"Adakah kau sudah kenyang?"

"Kenapa kalau aku tak kenyang?"

"Kita ke ruang makan, jom. Jom. Jom. Jom." Aku memeluk lengannya memujuk.

"Kau sahajalah yang pergi sambung makan. Aku sudah kenyang."

"Betul ni?"

"Betul."

"K... K... K..."

"Apa?!" tersentak aku kebelakang apabila suaranya seperti guruh berdentum di langit.

"Tiada apa-apa. Buang masa sahaja bercakap dengan kau." Terus aku belah dari situ tapi dia menarik tangan aku.

"Apa?" tanya aku.

Kini, tangannya pula merangkul pinggangku. "Apa?"

"Kau tidak ingat aku ke, angel?"

"Angel? Aku Chantique. Chantique Edoira, cucunya Samuel Diego, ketua Red Eagle."

"Chantique..." suaranya yang husky membuatkan jantungku berdebar laju. Tangannya yang lagi sebelah membelai pipi mulusku.

"K, ap... apa yang kau buat ni." Tanya aku gagap.

"Kan lebih cantik jika bahasamu dengan aku dijaga."

"Maksud kau?"

"Panggil aku prince atau king."

"Kenapa?" Aku seperti tenggelam di dalam pandangannya. Mengapa waktu ini aku seperti ingin menatap mata itu lebih lama.

"Kerana aku akan menjadi prince dan kingmu, angelku."

"Berhenti main permainan ini, K. Aku tak suka."

"Saat ini, aku akan buat jantungmu ini lebih laju berdegup dan bibirmu digigit kerana menahan godaan aku."

"Chantique!" suara abang Vince memanggil aku.

"Iya, abang?"

"Masuk, atuk panggil. Ajak K sekali."

"Baik." Jawab aku.

"K, berhenti permainan ini. Tidakkah kau tahu, kau sedang bermain dengan api."

"Jangan risau angel kerana aku sendiri akan menghangatkan cinta kita." Sempat dia mencium pipiku dan pergi masuk ke dalam rumah.

Aku terkaku. Tangan dibawa ke dada. Dup dap dup dap. Argh! Siapa lelaki ini? Dia buat hatiku kacau!

"Chantique! Masuk sekarang!" Vince menyedarkan aku sekali lagi.

"Adik datang."

Vince memeluk bahu adiknya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. "Apa yang Chantique dengan K?"

"Tak ada apa-apa."

"Yeke ni?"

"Ya, abangku sayang."

"Vince, Chantique." Atuk duduk di kerusi kegemarannya yang berada di ruang tamu. K duduk disebelahnya. Manakala, aku dan abang Vince duduk menghadap mereka berdua.

"Ada benda yang berlaku di Red Eagle ke?" tanya aku sebaik meletakkan punggung di kerusi.

"Berkaitan Red Eagle tak perlu kamu risaukan. K akan uruskan semua. Atuk nak bincangkan berkaitan dengan Red Eagle."

"Kenapa pula lelaki ini yang uruskan? Dia bukan siapa-siapa dalam keluarga kita." Bentak aku.

"Dia akan masuk dalam keluarga kita."

"Maksud atuk?"

"Adik, sabar. Dengar dulu penjelasan atuk." Abang Vince menarik semula aku untuk duduk.

"K akan menikah dengan Chantique."

"What?!" Aku terbangun semula. Tetapi, lelaki itu mukanya selamba dan tidak terkejut. Sepertinya dia tahu rencana atuk yang tidak masuk akal ini.

"Kamu tahu berkaitan dengan kumpulan Cobra?" pertanyaan atuk aku jawab dengan mengangguk. Siapa sahaja tidak kenal dengan kumpulan Cobra, kumpulan itu berasal dari Jepun dan pastinya kuasanya sama kuat dengan Red Eagle.

"K cucunya atuk Kaurish."

"Kaurish? Do you mean ketua Cobra? Argh, apa orang tua memang susah hendak melepaskan kuasa?"

"Chantique, jaga bahasanya. Kamu sedang bercakap dengan atuk. Lelaki yang sudah penat lelah membesarkan kita dua selepas kematian ibu dan ayah." Pesan abang Vince membuatkan aku terus mengucap maaf kepada atuk atas kataku yang agak kurang ajar. Tapi, bukankah benar. Sepatutnya orang tua seperti atuk Samuel dan atuk Kaurish perlu melepaskan kuasa mereka kepada anak muda atau keturunannya. Argh, mungkin sahaja atuk-atuk ini tidak mahu anak muda seperti aku membuat keputusan terburu-buru. Tengok sahaja aku yang mudah melenting pada hal yang remeh.

"Adakah atuk merancang untuk satukan kuasa Red Eagle dan Cobra?"

"Ya, kerana abang kamu Vince tidak mahu menggantikan tempat aku. Pakcik-pakcik kamu juga sudah mencuci tangan dari dunia mafia."

"Tapi, Chantique boleh menguruskan Red Eagle sendiri. Kenapa perlu diberikan kepada K? Adakah atuk tua itu mengugut atuk untuk menghancurkan Red Eagle?"

"Chantique, jangan berkata macam-macam tentang atukku." Sekali lagi aku diberi amaran tapi kali ini oleh K.

"No, kami sama-sama ingin membesarkan kuasa Red Eagle dan Cobra. Jadi, sebab itu atuk ingin menikahkan kamu dengan K."

"Tapi, Chantique kan masih muda. Chantique juga belum habis sekolah."

"Tahu pula cakap pasal sekolah. Sebelum ini siapa yang mengelak hendak ke sekolah?" atuk memerli aku.

"Atuk, Chantique tidak mahu kahwin. Abang Vince." Aku memandang atuk dan abang Vince. K hanya menayang sengihan sinis.

"Majlisnya akan berlansung lagi dua bulan." Beritahu atuk lagi. Aduh, kenapa tidak beritahu sahaja dua hari sebelum majlis.

"Sekejap, bukan atuk kata yang K dari Rome ke? Tapi, Cobra berpusat di Jepun."

"Red Eagle di Rome sudah diketuai oleh K." beritahu abang Vince.

"Atuk! Argh!" Aku terus naik ke bilik. "Chantique benci atuk." Kata aku sewaktu menoleh kearah atuk sekejap.

"Chantique!" Vince memanggil adiknya.

"Biarkan dia tenang dahulu." Samuel menahan cucunya.

"Kenapa Chantique berkeras ingin mengetuai Red Eagle?" tanya K kepada atuk Samuel.

"Sebab dia sudah berjanji dengan ayahandanya untuk melihat-lihatkan atuk dan Red Eagle. Makanya, dia fikir dia perlu juga menggantikan tempat atuk dan membiarkan aku yang tua ini berehat sahaja di rumah." Vince baru tahu kenapa adiknya nekad ingin mengetuai Red Eagle. Rupa-rupanya ia adalah amanah daripada ayahanda mereka.

"Tapi, benar juga apa yang diamanahkan ayah. Atuk sudah tua untuk lelah menguruskan segala hal remeh ini."

"Atuk perlu uruskannya. Nenek moyang kita sudah penat menjaga keselamatan kita dengan mewujudkan Red Eagle, jadi atuk tidak akan sama sekali melepaskan kumpulan ini. Lagi pula, Chantique masih muda dan mentah. Dia masih tidak faham dunia kejam ini." Samuel menjelaskan kepada cucu lelakinya.

"K naik dulu. Mahu tengokkan Chantique." K meminta diri.

K memanjat tangga menuju ke bilik bakal isterinya. Jari menekan kata kunci. Tombol pintu itu dibuka perlahan-lahan.

"Chantique..." panggil K. Hanya kedengaran dengkuran halus yang terbit daripada gadis manis itu.

Melihat Chantique yang tidur merengkot tanpa selimut membuatkan K menggeleng kepala. Sudahlah suhu bilik ini rendah. Dia sendiri rasa sejuk hingga ke tulang sum sum. Gadis kecil ini pula selamba tidur dengan hanya memakai short dan singlet bertali halus. Aduhai. Jiwanya sengsara menahan godaan.

K meluruskan kaki Chantique dan menarik selimut menutup tubuh gadis itu. Tubuhnya dibaringkan sebelah Chantique. Terkejut dia apabila gadis itu selamba memeluk tubuhnya dan membaringkan kepala di dadanya. Dia terasa sesak nafas kerana nadinya laju dan jantung mengepam darah secara cepat. Rambut Chantique dibelai lembut. "Angel, sudahkah kau lupakan aku? Adakah kerana penjahat itu semua penyebab kamu lupakan aku?"

************************************************************    

Rasa enak tidur aku malam semalam. Sekian lama dihantui mimpi ngeri, semalam aku tidak bangun menangis kerana takut. Bantal aku peluk erat.

"Mimpi indah, angelku?" Terkejut aku mendengar suara sang lelaki dalam bilikku tiba-tiba.

"Huh?" Celik sahaja mata wajah K betul-betul dihadapan aku.

"Macam mana kau masuk? Aku dah tukarkan passwordnya."

"Kau tak akan sama sekali tukar password itu kerana password itu merupakan tarikh yang bermakna."

"Bagaimana kau tahu?"

"Angel, kau tidak kenal ke siapa aku?"

"Ah, K. Aku dah beritahu kan yang aku ini bukan Angel. Nama aku Chantique."

"Sedapkan tidur sambil memeluk aku?" Terus aku bangun dari katilku apabila dia bertanya begitu. Walaupun, pemakaianku agak seksi tapi itu tidak bermakna aku lepas laku orangnya. Aduhai, kenapa sahaja aku bersikap begini apabila dengan dia. Hanya dia, si K. Lelaki yang entah datang dari mana, muncul di hadapanku dan secara mengejut perlu aku menikahi dia.

"Keluar dari bilik aku sekarang, K."

"Kenapa pula?"

"Bukan ke ini yang kau mahukan? Dimana kini hanya kita berdua, kau berpakaian begitu dan aku pula tidak berbaju."

Terus aku menarik hoodie yang tergantung di dinding lantas disarung menutupi tubuh. "K, aku bukan perempuan yang begitu. Keluar sekarang."

"Angel, mukamu pasti akan bertukar merah apabila sedang marah." Dia sekali lagi berani merangkul pinggangku. Tubuhku dan tubuhnya mula rapat. Sekali lagi hati ini pasti berdetak laju jika berada dekat dengan dia.

"K, siapa kau yang sebenarnya?"

"Angel, tarik nafasmu betul-betul." Arahnya. Aku rasa nafasku tersekat di kerongkong.

"K... Pandangan aku kabur. K, tolong aku."

"Angel, pandang aku. Tarik nafasmu perlahan-lahan." Dia mengangkat tubuhku dan baringkan diatas sofa. Pipiku dipegang dia. Tangannya aku genggam tidak mahu lepas.

"Aku panggil abang kau dengan atuk." Aku tahan.

"Jangan tinggalkan aku. Please, aku mohon."

"Ya, angel. Aku disini. Aku tak akan tinggalkan mu lagi." Apa yang dia maksudkan dengan kata-katanya. Tinggalkan aku lagi? Dia pernah tinggalkan aku ke sebelum ini? Tapi, kenapa? Dia membawa aku ke dalam pelukannya.

"Terima kasih." Ucapku selepas nafasku kembali normal.

"Sama-sama, angel."

"K, kau ni tidak habis memanggil aku Angel."

"Chantique, buka pintunya." Suara Vince kedengaran dari luar.

Aku yang ingin bangun ditahan oleh K. Malahan, dia sendiri yang bangun membuka pintu bilikku. Pastinya, abang Vince berdiri kaku dengan muka terkejut melihat K berada di dalam bilik aku. Seperti yang aku jangka, memang itu reaksi abang Vince.

"Chantique! Pergi sarungkan baju, sekarang." Arah abang Vince tegas.

"Baik." Aku terus berlari masuk ke dalam ruang closet peribadiku.

"Kevin, bagaimana kau ada di dalam bilik adikku?" tanya Vince kepada teman lamanya. Abang mana sahaja yang tidak tertanya-tanya jika ada seorang lelaki lain ada di dalam bilik adik perempuan mereka.

"Bukan aku beritahu semalam yang aku ingin menengokkan Chantique di dalam biliknya."

"Ya, tapi aku fikirkan yang kau hanya tengokkan sahaja. Bukan bermalam di dalam bilik adik aku."

"Alah, chill sahaja bro. Aku tak buat apa-apa pun dengan adik kau."

"Jom, turun." Vince mengikut langkah adiknya yang sedang memeluk lengannya.

"K, pakai semula baju kau. Kalau atuk nampak pasti dia akan terkena sakit jantung."

"Ah, lagi cepat aku boleh menikahi adik kau." Kata K menjawab.

"Mimpi, aku tak akan sama sekali menikahi dengan kau."

************************************************************  

"Uncle Mikael."

"Ya, cik Chantique."

"Bolehkah kau berikan aku semua maklumat tentang K?"

"Tapi, boleh saya tahu kenapa, cik?"

"Kenapa Chantique rasa yang kami pernah kenal?"

"Cik Chantique ada ingat apa-apa ke?" tanya orang kanan atuk.

"Maksud, uncle?"

"Tiada apa-apa. Maaf, cik. Saya sudah diarah oleh tuan Samuel dan K untuk tidak memberitahu apa-apa. Lagi-lagi informasi berkaitan K."

"Semua yang dirahsiakan tidak akan kekal lama, uncle Mikail." Kata aku sebelum pergi.

"Chantique, jangan gali terlalu dalam. Takut nanti akan memakan diri."

"Apa yang dimaksudkan, uncle Mikael?" Pertanyaan uncle Mikail mematikan langkah aku.

"Jaga diri, Chantique."

"Uncle Mikael, tahukan Chantique sebenarnya? Jadi, Chantique tak akan mengalah untuk cari tahu siapa K sebenarnya." Aku nekad pergi dari situ. Sepertinya semua merahsiakan daripada aku, siapa sebenarnya K.

Mikael terus menghubungi K dan dalam masa yang sama menyambungkan sekali panggilan dengan ketuanya, Samuel. "Tuan Samue, K."

"Ya, Mikael." Jawab Samuel dan K serentak.

"Chantique tadi datang bertanyakan perihal K."

"Kau beritahu dia apa, Mikael?" tanya Samuel.

"Dia tak akan dapat informasi apa-apa berkaitan K."

"Bagus."

"Tapi, tuan."

"Kenapa, Mikael?" tanya K pula.

"Chantique kata yang dia tidak akan mengalah untuk cari tahu siapa K sebenarnya."

"Dia akan gagal." Yakin K berkata.

"Jangan pandang rendah pada Chantique, K." Samuel memberi peringatan. Dia kenal cucunya. Apabila gadis muda itu nekad, memang dia akan bersungguh.

"Baik, atuk. K minta diri dulu. Ada urusan yang perlu diselesaikan."

"Bukan sepatutnya kamu ada kelas ke dengan Chantique?"

"Maaf, atuk. K perlu bertemu dengan beberapa orang berkait dengan Black Crow yang sudah buat kacau."

"Kenapa, K?"

"Daripada apa yang aku tahu, Ferdy bengang kerana Red Eagle sudah tahu rencana dia. Malah, lelaki itu ingin membunuh Chantique."

"K pastikan dia tidak sesekali dapat mendekati cucuku. Kalau sedikit sahaja dia sentuh Chantique, hapuskan semua keturunannya."

"Chantique, ada apa kamu datang ke sini?" tanya Kaurish apabila isterinya memberitahu yang bakal cucu menantu mereka datang bertujuan untuk menemui dia.

"Siapa K sebenarnya? Siapa nama sebenar dia? Kenapa K tidak menguruskan Cobra sahaja? Mengapa dia perlu masuk campur urusan Red Eagle?"

"Chantique, anak manis. Duduk dahulu. Jangan terus serang atuk begitu."

"Maafkan Chantique jika nampak kurang ajar tapi Chantique perlu tahu kebenaran."

"Atuk faham. Duduk, Chantique."

"Terima kasih, atuk Kaurish."

"Apa benar kamu tidak ingat apa-apa berkaitan K?"

"Tidak. Tapi, Chantique rasa."

"Rasa apa?"

"Chantique rasa Chantique pernah kenal K. Tapi, samar-samar. Malah, K juga memanggil Chantique angel. Atuk Kaurish ada cucu perempuan ke yang bernama angel? Mungkin adiknya K."

"Cucu atuk semuanya lelaki sahaja."

"Boleh Chantique tengok bilik K?"

"Boleh, tapi biliknya hanya boleh masuk jika passwordnya betul. Malangnya, atuk tidak tahu password K. K juga jarang balik ke sini. Dia lebih banyakkan masa berada di Rome."

"Boleh Chantique cuba?"

"I don't mind at all. Naik tingkat atas sekali dan hanya ada satu pintu. Itu bilik K."

"Adakah ruang diatas itu hanya milik K?" tanya aku.

"Haah, bagaimana kamu tahu?"

"Chantique hanya teka sahaja. Tak sangka betul."

"Atuk tak rasa yang kamu lupa semuanya."

"Maksudnya?"

"Tiada apa-apa."

Aku naik keatas. Suasananya tenang. Ruang diatas ini dipenuhi tanaman sahaja. Aku seperti berada di dalam taman bunga dan ada satu kolam kecil memanjang dan ada batu yang boleh aku berjalan ke pintu bilik K. Digit 1312 aku tekan dan pintu itu terbuka sendiri seperti sliding door. "Wow, I'm impressed. Bagus juga kalau aku punya ruang sendiri seperti ini."

Aku masuk ke dalam biliknya. Interiornya sangat simple tapi elegan. Ada satu bingkai gambar K berpakaian formal di atas kepala katilnya. Telefon bimbitku dikeluarkan dan mencuri tangkap gambarnya yang berpakaian segak itu. "K, kau kelihatan segak sekali berpakaian formal. Tapi, lebih hot dalam menggayakan pakaian seperti seorang badboy." Kata aku sendiri sambil tergelak kecil.

Aku menghampiri meja soleknya yang tersusun beberapa bingkai kecil gambarnya. Tapi, mataku terhenti pada gambar K dan seorang perempuan. Aku kenal sangat perempuan itu. "Bagaimana gambar aku dan dia ada disini? Kenapa aku dalam pelukannya? Malah, pakaian yang aku sarung juga tertutup dan nampak manis. Bukan seperti sekarang yang berpakaian seperti jalang."

Chantique selalu menyarungkan tubuhnya baju lengan panjang yang besar atau sweat shirt tapi dipadan dengan shortpant atau skirt yang pendek atas lutut. Itu sebab mengapa dia beranggapan dirinya jalang.

Pandangan aku tiba-tiba kabur. Kepalaku berdenyut seperti migraineku datang.

"Ayah, ibu, nenek bangun. Jangan tinggalkan Chantique."

Aku nampak seorang anak kecil perempuan menangis di dalam kereta yang terbalik. Mukanya berlumuran darah.

"Angel, jangan menangis. Kevin pergi sekejap sahaja."

"Tapi, angel tak mahu berpisah dengan Kevin. Please..."

"Maafkan aku, angel."

Kini aku lihat seorang gadis menangis di balai berlepas di lapangan terbang menahan seorang pemuda. Pemuda itu mirip sekali dengan K. Gadis dan anak kecil itu ialah aku.

K sedang membincangkan tentang pergerakan Black Crow dengan anak buahnya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar di dalam poket seluar. Nama atuknya terpampang di skrin. "Ya, atuk."

"Chantique ada di rumah atuk."

"Bila?"

"Dia ada di dalam bilik kamu."

"Adakah dia berhasil masuk ke dalam bilik aku?"

"Ya."

"What?! Aku balik sekarang." K mematikan panggilan.

"Mikael, kau uruskan dulu seperti yang aku arahkan. Chantique sedang berada di rumah atuk Kausrish."

"Sudahku beritahu yang perempuan kecil itu jangan dipandang rendah." Mikael ketawa kecil melihat ketua barunya yang muda itu sudah terperangkap dalam permainannya.

"Argh! Apa-apa jelah." K terus masuk ke dalam keretanya dan memandu laju menuju ke rumah atuknya.

"Dimana dia?"

"Kamu ni Kevin. Cuba masuk ke dalam rumah itu salam diberi." Kaurish mengingatkan cucu lelaki kesayangannya.

"Maaf atuk, nenek. Aku perlu segera naik ke atas." Kevin menunduk maaf kepada kedua orang tua kesayangannya. Dia terus berlari menuju ke biliknya.

"Angel!" jerit Kevin. Dia sudah terlambat kerana Chantique sudah menemui gambar mereka berdua.

"K, angel sakit." Tubuh Chantique disambut Kevin. Nasib baik dia cepat, kalau tidak pasti gadis itu sakit kerana jatuh di lantai tanpa ada alas lembut.

Tubuh kecil itu dibaringkan diatas tilamnya. Telefonnya yang berada di poket seluar dikeluarkan. Nombor telefon Vince dan atuk Samuel ditekan memudahkan dia hubungi kedua orang penting dalam hidup Cantique itu serentak.

"Kau nak apa Kevin? Kau ganggu aku yang sedang sibuk."

"Kenapa, K?"

"Eh, atuk pun ada. Kenapa, Kevin? Kau tak akan memanggil kami sekaligus kalau ianya tak penting." Vince dalam mood serius.

"Chantique pengsan."

"Kamu ada dimana?"

"Di rumah atuk Kaurish."

"Kami datang segera." Vince terus mematikan panggilan.

"Atuk, Kevin rasa Chantique ingat semuanya."

"What do you mean, Kevin?"

"She call herself as angel."

************************************************************  

"Kamu mahu ke mana, Chantique?"

"Chantique ingin pergi ke lapangan terbang. Chantique ingin tunggu Kevin disana."

"Kevin akan menetap disana, Chantique."

"No! Kevin janji dengan angel yang dia akan cepat balik ke Malaysia."

"Stop it, Chantique. Kamu cuma akan menyakiti diri sendiri jika terus begini." Vince menahan langkah adiknya.

"Abang Vince, Chantique rindukan Kevin. Dia janji akan hubungi Chantique. Tapi, kenapa dia malah diam dan hilang tanpa apa-apa berita."

"Atuk, abang Vince. Please. I miss him."

Vince sempat menyambut tubuh adiknya yang lemah pengsan.

"Atuk, kita perlu hubungi Kevin. Chantique dah teruk sangat ni. Vince takut dia akan cuba bunuh diri lagi seperti sebelum ini."

"Jangan kacau Kevin disana." Samuel terus meninggalkan kedua-dua cucunya itu.

Malam itu, Chantique keluar dari rumah secara senyap. Dia perlu mencari Kevinnya. Nyaris sahaja dia ditangkap tetapi oleh kerana hoodie yang disarung menyembunyikan wajahnya, dia selamat.

"Chantique, nak pergi mana?"

"Fransisco, aku fikirkan siapa tadi. Boleh kau tolong hantarkan aku ke lapangan terbang?"

"Boleh."

"Terima kasih, maaf kerana telah menyusahkan kau."

Pada masa yang sama ketika itu, Villa Samuel sudah kecoh kerana kehilangan puteri berharga mereka. Samuel sudah mengerah semua anak buahnya untuk mencari Chantique. Vince juga sudah keluar pergi mencari adiknya.

"Fransisco, kau nak bawa aku ke mana? Ini bukan jalan ke lapangan terbang."

"Oh, aku ambil jalan singkat untuk lebih cepat kita sampai kesana kerana sepertinya kau ada hal penting di sana."

"Ya, aku ingin bertemu Kevin. Dia kekasih aku."

"Wah, aku fikirkan kau masih single. Diam-diam ya. Maknanya aku sudah lambat untuk mencuri hatimu ya, si Chantique."

"Hahahaha. Aku doakan kau bertemu jodoh yang baik satu hari nanti."

"Kita dah sampai."

Chantique memandang Fransisco. "Kau bawa aku ke mana ni, Fransisco?"

"Eh, jangan takut si cantik manis." Lelaki yang menjadi gym instructor Chantique sebelum ini kelihatan seperti seorang psiko. Lelaki ini tersenyum tapi senyuman yang membuat bulu roma gadis itu naik kerana lelaki itu juga sedang memegang pisau. Tangan itu cuba menyentuh pipi Chantique tapi ditepis.

"Jangan sentuh aku. Hantar aku pulang, sekarang!"

"Aku berikan kau 30 saat untuk sembunyikan diri. Sebaik sahaja aku jumpa kamu, kita akan mendapat seronok ya sayang." Terketar-ketar tangan Chantique membuka pintu kereta itu. Saat itu, Chantique sangat takut. Sekelilingnya gelap dan sepertinya mereka berada di kawasan perladangan kelapa sawit.

"1... 2... 3... 4... 5... 6..." Suara Fransisco yang sedang mengira bergema di kawasan gelap.

Chantique terketar menekan nombor 1 di keypadnya. Terdengar suara dari corong telefon. "Kevin, tolong angel."

"Kevin, please. Tolong angel."

"Chantique, aku sibuk."

"Kevin! Kevin, help me. Please... Please... Please..." Tapi yang kedengaran sepi dari arah corong. Lelaki yang dicintainya mematikan panggilan mereka.

"Kevin... Angel perlukan kamu." Kesian gadis itu, disaat dia perlukan seseorang untuk menyelamatnya dari bahaya lelaki yang dicintanya tidak lansung dipeduli. Dia berlari selaju yang boleh untuk menyelamatkan diri walaupun tika itu hatinya nanar. Tanpa dia sedar, ada sebuah kereta meluncur laju melanggar dia. Tubuhnya melayang.

************************************************************  

"Kevin!!!" aku bangun secara mengejut. Nampaknya aku masih di dalam bilik K atau aku boleh panggi dia dengan nama sebenarnya Kevin.

"Angel kau sudah bangun?" Kevin kelihatan risau.

"Jauh dari aku, Kevin."

"Angel..."

"Stop calling me angel! I'm not your angel!"

"Aku nak balik." Aku turun dari birai katil.

"Tapi, angel kau masih belum sihat sepenuhnya."

"Jangan sentuh aku, please." Aku tepis tangannya yang cuba memimpin aku.

"You leave me."

"Maksudmu apa angel?"

"Kevin, berhenti panggil aku angel."

"Tapi, angel."

"Aku cakap berhenti! Berhenti!" Jeritku dan mencampakkan pasu bunga yang ada diatas meja soleknya ke lantai.

"Chantique." Aku menoleh kearah pintu. Kelihatan susuk tubuh abang Vince dan atuk berdiri di situ.

"Chantique nak balik. Tolong bawa Chantique balik."

"Atuk, batalkan pernikahan Chantique dan Kevin." Tambah aku lagi.

"Angel kau tak boleh batalkan pernikahan kita. Aku cintakan kau."

"No, you don't. Kevin tinggalkan Chantique. Kevin biarkan Chantique. Kevin hilang dari Chantique. Kevin juga biarkan Chantique dalam bahaya. I need you that time. I really need you. Lelaki itu mahu membunuh Chantique. Chantique telefon Kevin tapi. Tapi, Kevin matikan panggilan. I hate you."

"Chantique, maafkan Kevin." Tapi aku hanya membiarkan sepi katanya. Aku memeluk erat lengan abang Vince. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi kepada aku jika abang Vince tidak menemui aku. Mungkin aku sudah mati dikerat lapan belas atau mungkin juga tubuhku tidak ditemui kerana dibaham haiwan liar.

"Abang Vince, kenapa rasa ini masih ada? Bukankah Chantique perlu membenci dia?" tanya aku di dalam kereta abang Vince.

"Dia soulmate kamu, Chantique. Kevin sayang kamu sejak kamu masih di dalam Rahim bonda lagi. Lahir sahaja kamu di dunia ini, sahabatku itulah yang ikut turut bahagia dengan kehadiran kamu di dalam hidup kami. Malah, waktu kecil dia sering melindungi Chantique, kemana sahaja Chantique pergi. Kevin juga pernah bertumbuk dengan aku sewaktu umur 15 tahun kerana telah buat kau jatuh dari basikal."

"Tapi, bukankah waktu itu umur Chantique hanya 5 tahun." Celah aku kerana aku tahu yang umurku muda 10 tahun daripada abang Vince dan umur Kevin sama dengan umur abang Vince.

"Ya."

"Tapi, atuk beritahu yang Kevin sudah berada di Rome lima tahun. Umur Chantique tahun ini baru 17 tahun."

"Kevin hanya sempat berada di Rome setahun sahaja. Dia pulang sewaktu dengar khabar berita Chantique terlantar di hospital."

"Kenapa Chantique tidak nampak dia setelah sedar?"

"Kevin ada. Dia orang pertama yang melihat Chantique sedar. Tapi, pertanyaan Chantique kepada dia adalah siapa awak? Apabila kami bertanya kepada doktor yang bertugas merawat Chantique, doktor itu beritahu yang kamu hilang ingatan. Chantique hanya ingat memori sewaktu kemalangan bersama ayahanda, bonda dan nenek."

"Abang Vince, patah balik ke rumah atuk Kaurish."

"Kenapa?"

"Please, rasanya Chantique sudah salah faham dengan Kevin."

"Tapi"

"Chantique mohon abang."

"Baiklah adikku sayang."

"Kevin." Aku memeluk tubuhnya erat.

"Maafkan Chantique. Chantique rindukan Kevin."

"Angel, aku yang sepatutnya memohon maaf kepada kamu." Kevin menarik tubuh Chantique ke dalam dakapannya.

"Aku tak sepatutnya mematikan panggilan kamu, angel.Aku menyesal kerana aku punca kamu diugut oleh Ferdy tak guna. Setelah aku tahu kamu terlantar di hospital, cepat-cepat aku pulang ke Malaysia. Waktu melihat tubuhmu berselirat dengan wayar, hatiku sedih dan takut. Takut akan kehilangan perempuan yang aku cinta. Angel yang sentiasa menceriakan hariku dengan tingkah lakunya yang comel kini terbaring kaku diatas katil hospital. Tiada lagi manja si angel. Sewaktu angelku sedar, akulah orang yang paling bersyukur tapi aku terkedu kerana angelku langsung tidak mengenali siapa sebenarnya. Jadi, aku rasa itu mungkin hukumanku kerana telah membut bidadariku sedih. Aku buat keputusan untuk pergi dari hidup angel kerana itu lebih baik. Tetapi, beberapa minggu sebelum aku muncul di villanya atuk Samuel, ayah chik dan ayah ngah memberitahu yang Ferdy masih mencari angelku. Kali ini, aku tidak berdiam diri. Itu sebab aku pulang dengan identity K."

"Kevin... Angel cintakan Kevin. Love you so much. Don't ever try to leave me again or I'll kill you."

"Nampaknya Kaurish majlis budak-budak tidak perlu dibatalkan. Mungkin juga akan dipercepatkan." Samuel bergurau dengan sahabatnya.

-TAMAT-

************************************************************  

BY ATUL AISY @ CKK

COPYRIGHT ATUL AISY @ CKK

JAM 0743; 11 JANUARI 2018

Aisy nak minta maaf sebab tak sempat nak update PrimRose-I Can't Live Without You dengan Can I Kill Him ats sebab masih dlm minggu final dan Wi-Fi yg buat hal dekat kolej. Sabar je lah. So, sebagai ganti, Aisy buatkan korang cerpen ni. Harap korang suka. Please jangan lupa vote dan komen tau. Komen banyak-banyak pandangan korang.

Aisy dh buat grup wasap, dekat situ Aisy akan update apa-apa informasi dan kita sembang-sembang dan kita kenal-kenal. Boleh dapatkan link grup tu di bio wattpad Aisy, link ig pun ada. Follow jangan tak follow. 

Keep supporting me, CKK. Love you guys too.




Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan