Utama Pilihan
Pembaca
Terbaharu Wildcard Pilihan
Editor
   
Teh Panas Terakhir
Teh Panas Terakhir
Zuhaili
390
Bacaan





Genre: Umum
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 13 Januari 2018

Letupan kuat kedengaran darijauh. Oleg mengintai dari tingkap rumah tempat dia berteduh. Dua buah pesawatpejuang terbang rendah merentasi pekan kecil di utara Laut Azov. Cerek di dapurmula berbunyi nyaring tanda air yang dijerang telah mula menggelegak. Disebelahnya terdapat sepucuk surat dalam tulisan cyrilic. Surat itu menyatakanamaran serangan secara besar-besaran oleh tentera kerajaan bagi mengusir keluarkumpulan pemberontak yang telah menguasai pekan kecil itu sejak dua minggulepas.

Bunyi yang kuat menyusulipesawat-pesawat yang terbang rendah itu lalu menerbangkan debu-debu dankain-kain yang ditinggalkan oleh penduduk tempatan yang telah melarikan diri.Sehelai kemeja tee yang berterbangan tersangkut pada birai balkoni tidak jauhdari kediaman Oleg. Mungkin milik kanak-kanak yang berumur empat atau limatahun. Sinar jingga mentari petang kembali kelihatan selepas debu-debu yangberterbangan semakin menipis.

Oleg masih terus berada di rumahkediaman mereka, niatnya sebagai pelindung terakhir rumah itu. Selain mahumemastikan mereka masih mempunyai rumah selepas perang ini tamat. Anak danisterinya, Valya telah keluar berlindung di rumah mentuanya di negara jiran.Itu tindakan yang terbaik untuk kedua-dua anak perempuan mereka, keluar darinegara yang di ambang perang saudara.

Keadaan kembali senyap untukbeberapa ketika. Tiada sebarang bunyi kedengaran dari luar rumah. Olegmengambil satu bekas kecil dari kabinet di atas peti sejuknya. Di dalamnyaterdapat daun-daun teh yang telah dikeringkan dan dikisar halus. Satu sudukecil daun teh itu dikaut dan dimasukkan ke dalam sebuah cawan porselin. Didalam cawan itu terdapat bekas-bekas keperangan, tanda kerapnya teh dan kopidibancuh di dalamnya. Air panas yang baru dijerang itu dituang ke dalam cawanitu, aroma teh mula memenuhi ruang dapur itu. Di fikirannya, ini adalah hariterakhir untuk dia melihat pemandangan pekan kecil ini, pekan di mana dia telahdilahirkan dan juga dibesarkan. Baginya, tidak salah untuk memilih pekan inijuga sebagai tempat untuk dia kembali kepada alami.

Beberapa orang mula bersorakdengan hingar dari jalanan, kelihatan beberapa orang lelaki keluar dengantergesa-gesa. Di tangan mereka terhunus senjata automatik Kalashnikov buatanRussia. Dari belakang mereka, ada seorang pemuda yang menggalas pelancar roket.Kemudian datang pula sebuah jentera pacuan empat roda lantas dinaikipemuda-pemuda tadi dan terus memecut ke arah letupan awal tadi. Oleg kembali kekamar tidurnya bersama secawan teh yang telah dibancuh tadi. Dia menghirup tehyang masih panas itu lalu meletakkan perlahan cawan itu ke atas piring sumbing.Masih berbaki setengah cawan lagi teh itu.

Hatinya berbisik, “Masanya telahtiba”. Matanya jauh memandang ke ufuk langit.

Kelihatan lima buah pesawat yangjauh di angkasa, terbang dalam formasi yang membentuk segitiga. Tidak jauh bezarupanya dengan pesawat komersil yang biasa kelihatan di lapangan terbang. Tiadasebarang bunyi yang didengari, senyap sunyi ibarat tenangnya angin sebelum rebut.Titik-titik hitam mula kelihatan dari bawah pesawat, siulan juga kedengarandari udara, semakin lama semakin kuat. Janji pemerintah itu telah ditepati,serangan secara besar-besaran. Seluruh pekan ini akan musnah, tiada yangtinggal. Ibarat permaidani yang terhampar di ruang tamu. Rata dan berdebu.

Titik-titik hitam halus diangkasa semakin jelas. Rupanya bujur dan panjang. Di belakangnya mempunyaiempat lagi sirip. Bom berantai itu menjunam laju ke muka bumi. Bom itu akandipicu melalui impak dengan muka bumi atau bangunan-bangunan yang lain. Jikabernasih baik, peledaknya gagal dipicu maka ledakan tidak akan berlaku. Kesemuabom ini tidak berpandu, akan meletup dan membunuh seteru atau kawan, awam ataubukan.

Protokol I dalam KonvensyenGeneva pindaan 1977 telah meletakkan serangan secara pengeboman membuta tuliseperti itu sebagai satu jenayah perang. Tapi apalah yang mampu badan dunia itulakukan selain mengutuk serangan di muka akhbar dan televisyen sahaja. Bagi pemerintahpula, ini adalah satu keperluan, serangan sebegini bukan sahaja akanmeruntuhkan moral pihak seteru, malah orang awam juga.

Bunyi letupan kuat mulakedengaran, cahaya api merah kehitaman kelihatan terang di hadapan mukanya. Satudemi satu letupan dapat dilihat dengan jelas. Bahang panas juga mula dirasai. Belauanangin hasil dari letupan menampar mukanya dengan kasar. Api mula marakmembakari seluruh pekan kecil itu. Ibarat neraka dunia, api besar itu mustahildipadamkan oleh manusia. Kini tiada apa lagi yang tinggal selain dari runtuhanbangunan-bangunan. Tiada tangisan atau erangan kesakitan, tidak selamat walauseekor ulat di dalam konkrit bangunan-bangunan dua tingkat itu.

Di negara jiran, Valya menangisteresak-esak sambil memangku bayi yang baru berumur sepuluh bulan setengah.Anaknya yang berumur tiga tahun kehairanan melihat ibunya. Spontan. si kakakbertanya kepada ibunya, siapa yang telah meruntuhkan rumah mereka. Si kakakdapat mengenali rumah itu walaupun melalui siaran berita di kaca televisyen. Dipekan itu, hanya ada sebuah rumah sahaja yang mempunyai pintu berwarna merahjambu.

Berita tersebut mengumumkanbahawa perang telah tamat, tentera pemisah tidak lagi mempunyai pemimpinselepas serangan udara dilancarkan. Pemimpin negara itu menyeru rakyat-rakyatmereka pulang semula ke tanah air, bagi membina semula bandar yang musnahakibat peperangan.



Kami, (Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan